• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Thursday, August 8, 2013

Nikmat Syawal

"Abang peninglah...rasenye macam tak larat nak pergi solat teraweh..." kate abang sambil menggosok2 kepala

"yeke..kan ibu selalu kate kalau nak mati, biarlah mati kat masjid..pengakhiran yang baik..."

ungkapan dan cita-cita ibu yang selalu disebut-sebut dihadapan kami..kerap kali juga diulang-ulang hingga menjadi motivasi kami sekeluarga. Berkongsi cita-cita yang sama mungkin...kepala yang pening, badan yang letih juga jiwa yang menjerit tidak sudi diheret penuh kasih sayang. Mendidik diri agar tidak manja dalam beribadah.

Alhamdulillah kadang-kala kata-kata penawar ini mujarap kadang-kala tidak lut juga. Semoga Allah membantu dan memberi pinjaman tenaga untuk terus mencari redhanya dengan kurniaan pengakhiran hidup yang baik. Ayah telah mendahului dalam keadaan yang amat baik kami kira, hari jumaat dengan wajah yang bercahaya. Giliran kami masing-masing memburu kasih ilahi dengan tempoh masa yang belum pasti.

Pagi ini, usai solat aidilfitri, kami bergegas kepusara ayah. Menziarahi, mohon ampun dan menghadiahkan Surah Yasin buatnya. Ramadhan, telah berlalu namun harapan kami tinggi mengharapkan terbiyyah dan semangat beribadah dalam diri kekal ditakuk yang paling tinggi. Syawal yang datang juga tidak disia-siakan, bermaafan dan menziarahi sesama kita. Maaf sekali lagi dipinta, kredit habis dan-dan 1st raya. i'allah 2 3 hari lagi baru sempat nak kekedai topap. clik-clik belum berfungsi sepenuhnya..Lastly, ana kongsikan kisah yang amat memberi kesan pada diri...selamat menghayati dengan penghayatan yang paling dalam ^^

Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya. 

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.” Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"