• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, November 19, 2014

Sanah Helwah Hambaku

Alhamdulillah hari ini genap 24 tahun saye lahir kedunia. Ucapan istimewa buat ibu yang lahirkan Along. Alhamdulillah semalam lepas potong kek terus telepon ibu untuk ucap terima kasih.

Dan paling tidak di sangka-sangka sebenarnya. Suami buat kejutan. Menitis juga tiga empat biji air mata, terharu yang tak terucap. Ingatkan akan sambut biasa-biasa je..mungkin makan-makan. Rupe-rupenya ade juga ucapan berlagu dari suami tercinta dengan kek. Kehadiran kek, itu yang paling tidak saye sangkakan sebab ingatkan orang lelaki ni suka yang ringkas2. Pade saye, adanya kek itu dah cukup meriah dan rase begitu diraikan.

Alhamdulillah, lantas tidak henti-henti saye ucapkan syukur pada Allah. Begitu banyak sekali kasih sayang Allah. Saban tahun bertambah dan saya rasakan cinta Allah kepada saye semakin kuat dengan hadirnya orang-orang yang sayang pada saya. Allah, menitis air mata hiba mengenangkan diri yang sombong. Amalan yang sedikit, sifat lalai yang semakin membuas..saya sebenarnya tidak layak dilayan seperti ini.

Pagi ni dapat surat cinta..
 

Dan nak berkongsi rahsia wajah berseri perkongsian Ustazah Norhafizah Musa dalam IKIM.. Doa Mohon Cahaya dari Allah yang ade dalam lagu Mawi dan Hazama. Dapat dari blog sebelah

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لِسَانِيْ نُوْرًا، وَفِيْ سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا، وَمِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا، وَعَنْ شَمَالِيْ نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ نَفْسِيْ نُوْرًا، وَأَعْظِمْ لِيْ نُوْرًا، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لَحْمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ دَمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ شَعْرِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَشَرِيْ نُوْرًا. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ … ونُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ , وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا, وَهَبْ لِيْ نُوْرًا عَلَى نُوْرٍ

“Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku"
 

Friday, November 7, 2014

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin.

"Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong..

"A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose.

Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane.

"Ika nak g US.." kate rose

"Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia.

Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara terpeinci. Apa yang ana tahu, negara-negara di dunia ini dibahagikan mengikut benua dan Malaysia terletak di benua Asia tenggara.

Dunia tebahagi kepada 6 benua..geografi ana ingat sikit-sikit je

Mujur ade Ika, panjang lebar die menerangkan lokasi dan perbezaan UK dan US kepade ana dan Rose . Sebelum menyambung pelajaran di UTP, Ika belaja di Taylor Collage untuk persediaan ke Canada. Tapi perancangan Allah menetapkan rezeki Ika di UTP supaya dapat berukhuwah dengan ana..dan sahabat-sahabat lain. Alhamdulillah. Credit to Ika housemate.

Informasi yang ana dapat simpulkan. UK terletak dibenua Eropah dan US di benua Amarika Utara. US lebih jauh jaraknye dari Malaysia berbanding UK. Tiket kapal terbang pergi dan balik Canada = US lebih kurang RM4000 dan perlukan lebih kurang 23 jam berada dalam kapal terbang. Subhanallah, termenung ana seketika..

Balik Melaka jauh lebih murah dan mudah. Tambang bas RM42 dengan tempoh perjalanan 8 jam. Jika berkereta dengan kelajuan 130km/jam hanya mengambil masa 5 jam dengan kadar tol lebih kurang RM35 dan minyak kereta RM60. Jika balik ramai-ramai,lagi boleh jimat duit. Apapun tidak salah merantau ke negara orang untuk menuntut ilmu yang pelbagai. Sekali-sekala perlu juga kita luaskan pendangan dan pengalaman kite ke benua-benua lain.

Ana menyimpan cita-cita untuk ke tanah arab (^_^)v

Jadi, macam mane?? nak sambung belajar lagi ke agak-agak?? I also wondering if i still have the passionate to further my study..mungkin minggu exam yang begitu menekan, membuatkan ana kurang berminat untuk sambung belajar. Walaubagaimanapun, Allah lebih mengetahui. I'allah last paper ahad ini..Network Security, pray for me..syukran

Thursday, November 6, 2014

Hutang tetap hutang

Assalamualaikum wbt

Feeling pelik. Seawal pukul 7 pagi lagi saye dah terdengar huruf-huruf ini disebut di radio. Kali ini, akal saye ligat berfikir, terkesan dan tertekan barangkali. Persoalan yang berguling-guling di akal fikiran saye yang mungkin sedikit sempit ini, kenapa peringatan ini menjadi satu perkara yang dihebah-hebohkan. Jelasnya seperti ada pihak yang dalam keadaan yang sangat terdesak dan tiada jalan lain untuk menamatkan isu yang telah bertahun-tahun membarah di negara ini.

Dunia semakin maju, sistem semakin canggih, manusia semakin bijak. Tidak mungkin tiada jalan effektif menyembuhkan penyakit ini. Bukan isu baru, bukan isu yang berlainan setiap tahun, malah tidak berganjak pun akar permasalah ini dan tidak perubahan setting langsung. Pihak yang menghadapi masalah ini pun bukan orang yang berbeza yang perlu di beri layanan mengikut karekter atau perwatakan masing-masing. Orang atau entiti yang sama..

