• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, November 19, 2014

Sanah Helwah Hambaku

Alhamdulillah hari ini genap 24 tahun saye lahir kedunia. Ucapan istimewa buat ibu yang lahirkan Along. Alhamdulillah semalam lepas potong kek terus telepon ibu untuk ucap terima kasih.

Dan paling tidak di sangka-sangka sebenarnya. Suami buat kejutan. Menitis juga tiga empat biji air mata, terharu yang tak terucap. Ingatkan akan sambut biasa-biasa je..mungkin makan-makan. Rupe-rupenya ade juga ucapan berlagu dari suami tercinta dengan kek. Kehadiran kek, itu yang paling tidak saye sangkakan sebab ingatkan orang lelaki ni suka yang ringkas2. Pade saye, adanya kek itu dah cukup meriah dan rase begitu diraikan.

Alhamdulillah, lantas tidak henti-henti saye ucapkan syukur pada Allah. Begitu banyak sekali kasih sayang Allah. Saban tahun bertambah dan saya rasakan cinta Allah kepada saye semakin kuat dengan hadirnya orang-orang yang sayang pada saya. Allah, menitis air mata hiba mengenangkan diri yang sombong. Amalan yang sedikit, sifat lalai yang semakin membuas..saya sebenarnya tidak layak dilayan seperti ini.

Pagi ni dapat surat cinta..
 

Dan nak berkongsi rahsia wajah berseri perkongsian Ustazah Norhafizah Musa dalam IKIM.. Doa Mohon Cahaya dari Allah yang ade dalam lagu Mawi dan Hazama. Dapat dari blog sebelah

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لِسَانِيْ نُوْرًا، وَفِيْ سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا، وَمِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا، وَعَنْ شَمَالِيْ نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ نَفْسِيْ نُوْرًا، وَأَعْظِمْ لِيْ نُوْرًا، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لَحْمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ دَمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ شَعْرِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَشَرِيْ نُوْرًا. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ … ونُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ , وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا, وَهَبْ لِيْ نُوْرًا عَلَى نُوْرٍ

“Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku"
 

Friday, November 7, 2014

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin.

"Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong..

"A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose.

Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane.

"Ika nak g US.." kate rose

"Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia.

Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara terpeinci. Apa yang ana tahu, negara-negara di dunia ini dibahagikan mengikut benua dan Malaysia terletak di benua Asia tenggara.

Dunia tebahagi kepada 6 benua..geografi ana ingat sikit-sikit je

Mujur ade Ika, panjang lebar die menerangkan lokasi dan perbezaan UK dan US kepade ana dan Rose . Sebelum menyambung pelajaran di UTP, Ika belaja di Taylor Collage untuk persediaan ke Canada. Tapi perancangan Allah menetapkan rezeki Ika di UTP supaya dapat berukhuwah dengan ana..dan sahabat-sahabat lain. Alhamdulillah. Credit to Ika housemate.

Informasi yang ana dapat simpulkan. UK terletak dibenua Eropah dan US di benua Amarika Utara. US lebih jauh jaraknye dari Malaysia berbanding UK. Tiket kapal terbang pergi dan balik Canada = US lebih kurang RM4000 dan perlukan lebih kurang 23 jam berada dalam kapal terbang. Subhanallah, termenung ana seketika..

Balik Melaka jauh lebih murah dan mudah. Tambang bas RM42 dengan tempoh perjalanan 8 jam. Jika berkereta dengan kelajuan 130km/jam hanya mengambil masa 5 jam dengan kadar tol lebih kurang RM35 dan minyak kereta RM60. Jika balik ramai-ramai,lagi boleh jimat duit. Apapun tidak salah merantau ke negara orang untuk menuntut ilmu yang pelbagai. Sekali-sekala perlu juga kita luaskan pendangan dan pengalaman kite ke benua-benua lain.

Ana menyimpan cita-cita untuk ke tanah arab (^_^)v

Jadi, macam mane?? nak sambung belajar lagi ke agak-agak?? I also wondering if i still have the passionate to further my study..mungkin minggu exam yang begitu menekan, membuatkan ana kurang berminat untuk sambung belajar. Walaubagaimanapun, Allah lebih mengetahui. I'allah last paper ahad ini..Network Security, pray for me..syukran

Thursday, November 6, 2014

Hutang tetap hutang

Assalamualaikum wbt

Feeling pelik. Seawal pukul 7 pagi lagi saye dah terdengar huruf-huruf ini disebut di radio. Kali ini, akal saye ligat berfikir, terkesan dan tertekan barangkali. Persoalan yang berguling-guling di akal fikiran saye yang mungkin sedikit sempit ini, kenapa peringatan ini menjadi satu perkara yang dihebah-hebohkan. Jelasnya seperti ada pihak yang dalam keadaan yang sangat terdesak dan tiada jalan lain untuk menamatkan isu yang telah bertahun-tahun membarah di negara ini.

