Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Menonton Pelawanan Bola Jaring Akhir SEA Game 2017

Hujung minggu lepas saya secara kebetulan menonton pelawanan akhir bola jaring sukan SEA. Waktu tu dah 18 gol dijaringkan oleh pasukan Malaysia dan tertulis di skrin tv '2nd' set. Jadi saya pun saja tidak menukar saluran Astro Arena kerana nak menunggu sape yang menang. Memang saya amat yakin Malaysia akan menang melihat kepada jumlah gol yang dijaringkan oleh kedua-dua pasukan jauh berbeza. Corak permainan pun sangat hebat, hampir satu gol setiap minit amat tidak membosankan. Penantian yang saya kira sekejap terasa lama. Dari 18 gol menjadi 21. Dalam hati saya "bile nak habis ni". Mungkin kene jaringkan 27 gol kot. Sebab badminton 21 dah menang. Ya sila gelak.. Saya menyamakan bola jaring dengan badminton. Langsung tidak terfikir permainan lain untuk disamakan peraturanya. Saya siap meng'google' berape jumlah gol untuk pelawanan bola jaring. Dan saya pelik 2 3 kali saya google kenapa tak mendapat sebarang info yang saya kehendaki. Lagi menarik, ibu j