PTPTN. Huruf-huruf ini telah digabungkan dengan ayat 'pembayaran hutang' . Isunye peratusan bayaran balik pinjaman PTPTN ni 'masih' rendah. Perkataan MASIH ini menunjukkan ia telah dikesan lama dulu, tetapi sehingga sekarang tidak berubah...bererti tempohnya bukan sekejap dan sehingga hari ini isu belum lagi selesai.

Pada saya ini agak lucu...pinjaman pelajaran di negara Malaysia bukan ade 1 entiti sahaja. Banyak lagi pinjaman dari agensi lain. Kebanyakannya perlu dibayar semula. but why only you so bising ma?? Ok, katakan kadar permohonan pinjaman yang diluluskan entiti ini lebih banyak berbanding yang lain, so masalah ini lebih berat untuk ditanggung sendiri dan perlu kerjasama satu negara.

Then dengan portfolio yang pada saya sangat kukuh kerana telah mula memberi pinjaman sejak tahun 1997 kepada lebih 20 ribu pelajar, tidakkah seharusnya sebuah syarikat pinjaman kewangan memiliki sistem bayar balik yang lancar den effektif. Telah lebih sedekat , bergelumang dalam lumpur yang sama lebih sepuluh tahun..masakan masih tidak dapat bergerak lebih kehadapan.

Alhamdulillah saye bukan peminjam PTPTN. Cuma saya orang yang rimas mendengar leteran mereka yang berulang kali mintak hutang meraka @ kononnye duit mereka dikembalikan Ye saye faham ianya untuk kebaikan generasi akan datang...namun belajarlah dari orang lain.

Saye pun ade pinjaman pelajaran yang belum dibayar, tetapi peminjam saye bijak. Setiap dari kami yang berhutang pasti akan dikejar, bukan dileteri 'bayar hutang, nanti xboleh masuk syurga'. Mereka 'ikat' (tapi xketat dan xmenyakitkan-bererti masih lagi ade kelonggaran dan ruang berbincang jika ade kesulitan) agar kami tidak LUPA membayar. Nak bagi duit, bukan senang kot..dah kerja penat-penat, duit pulak sebulan sekali masuk, darah pun masih muda belia baru nak kenal hidup.. ingat senang ke nak keluarkan bagi kat orang lain..susah kot..kalau boleh nak cari banyak-banyak nak simpan bawah katil jangan bagi orang tahu..

Apapun hutang tetap hutang. Kite semua sedia maklum ayat paling panjang dalam Al-Quran adalah ayat berkenaan hutang. Bayar tetap perlu dibayar kerana itu satu tanggungjawap. Cume kedua-dua belah pihak harus bijaksana. Jangan salah cara dan jangan salah bicara..Sekian.

 

Tuesday, November 4, 2014

Shaklee : Ostematrix

Ini salah satu produk Shaklee yang membekalkan zat makanan bernama Kalsium. Sebelum ini saye ingat Kalsium ni hanya baik untuk tulang dan yang seangkatan dengannya. Bak kate dalam tv yang mempromosi produk tenusu, zat Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku dan gigi.

Tapi rupa-rupnya Kalsium ni banyak lagi kepentingan lain.Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Selain itu, pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis yang sering dialami orang yang dah meningkat umur atau ibu-ibu yang hamil.

Tidak dinafikan juga, Kalsium mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Baik untuk mereka yang sibuk dengan kerja atau yang seringkali terbeban dengan masalah seharian kerja mahupun keluarga.

Untuk wanita muda, kesakitan ketika haid seperti sengugut dan kejang perut dapat dikurangkan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil. Tahukah anda bahawa Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.



Perbezaan Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee dirumus daripada formula yang unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium ini akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. InsyaAllah.



Monday, October 27, 2014

Amalan Ibu Mengandung



"Kenape pagi tadi ayang muram je..." tanya suami dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tindakan yang sangat bijak!! tidak terus menyerbu, bile saya dah cool down baru suami bertanya.

"Erm, oo pagi tade sebenarnya ayang risau pasal kerja. Ade SQL coding yang supervisor mintak.. Risau tak boleh nk siapkan.." Jawap saye...pagi tadi memang mood tak okay, senyum untuk suami pun macam tak larat je.

"Ooo ingatkan sebab kecewa tak bangun Qiamulaill.." balas suami bersahaja..

"Allah..allah..allah.." ade elektrik yang menyambar dalam hati saye. Terbakar, insaf ...

Umi isma,

Umi kene lengkapkan mutabaah umi. Supaya umi ade hubungan yang baik dengan Allah, baru umi akan sentiasa sihat, kuat dan bahagia. Adik nak pakai banyak tenaga dan kekuatan untuk persediaan adik berhijrah ke dunia baru adik. Kalau umi tak bangun Qiamullail macam mana umi nak kongsi tenaga dengan adik.Adik nak tumpang kesihatan, kekuatan dan kebahagian umi. Adik suka umi senyum, adik suka dengar kalimah Allah yang umi bace semasa dan selepas solat. Adik rase sihat. Umi sayang kat adik kan...

sob sob..sob ..