Dunia semakin maju, sistem semakin canggih, manusia semakin bijak. Tidak mungkin tiada jalan effektif menyembuhkan penyakit ini. Bukan isu baru, bukan isu yang berlainan setiap tahun, malah tidak berganjak pun akar permasalah ini dan tidak perubahan setting langsung. Pihak yang menghadapi masalah ini pun bukan orang yang berbeza yang perlu di beri layanan mengikut karekter atau perwatakan masing-masing. Orang atau entiti yang sama..

PTPTN. Huruf-huruf ini telah digabungkan dengan ayat 'pembayaran hutang' . Isunye peratusan bayaran balik pinjaman PTPTN ni 'masih' rendah. Perkataan MASIH ini menunjukkan ia telah dikesan lama dulu, tetapi sehingga sekarang tidak berubah...bererti tempohnya bukan sekejap dan sehingga hari ini isu belum lagi selesai.

Pada saya ini agak lucu...pinjaman pelajaran di negara Malaysia bukan ade 1 entiti sahaja. Banyak lagi pinjaman dari agensi lain. Kebanyakannya perlu dibayar semula. but why only you so bising ma?? Ok, katakan kadar permohonan pinjaman yang diluluskan entiti ini lebih banyak berbanding yang lain, so masalah ini lebih berat untuk ditanggung sendiri dan perlu kerjasama satu negara.

Then dengan portfolio yang pada saya sangat kukuh kerana telah mula memberi pinjaman sejak tahun 1997 kepada lebih 20 ribu pelajar, tidakkah seharusnya sebuah syarikat pinjaman kewangan memiliki sistem bayar balik yang lancar den effektif. Telah lebih sedekat , bergelumang dalam lumpur yang sama lebih sepuluh tahun..masakan masih tidak dapat bergerak lebih kehadapan.

Alhamdulillah saye bukan peminjam PTPTN. Cuma saya orang yang rimas mendengar leteran mereka yang berulang kali mintak hutang meraka @ kononnye duit mereka dikembalikan Ye saye faham ianya untuk kebaikan generasi akan datang...namun belajarlah dari orang lain.

Saye pun ade pinjaman pelajaran yang belum dibayar, tetapi peminjam saye bijak. Setiap dari kami yang berhutang pasti akan dikejar, bukan dileteri 'bayar hutang, nanti xboleh masuk syurga'. Mereka 'ikat' (tapi xketat dan xmenyakitkan-bererti masih lagi ade kelonggaran dan ruang berbincang jika ade kesulitan) agar kami tidak LUPA membayar. Nak bagi duit, bukan senang kot..dah kerja penat-penat, duit pulak sebulan sekali masuk, darah pun masih muda belia baru nak kenal hidup.. ingat senang ke nak keluarkan bagi kat orang lain..susah kot..kalau boleh nak cari banyak-banyak nak simpan bawah katil jangan bagi orang tahu..

Apapun hutang tetap hutang. Kite semua sedia maklum ayat paling panjang dalam Al-Quran adalah ayat berkenaan hutang. Bayar tetap perlu dibayar kerana itu satu tanggungjawap. Cume kedua-dua belah pihak harus bijaksana. Jangan salah cara dan jangan salah bicara..Sekian.

 

Tuesday, November 4, 2014

Shaklee : Ostematrix

Ini salah satu produk Shaklee yang membekalkan zat makanan bernama Kalsium. Sebelum ini saye ingat Kalsium ni hanya baik untuk tulang dan yang seangkatan dengannya. Bak kate dalam tv yang mempromosi produk tenusu, zat Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku dan gigi.

Tapi rupa-rupnya Kalsium ni banyak lagi kepentingan lain.Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Selain itu, pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis yang sering dialami orang yang dah meningkat umur atau ibu-ibu yang hamil.

Tidak dinafikan juga, Kalsium mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Baik untuk mereka yang sibuk dengan kerja atau yang seringkali terbeban dengan masalah seharian kerja mahupun keluarga.

Untuk wanita muda, kesakitan ketika haid seperti sengugut dan kejang perut dapat dikurangkan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil. Tahukah anda bahawa Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.



Perbezaan Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee dirumus daripada formula yang unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium ini akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. InsyaAllah.