• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Sunday, November 24, 2013

Rahmat untuk semua

Nasi Ayam Lemon. Menu lepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS 2013. Menarik dan Alhamdulillah memenuhi setiap inci ruang dalam perut (amat kenyang). Tinggal 3 suap sahaja lagi, kelajuan menyuap masing-masing mula berkurangan. Meja sebelah dah bersurai. Satu kerusi diletakkan di meja kami, sirih pulang ke gagang barang kali.

"Malaikat duduk sebelah kite" tegur sahabat dari sebelah kiri..yang lain hanya senyum mengiakan
"Kadang-kadang kite lupa yang kat kiri dan kanan kite ade malaikat yang menjaga, kan".. erkkk...
"hemmmm...." keluhan yang panjang sorang insan
"Bukan kadang-kadang, selalu sebenarnya..." pengakuan hiba dari hati

Kali ini giliran dia tersenyum...masing-masing terus menyuap makanan, senyap dan sunyi.


Katakanlah ade dua orang ustaz bagi seorang lelaki dan dua orang ustazah (untuk wanita)yang baik akhlaknye dan disegani ramai mengikut kita setiap hari kemana sahaja. Mereka ini mengikut kite kemana sahaja kite pergi. Sentiasa ada disisi kite sejak kita bangun tidur, hinggalah kite tidur, bahkan duduk sebelah kite sewaktu kite tidur. Ape agak-agaknye jadi pade kite. Kalau saye, insyaallah konfirm jadi baik pijak semut pun tak mati. Tak berani nak buat perkara-perkara yang tidak senonoh. Gelak pun xberbunyi, makan pun kurma, air zam-zam dan makanan-makanan sunnah je. Pakai pakaian wangi bersih dan menutup aurat semuanya. Malu, malah kerana terlalu hormat terhadap dua insan yang saye yakini ilmunye banyak dan mulia darjatnya disisi Allah.

Bayangkan pula, kite di atas jalan raya. Kite dah tahu di Batu Gajah ade "speed trap". Kite dah amat-amat tahu dah, tiang yang ade kotak seakan-akan kemera dalam semak sebelah pokok sena yang paling tinggi tu adalah AES (konon). Mana kite pilih, pecut laju atau perlahankan kereta. Kalau ana yang naik WMR je ni..i'allah akan perlahan sebab tak mahu di "snap picture" dan disaman. Sebab kite tahu, saman bukan 2 3 ringgit tapi 300 ringgit. Boleh beli handbag Guess design baru di i-Setan KLCC.

Anda pula bagaimane?? 

Pernah sekali saya dan sorang teman menonton satu rancangan musik. Berkerut dahi masing-masing, nak memuji atau nak menukar siaran. Lirik lagunye begitu jerni dan bermakna...seingat saya katanya "ampuni dosa-dosa ku Maha Esa.." dan diulang-ulang beberapa kali. Penyanyinya cukup khusyuk, rambut merah mayang panjang mengurai dihayun kekiri dan kanan. Cantik..cantik..cantik.(upin ipin)

Namun wahai wanita, bukankah rambut itu harus kamu tutupi kerana ianya aurat bagimu terhadap lelaki-lelaki yang boleh kamu kahwini?? Tidakkah kamu bimbang akan tercatit satu saman di buku amalanmu yang diakhirat nanti akan diserahkan oleh Polis Trafik bernama Raqib dan Atib kepada Penciptamu ALLAH untuk dihisab. Kamu tahu bahawa saman diakhirat bukan 300 ringgit, tetapi berganda pedih dan menyakitkan. Beribu tahun menderita dan merana yang kamu sendiri tidak dapat menghitung bila akan tiba masanya untuk kamu dibebaskan. 

Hari ini mata kite menyaksikan pelbagai golongan manusia berjalan dimuka bumi Allah bernama Malaysia dengan suka hati. Si Miskin  fakir yang berumah dijalanan hinggalah,Si Kaya yang sarapan paginya di benua Asia dan makan malamnye di Eropah. Daripada Si Sihat yang senyumnya bermula seawal bangun tidur hinggalah Si Sakit yang jasadnye terbaring kaku di atas katil hospital dengan wayar berselirat diseluruh tubuh. Si Bijak yang disanjung manusia juga Si Dungun yang diherdik hina oleh manusia. Semuanya berpangkat hamba disisi Allah, lalu ditugaskan kepada Malaikat Raqib dan Atib untuk menemani, memerhati dan mencatit. 

Maka peringatan buat diri dan sekalian sahabat pembaca, sedarlah bahawa hari-harimu di temani setia oleh dua makhluk Allah yang suci dan mulia. Ibadahnya tiada tandingan olehmu dan taatnya tiada daya kamu menyamainya. Maka malulah akan dirimu untuk melakukan perkara sia-sia apatah lagi dosa dihadapan mereka yang suci lagi terpuji disisi Penciptamu. Wallahualam.





Wednesday, November 20, 2013

Happy Birthday : We love you


Thanks Mr Google for that wish. Hari yang bersejarah, dimana lahirnya seorang budak nakal yang dinamakan Ismalina. Semalam hari lahir saye. Semuanya seperti biasa, bahkan hampir melupakan 19 November. Mungkin dikaburi persiapan menjelang 301113...atau yang lebih penting kecuakan menyiapkan Performance Appraisal yang tarikh akhirnya hari ini.

Semalam satu lagi hari yang patut saya frame atau lakarkan dalam diari istimewa ini. Permulaan hari yang Alhamdulillah ceria dan bertenaga ketempat kerja untuk menyiapkan "assignment" disaat-saat akhir.... Rasenya masih sama apabila berbondong-bondong manusia yang istimewa, sahabat handai mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR...terima kasih semua (^_^)v ucapan yang pendek tetapi penuh makna dan berbekas dihati.

Pulang dari tempat kerja, masih rase hari itu sama seperti hari yang lain. Gembira dan sibuk ...
 "Sape nak masak harini" ...seseorang bertanya di watsup rumah Bukit Angkasa
 "macam tak daye je nak masak" balas pemilik phone BB Bold 3 yang dah uzur ni..
Alih-alih bateri habis, gelap BB...dah malam katenya....

Tiba dirumah, terus menghadap nasi lemak ayam gorang dan sayur bayam..Baham makanan dalam keadaan lapar, tambah pula ade ulam TV..Laju..sedap..Masih rase biasa..Lepas solat Isyak, cepat-cepat saya buka pintu...ade instinc sahabat ade kat luar..jeng jeng jeng caught in a red handed. Ade kek dan dua makhluk sedang mencangkung ..khusyuk menyalakan lilin..senyum dan gelak guling-guling dengan Basirah. Floor Manager cuai..

"Cantiknya kek"...sekarang dah rase lain..terharu dan bersyukur. Jujurnye sepanjang mengenali mereka, sejak jejaknya kaki ke UTP, sambutan hari lahir saye tidak pernah biasa. Meraka ade. Bukan mereka sahaja yang ade..paling kurang pasti akan ade KEK...Amat mengharukan. Dalam kesibukan dan kepenatan kerja, sahabat ini masih lagi terdaya untuk meraikan hari istimewa saya. Ikhlas dalam persahabatan barangkali. Syukran sahabat, May Allahh Bless you and your entire live here and hereafter. Semoga ditinggikan martabat kalian disisi Allah kerana begitu ikhlas dalam berukhuwah. I wrote this cuz i really mean it. I love u guys so much..