Friday, October 17, 2014

Aidiladha di Kelantan Part II

Sambungan cerita..

Ini cerita segar dari saye yang teruja menyambut aidilAdha di Kelantan, khusus di Kampung Perol. Budaya korban di sini amat berbeza dengan kampung saya. Di Jasin ibadah korban di buat diperkarangan masjid, yang mana tidak semua orang menyertai...hanya ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan orang kuat kampung sahaja yang terlibat. Yang lain, seperti saya sekeluarga kebiasaaanya akan balik ke rumag masing-masing usai solat sunat aidiladha untuk makan ketupat rendang yang dimasak pada hari mantai/bantai (sehari sebelum raya) dan menonton TV meneruskan kehidupan seperti biasa (tak meriah pun).

Di kampung suami, ibadah korban dibuat di kawasan rumah orang-orang yang melakukan ibadah tersebut. Tahun ini ipar dan biras saya berkongsi seekor lembu, 5 bahagian keluarga suami dan 2 bahagian lagi jiran depan rumah. Maka sembelihan lembunya dibuat di rumah kami. Seperti yang saye angan-angankan, dapat tengok lembu di sembelih. Part yang paling dramatik adalah bile nak menumbangkan lembu...nampak macam kurus je lembu ni..tapi kemain susah nak menumbangkannya. Sebelum tumbang lembu, orang dulu yang tumbang bertimpa-timpa..kesian~~




Selepas disembelih, daging lembu tidak terus dibahagi untuk edaran seluruh kampung seperti di Jasin. Di sini, bahagian pertama diambil adalah untuk dimasak oleh tuan rumah buat jamu makan orang kampung. Menu di sini pun berbeza, tiada kari, rendang, sambal kacang atau lodeh...yang menjadi kemestian daging goreng dan sup lembu. Di makan bersama nasi, ulam-ulaman seperti bendi, petai, terung dan ulam raja, budu dan sambal. Mudah je..tapi tetap sedap umm..sehingga menjilat jari (terubat rase rindu pada rendang ibu..)

Ketupat pula, sini tiada ketupat nasi yang biasa saya anyam menggunakan daun kelapa. Sini ade ketupat pulut, yang dianyam mengunakan daun palas. Nama komersialnya ketupat palas. Kalau ketupat nasi mesti ade pasangan atau cicahnya sebab tak sedap makan begitu sahaja. Tapi ketupat palas ni, boleh dimakan begitu sahaja...sedap..nak menarik lagi boleh dimakan bersama daging goreng. Makan dua ketul dah kenyang..same la macam ketupat nasi..sebuku pun dah kenyang.

Aktiviti jamu menjamu atau saya panggil kenduri, orang kelantan panggil 'bekwoh' ni berlansung sehingga menjelang asar. Seharian di dapur basuh pingan dan menanak nasi. Orang kampung yang hadir memang ramai, sebab kata mek tidak ramai orang kampung yang sembelih lembu tahun ini. Jadi orang tertumpu pada satu tempat sahaja. Alhamdulillah, meriah..rase seronok tengok mereka makan. Hati lapang, menumpang berkat dan pahala orang yang buat ibadah korban. (^_^)v



Monday, October 13, 2014

Shaklee : ESP Soy Protein Isolate Power

Perbezaan dan manfaat ESP berbanding produk soya biasa

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini untuk memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih sehinggalah penyimpanan nya. sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara ini menghilangkan isoflavine yang bermanfaat dan mencemarkan soya itu sendiri dengan alkohol. sebeb itulah soya menjadi tidak elok untuk kesihatan.

Kebanyakan produk soya juga telah mengalami perubahan genetik dalam pemprosesan nya. Proses ini dinamakan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tumbuhan atau haiwan yang telah dimodifikasi atau diubahsuai secara genetik menggunakan teknologi kejuruteraan genetik. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin, Ini menyebabkan gangguan kepada fungsi hati. Soya GMO juga mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Di samping itu, soya GMO menganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

ESP adalah supplement protein berasaskan soya keluaran Shaklee. Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah soya Non GMO. Dalam proses penghasilan ESP, soya yang digunakan dicuci menggunakan air bagi mengekalkan kandungan di dalam soya. Soya Shaklee dicuci untuk mengekalkan isoflavine genestin dan daidzin yang kritikal untuk membekalkan kita keseluruhan manfaat soya yang asli .



 ESP mampu menghalang penyakit kanser?

“You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health.”
Dr. Mohamed Nasr, Director of the Medical Care &
Diagnostic, Center of Lake Villa di Illinois, USA


ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser

Mengurangkan risiko kanser usus - Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

Menghalang kanser paru dara - ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser paru dara sebanyak 10x ganda ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda.
 

Selain penyakit kanser?
  • Mengelak kerosakan buah pinggang - ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • Mengelakkan penyakit jantung - ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL(kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang
  • ESP menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause
  • ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut
  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
  • 60 kajian menunjukkan protein soya ESP meningkatkan ketumpatan tulang2

Friday, October 10, 2014

AidilAdha di Kelantan Part I

Assalamualaikum wbt

Nak cerita, kongsi pengalaman dengan pembaca dan juga sebagai catatan untuk diri sendiri. Nanti bila tua boleh bagi anak-anak bace..Tahun ini tahun pertama saye beraya di rumah mertua. Ade baaanyak kisah menarik nak dikongsikan, sebab tu ade ade part I, kalau tidak jenuh nak menaip semua sekali gus.

Untuk perjalanan kali ini kami tidak terus travel ke Timur, ade tempat nak disinggah. Ipoh. Tempat dating masa awal-awal perkahwinan dulu hee...Bukan nak dating, tapi kami decide tuk tidak meneruskan perjalanan 8 jam dalam satu hari, badan tak larat. Sudahlah di tempat kerja 8 jam, nak tambah pula lagi 8 jam...terasa tua

Perjalanan bermula dari LRT Universiti menuju check point pertama, Ipoh. Sungguh menguji, perjalanan 3 jam menjadi 5 jam lebih. Kesian En Suami memandu dalam jem..Sampai di sana, check in hotel untuk melepaskan lelah kerja dan lelah perjalanan. Esok temujanji dengan Produa, tuk service Cik Bee kami.



Pukul 12.00 tengah hari kami teruskan perjalan ke Kelantan. Kami sepatutnye melalui Lebuh Raya Plus, tapi pelik dan pertama kali dalam hidup saya alami perkara ni..selalu dengar dalam radio segmen info trafic je. Plus tutup tol..tak boleh lalu..geram jugak hati ni, ade lebih kurang 10 buah kereta je depan kami..tapi Plus xbagi masuk..sob sob sob. Kami teruskan perjalanan, Plus arahkan kereta buat lencongan melalui Sg Siput tuk ke arah Utara..Sesak juga jalan lencongan ni dengan manusia..sabarlah hati..ujian Allah.

Nak dijadikan kisah, rupa-rupanye ade kemalangan maut di hadapan, ade beritnya di sini . Betul la tekaan En Suami. Mujur kami tak masuk dalam highway tu, kalau tidak..kenyang la makan jem yang dijangka akan menambah masa perjalanan selama 2 jam lagi . Alhamdulillah, perancangan Allah. Sepanjang perjalanan tu hujan tidak berhenti, rahmat Allah..adakalanye lebat sehingga menghadkan jarak pandangan, adakalanya renyai. Alhamdulillah Cik Bee mesti suka sebab sejuk je..

Banyak juga musibah lain yang kami saksikan sepanjang perjalanan. Kesian sungguh melihat nasib meraka. Di kala orang lain sibuk membuat persiapan raya, kami dan mereka masih di atas jalan, cume kami lebih bernasib baik, hanya diuji dengan jem. Mereka, diuji dengan tayar bocor, kereta rosak, terbabas dan macam-macam lagi. Semoga Allah berikan rahmat atas kesabaran mereka.

Alhamdulillah kami sampai Pasir Mas lebih kurang 9 malam. Selamat sampai dengan sedikit letih yang terubat melihat ramai sanak saudara berkumpul. Meriah, sebab ramai adik beradik suami, anak sedara pun ramai..itu belum ade ketujuh-tujuh beradik..Nantikan cerita raya esok harinya..

Friday, October 3, 2014

Semanis Kurma AidilAdha

Assalamualaikum wbt

Berita gembira harini. Order semalam, petang ni dah sampai Shaklee slimming set and my ESP. Semoga dengan izin Allah badan akan lebih sihat. Harini Insayaallah lepas kerja akan gerak balik kampung di Pasir Mas. Seronoknye..nak tengok lembu korban. Saye belum pernah lagi menonton adegan sembelih-menyembelih lembu secara live. Harap-harap dapat tengok.

Semangat berkobar bile tengok Semanis Kurma TV9 semalam. Tajuk yang sangat sesuai dan perbincangan yang sangat ilmiah, Ibu Jasin pun suke (sempat kol ibu pagi tadi..sob sob, xraye Melaka..Maaf zahir batin ibu). Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu semalam kate ibu. Saye pula terasa rugi tak fokus Semanis Kurma. Mane tidaknye, leka mengemas beg pakaian untuk pulang ke Pasir Mas.

Malam tadi suami saye lena awal..kepenatan meredah jem mase balik kerja. Isteri kat sebelah tidur dengan selesa..hee maaf yer abang. So malam turn saye berjaga, kemas beg dan rumah sebab esok pagi-pagi nak terus bawa beg dan pecut ke timur lepas abis kerja. Kesan sampinganye memang tak dapat fokus Semanis Kurma walaupun hati tu berbisik-bisik..menarik betul tajuk malam ni..Nak kuatkan volume tv takut suami terjaga, plus malas pula nak bangun menguatkan volume tu..

10 awal Zulhijjah pahala berganda..hari ini dan 8 Zulhijjah..pacutan terakhir.

Simple design..orang perempuan yang design..Comel

 

Wednesday, October 1, 2014

Instant street view

Assalamualaikum wbt

Lunch hour, perut tak lapar lagi. Tadi makan cucur ikan bilis cicah sambal kering. Sambal kering import dari Simpang Kerayong tu yang jadi pembakar semangat buat cucur pagi-pagi, sampai lambat keluar rumah hari ni huu..alhamdulillah kenyang. Tapi dah ade rase lapar sikit-sikit ni..

Harini kecoh pasal instant street view. Boleh tengok jalan-jalan di seluruh dunia dengan mudah. Jadi, untuk tidak ketinggalan saye pun mencuba..pertama yang saya cuba mesti la kampung Melaka, kemudian berjalan sekitar Melaka rumah sanak saudara kononye..Menarik

Aplikasi yang bermanfaat kalau pandai digunakan. Contoh untuk survay tempat melancong atau tempat program. Gamba pun memadai, jelas tapi tidak la beresolusi tinggi. Kelajuan applikasi ni pun agak menarik, laju, search engin de laju...tak perlu tunggu lama, siap ade option..cume biase la kalau gambar akan ambil 3 4 saat untuk dipaparkan sepenuhnya..Loading time

Mule-mule ingat boleh nampak gambar semasan (real time, anggaran 7 bulan dulu kot), so nak la tahu ibu buat ape kat rumah..hee..Rupe-rupanya gambar ni tidaklah diambil ikut mase kite nak melihatnye..Jenuh nak snap setiap hari ae..Or setelit Google turun ke Simpang Kerayong nak snap gambar ibu ....tak dapek nak nolong tu ... Menanti applikasi seumpama itu satu masa nanti



 Lorong 11 Kampung Simpang Kerayong. Ade kereta kak ngah kat depan tandas..

Jalan-jalan umah pak sedara..ade isteri dan anaknyer tu...

Tuesday, September 30, 2014

Pengkalan Balak : Rehlah Keluarga

Assalamualaikum,

Minggu lepas, seperti yang diidam-idamkan saye sekeluarga berkelah di pantai. Pengkalan Balak, Melaka. Menarik tempat tu, orang tak berapa ramai dan persekitaran yang bersih. Suke dan rase tenang je kat sane. Air tidaklah jenih sampai nampak dasar, tapi pada saya cukup bersih dan tak boleh minum sebab masin..

Perancangannye nak bertolak awal dalam pukul 8 sebab tak nak mandi bawah terik matahati. Namun, nama pun perncangan..tengok-tengok kami bertolak agak lewat jugak lebih kurang pukul 9.30 pagi dan sampai lebih kurang  10 lebih..tak jauh pun rupenye..dapat parking bawah pokok dan bentang tikar untuk agenda penting..

Mula-mula sampai pantai, biasenye buat ape....terjun masuk air la kan...huu, tapi bukan saya, suami dan adik dulu terjun. Saye?? telah terkandas di atas tikar dengan makanan yang enak masakan ibu. Nasi lemak sambal kering, ayam goreng dan ulam raja..fuh tidak terkata...

Makan punye makan..orang dah sampai seberang laut baru saye habis makan..matahari dah memancarkan sinar UVnye..hermm cene nak mandi ni?? xpe la, g basuh tangan dulu..mule-mula basuh tangan, kaki pun nak jugak..ok celup-celup kaki..tengok-tengok dah 80% dalam air..Magic rupenye laut ni..dahsyatnye hee

Saya suka main air laut, tak dinafikan walaupun tak berapa reti berenang tapi main air tu dah sesuatu yang mengembirakan. Kenapa laut? sebab laut tak sejuk so boleh main lama-lama. Suami pula suka main air jeram, sebab tak panas..ade kontradiksi disitu..xpe "saya suka, saya suka" kata Mei Mei

Dan antara sebab lain pergi laut ni, nak bawak ibu dan Azmil jalan-jalan. Tenangkan fikiran dan santai-santai. Kate orang-orang kesihatan, minda yang tenang boleh menjadikan tubuh badan lebih sihat dan cerga..sebab fikiran ni suiz utama. Kalau suiz utama ade masalah, suiz-suiz yang lain akan turut terjejas...teori saye la. Cube google, kesan akibat mental dipression..tekanan yang disimpan boleh menjejaskan kesihatan badan tau...ade yang sampai hilang ingatan, kisah benar tu

***

Lame betul kami tak keluar berkelah...kata Azmil "terakhir abang mandi laut,  masa convo along"..lebih setahun dulu ...kami sempat berkelah di Lumut..sob sob sob..sedih pula dengar pengakuan ikhlas adik lelaki saye yang sorang ni.

InsyaAllah, nanti ade masa kite jalan-jalan lagi yer..sebak pulak tibe-tibe ni..adikku sorang ni ...walaupun bongsu tapi tak manja dan ade sesuatu yang unik pade de. Matang dari usia. Barangkali kerana dia lebih mengetahui dan memahami isi hati ibu yang membesarkannya tanpa ayah...nangis~~

 Ini sedikit pemandangan yang sempat diambil ketika di Pengakalan Balak.Cantik angle gamba ni. Abaikan pakcik kat belakang tu yer..

Friday, September 26, 2014

Lelaki Memasak : Air tangan Suami

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat semua. Walaupun harini hari yang amat mencabar bagi saye, tapi xpe..letakkan ia di sebelah, lupakan sekejap walaupun tahu petang nanti mesti akan kene marah dengan supervisor sebab kes tak selesai selepas 4 hari duduk mengadap database. Doakan saye berjaya membetulkan masalah applikasi intranet opis ni yer kawan-kawan.

Nak cerita pasal masak dan makan, satu perkara yang saya suke buat dan mungkin kontra dengan ibu adalah memasak..tapi masak lauk-lauk je reti. Suke tidak bermakna pandai masak, lauk yang paling saye pandai pun lauk Masak Lemak Cili Api, sebab ni lauk kegemaran saya. Sambal dan asam pedas pun masakan kesukaan saya, tapi masih gagal memasak mengikut cita rasa yang saye inginkan. Susah nak lawan sambal dan asam pedas ibu...why??

Saye paling amat sangat rajin masak bile saya lapar dan kebetulan kebelakangan ni, selera makan saya meningkat.. selalu lapar. Maka saye rajin juge la memasak..balik kerja penat bercampur lapar...rehat dulu jangan paksa diri, solat magrib lepas tu baru mula masak untuk makan malam. Yang mudah-mudah je, macam Mudah.com. Kalau yang rumit-rumit nanti kebuluran plak , lambat makan..

Berkenaan masakan, sebelum saye berkahwin..saye ade la simpan angan-angan nak suami yang pandai masak..so boleh masakkan untuk saye sekali sekala..heee..angan-angan puteri gunung ledang..hah! cuba teke, suami saya pandai masak x????

Jawapanya...erm sebelum kahwin, kami pernah la berbalas e-mail (cc pade sahabat yang kami percaya, supaya xla melalut dan xlah email tu berdua-duan) sebagai taaruf atau perkenalan sedikit lebih Anuar Zain...Katenye dalam email tu, ana TAK pandai masak..sob sob sob..dalam hati kecil yang kurus ni...xpe la, standad la lelaki xpandai masak..

Maka perancangan perkahwinan tetap diteruskan (bunyi macam xjadi kawen je aek)..suami xpandai masak xpe, isteri kene 'pandai'..maka nikah.. lepas kawen, tup tup gamba masuk dalam watsup (duduk asing-asing)..
"abang masak harini..lauk sekian..sekian.."

Ooww, boleh masak rupenya suami saye..Tahniah!! impian anda menjadi kenyataan, suami pandai masak..yey Alhamdulillah.

Penting sangat ke suami pandai memasak?? sangat tu xla sangat, tapi penting tuk TAHU masak. Sekurang-kurangnye kalau isteri mabuk mengandung atau balik kampung berpantang, boleh la nak gorang telur dadar dan masak nasi sendiri apabila fulus tidak begitu mencukupi. Kadang kala ada isteri mengandung yang xnak makan makanan luar, nak yang masak di rumah je..hah, kan ke parah tu..xkan mak nak jage sampai 9 bulan..dah la berpantang pun mak kene jaga.

Kalau berpantang pula, anak ke 10 la katekan..mak dah xlarat nak jage..suami la kene jage, kene masak..isteri dah 10 kali mengandung dan 10 kali bersalin..maka suami 'solehah' kene la tolong aek. Cara saya cakap macam dah ade pengalaman je ae. InsyaAllah doakan. Teori je (tapi realistik).



Menu dua hari lepas, simple macam SimplySiti. Sayur xyah masak , sebab kite tiru omputeh..salad segar. Ade oren 39sen sebiji dan ayam masak merah lebih minyak lebih pedas..Air special air tangan suami, carrot susu (kurang carrot tapi sedap) dan nasi pakai beras cap Burung import dari Kelantan..

Thursday, September 25, 2014

Permaisuri Hati : Mahligai Cinta

Oh...Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama Sampai kepada-Nya disyurga sana
Tuhan kekalkanlah Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Saye suke dengar lagu Hijjaz ni. Sejak kawen la..sebab suami hadiahkan. Istimewa. Bercinta lepas kawen la katekan...(^_^)v alhamdulillah. Sebelum kawen, nak selisih pun kalau boleh nak elak..kalau nampak bakal suami tu, rase macam nak lari cepat-cepat atau nak menyorok...Bile cakap ngan suami macam tu, ditanye kenapa...saya menjawap...

" Entah la abang, rase malu tidak terkata"  rase macam tak berhidung pulak..

Pengalaman hampir 10 bulan menjadi isteri En Jime. 7 bulan duduk berasingan, Perak ke Kuala Lumpur, Melaka ke Kelantan. Pelbagai macam dan ragam. Alhamdulillah  Allah lebih tahu, rahsia jodoh kami, ada persamaan tapi banyak juga perbezaan. Melengkapi. Sorang penyabar, sorang lagi kepala angin (saye 0/).

Mase ni tak dapat dibayangkan, seksa sungguh rase nak bergambar bersama...tak pernah jumpe berdua apetah lagi nak bersembang..tibe-tibe boleh pegang-pegang, oh no..am I dreaming!! Tapi bajet cool je dan control macho, nak pegang bahu, tapi rase tangan tak jejak ke bahu
betul ke dah halal ni..syubhah ker??

Wednesday, September 24, 2014

Menariknye bace pengalaman orang lain

Sejak akhir-akhir ini saye galak mengeledah blog senior2 UTP yang aktif ber'Shaklee', mencari ilmu kononnye. Sebenarnya saye pun pengguna produk Shaklee cume 'belum' aktif berkongsi pengalaman dan testimoni. Ada azam nak memeriahkan pasaran produk ini tetapi rasenya masih baru dan banyak perlu dipelajari dan dialami. Ape pun memang seronok membaca testimoni mereka yang berpuas hati dengan produk ini.

Tapi yang paling penting, kenapa tiba-tiba terhasilnya entry ini. (^_^) saye sebenarnya rindu untuk menulis dan bercerita. Lepas grad, blog ini sunyi je..xde cerita nak dikongsikan plus masalah internat access yang limited hanya pada waktu kerja.. Tapi kali ni macam dah ade perkara yang nak diceritakan..ape ye..herm banyak la pulak..insyaAllah akan saye susun satu persatu supaya saya sendiri xpening nak mengarangnya.

Boleh tak kalau ni sahaja dulu..permulaan bagi diri yang baru dapat semangat nak menulis cerita2 dongeng ismalina ishak ..jumpe lagi ye (harap-harap ni tidak berhenti disini je)

Ini bantal hadiah perkahwinan saye, tapi yang sedihnye bantal abang dah tertinggal kat rumah mak long mase kenduri kawen anak bongsunye..sob sob, bile nak ambil balik ni..
 

Gamba ibu dan adik-beradiknya
kanan belakang P.ngah Hamidi, (sepupu) kak Noi, M.long Hasanah, abg Rizal, P.cik Razmi
kanan depan P.lang Razali, Ibu Maimunah, P.itam Shafiee
ade sorang lagi tapi dah balik ..busu Sarimah
 
 

Wednesday, April 9, 2014

NMK Style : Game PhotoShop

Hasil karya seorang gadis yang ketinggalan zaman. Baru sahaja menghargai permainan maya bernama PhotoShop...

Juga, mengajak sekalian pembaca LIKE dan Follow Page Nisa Wilayah untuk perlbagai aktiviti menarik..
I luv Nisa..





Wednesday, March 26, 2014

Pray for Mesir 529

Misi pagi ini mengodam mana-mana laman sesawang untuk mencari berita. Tahu cerita, punca dan mengapa. Kata kuncinya adalah 529 Mesir. Membaca semua berita perkembangan mesir, hati ini menangis. Sungguh berat ujian yang allah berikan kepada negara ini umumnya dan HAMAS khususnye. Fitnah berleluasa, yang salah dikatakan benar dan yang benar dihukum mati. Nah! itulah dunia. Kejam dan tidak berperikemanuasiaan.

Mahkamah bukan lagi tempat pengadilan, penjara bukan lagi untuk penjenayah dan demokrasi bukan lagi untuk rakyat. Allah...kami kini di hujung zaman. Kezaliman dilihat indah. Manusia tidak lagi takut menyalahgunakan kuasa. Jawatan dan amanah telah diselewang, tikam belakang dan segala bentuk khianat yang bukan kepalang teruknya.


Tidak kalah, pelakon tambahan yang menambah luka. Sang Media Massa yang begitu tidak telus dalam laporan..setiap hari terus menerus menyebar dakyah kepada dunia. Pengganas, itu gelaran untuk meraka yang membawa risalah Islam sedang rakyat mengiktiraf mereka. Amerika yang selama ini terkehadapan dalam isu kemanusiaan, berpeluk tubuh beku dan bisu..

"Dalam analisis global, pihak Barat sememangnya tidak mahu kebangkitan rakyat Arab berakhir dengan kuasa beralih ketangan kelompok Islam. Lantaran itu tidak mengejut segala tindakan menindas kelompok Islam terutama gerakan Ikhwan Muslimin tidak didukung oleh kuasa Barat walaupun atas nama hak demokrasi rakyat Mesir. Sebab itu tindakan regim tentera tidak dikecam oleh kuasa Barat walaupun jelas ia melanggar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa serta hak demokrasi rakyat Mesir" 
Harakah Daily  

Saya percaya sekalian umat yang duduk dalam bahtera perjuangan tidak akan pernah redha dengan kezaliman ini. Namun saya dan kite juga tahu, bahawa memperjuangkan Islam pada zaman ini, umpama mengenggam bara api. Panas! Pedih! Sakit! Seksa! Tidak hanya itu, bergelumang juga dengan air mata, keringat dan darah. Mengapa begitu sukar? Tidak! Saya yakin, meraka ini tidak sedikit pun sedih mahupun bimbang akan hukuman yang mereka terima. Saye dan kite juga, harus terinspirasi untuk lebih terus istiqamah dan tsabat dalam bahtera ini. Kerana yang menanti kita bukan angan kosong. Allah janjikan Syurga yang mengalir dibawahnya sungai..Syahid! Ayuh pijamkan segala yang kita miliki untuk satu janji yang pasti..Allahuakbar!!


 "ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-NYA); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-NYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izin-NYA. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendaki-NYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar." 
( Surah al Baqarah ayat 255) 

Tuesday, March 25, 2014

Kisah Menantu dan Mertua : Perisi ikan kerisi

Lama benar rasenya hati ini tidak berhikayat cerita-cerita dongeng Ismalina. Setelah rasminye tidak lagi bergelar pelajar, akal ini dirasakan semakin tumpul dan hati kian sepi dihimpit pelbagai urusan semasa. Dengan kesibukan 'mencari' MH370 dalam cuaca kota raya yang baru ini 'berkabus jerebu' dan bekalan air yang kian menampakkan dasar...sungguh! semuanya menjadi asbab si 'pelik' Ismalina untuk menulis. Alasan!!

Kali ini bukan alasan, bukan cobaan, tetapi kebenaran..saya kini telah menambah satu lagi episod hidup, apabila bergelar isteri, episod Chenta kate meraka... sememangnye ia bukan perkara biasa dalam hidup saya mahupun gadis2 lain yang melaluinya. Rase rindu untuk menulis terpadam sejenak tatkala membuka lebaran satu dalam episod Chenta selepas nikah... Alhamdulillah janji Allah itu pasti...

Membuka langkah awal ke taman bunga...Indah, subhanallah.. Namun harus diingati, dalam indahnya si bunga, ia tidak selalunya mekar dan wangi...sedangkan baunye pun pelbagai, ada yang menyenangkan dan ada yang tidak. Ada pula bunga yang berduri dan melukakan, tidak kurang juga anasir luar yang merosakkan. Secara ringkasnya, perjalan hidup ini masih jauh dan panjang. Hanya Allah sumber kekuatan dan tempat bergantung harap. Hadith ini peringatan buat diri yang baru bertatih dalam alam rumah tangga.

 Maksudnya : “Aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
 (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Hijau Pasir Mas

Petang ini agak berbeza dari petang yang biasa saya lalui. Petang yang hijau dan dingin. Bukan pertama kali saya di situ, tetapi kali ini aktivinya berbeza. Mengutip lada hitam untuk dijemur dan dijadikan bahan masakan. Jujurnye itu pertama kali saya melihat rupa asal lada hitam, tidak hitam...hijau kekuningan . Pokoknye menjalar, rendang dan daunnye iras daun sirih. Lebih menarik lagi, saya bersama tuan tanah yang menanam sendiri herba yang memiliki 1001 manfaat. Ibu Mertuaku...



Ini kisah saya di dapur Pasir Mas.

"Pauh ni, mek selalu buat sambal...sedap betol!!" itu testimoni pertama anak bongsu mek ketika kami memetik setangkai (setangkai tu ade 10-13 biji buah, comel tetapi masamnye bukan kepalang) pauh di tepi sawah belakang rumah mek.

"Mek kalau buat sambal pauh lagi sedap dari yang ini ...." ini pula testimoni kedua dari orang yang sama, ketika kami menjamu selera di majlis kenduri kawen kampung sebelah. Kali ini penegasanya sampai ke hati. Tekad! saya ingin belajar magis dari mek (gelaran untuk ibu di kelantan). Macam mana sambalnya boleh memukau hati anak-anak mek.

Pagi ahad kelas memasak bermula. Cikgu dah beli ikan masin, ikan kerisi. Arahan pertama, basuh atau bersihkan ikan...em, mudah je, sambil kening terangkat-angkat.

Arahan kedua, bakar..ops..macam mane tu?? sekilas ikan dilaut, tahu dah jantan betina...begitulah cikgu, macam tahu-tahu je menantu die sedang blur. 15 min kemudian ikan siap dibakar. Sedapnye bau....

Kalini, arahanya juga mudah. Perisi ikan...batu lesung dah berada ditangan..maksudnye isi ikan dalam batu lesung dan tumbuk..Senyum, tumbuk hingga lumat...Sedapnye lauk hari ini...bisik hati saya. Cikgu beredar, melunaskan kerja-kerja lain.

5 minit kemudian cikgu datang memeriksa hasil kerja anak murid yang datang jauh dari Melaka menuntut ilmu dapur...hmm...Ada yang tidak kena dengan prestasi anak muridnya ini.

Hati saye tidak sedap...saya sedar frequensi Melaka dan Kelantan tidak sama... Ade keyword yang saya salah tafsir. "Perisi ikan".....mane tulangnye anakku~~ jeng jeng jeng...

"Kene buang tulang ko mek" tanya saye dengan hati yang berdebar-debar dan loghat Kelantan yang pelat. Cikguku senyum. Yes, tepat jangkaan saya. Salah bace map. Dah masuk simpang lain. Route to change..bak kate GPS.

Pelajaran kali ini, Perisi ikan bermaksud ambil isi sahaja. Saya...isi, kepala, ekor dan tulang semuanya diISI ke dalam lesung dan ditumbuk dengan dedikasi....Untung belum lumat dan masih boleh diasaing semula...Selamat cikgu baik (T_T)

Alhamdulillah, resepi sambal mek kini terpahat di ingatan...sedap sedap sedap

Thursday, February 20, 2014

Tonton : QADR

QADR

Filem baru..bukan setakat filem terbitan terbaru, tetapi juga gaya baru dalam dunia perfileman. Mungkin belum jadi trend kerana baru sebuah filem bertema "kemasyarakatan" dalam lingkungan waktu ini. Apa pun jalan ceritanya begitu mengamit perhatian..mesti "Tonton".. tak pasti nak letak tajuk ape untuk entry yang pendek ni.

Tengah malam yang sunyi begini, jika dikenangkan pengakhiran kite, boleh berdiri bulu roma agaknye...

Motivasi untuk diri sendiri "Berazamlah untuk menjadi baik dan solehah setiap hari wahai diri yang jahil lagi berdosa..."

Juga sebuah perkongsian, doa yang bagi saye amat dalam maknanya. Doa yang cukup membuat seseorang mengalir air mata tatkala menadah tangan di kala sunyi dingin malam memohon simpati pada Rabbnya. Semoga bermanfaan untuk pembaca sekalian...