• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Thursday, July 19, 2012

Suci Diri

"lately ni, setiap petang hujan kan.."
"em, ni la Rahmat Allah menjelang bulan  Ramadhan ni, sejuk je"

Perbualan ana dan sorang sahabat selepas meredah hujan menuju ke kelas di Blok 2 bangunan akademik UTP. Walaupun berpayung, basahnya hampir seluruh badan. Masuk kelas, dalam 20-30 minit kemudian kedua-duanya mengigil-gigil kesejukan dalam aircond UTP yang tidak pernah OFF. Tapi ana memang suka air, main air, mandi sungai, laut dan Teluk Segadas is the BEST^^, Bermain air dengan sahabat-sahabat adalah benda paling best yang ana alami dalam minggu ini. Happy, Alhamdulillah Allah (^_^)v another thing about myself that I just discover, bahawa diri ana selalu ceria apabila duduk tempat berair..

Tinggalkan bab air disitu, masuk kepada Kerinduan menyambut Ramadhan. Bahang semakin terasa, makanan-makanan sahur dah prepare ade biskut, roti, jem dan mushmellow^^, Kurma akan di beli soon. Telekung terawih dah sedia. Itu persiapan fizikal, rohani Allah lebih tahu..Ya Allah panjangkan umurku untuk menjalani ibadah puasa di bulan muliaMu nanti. Dan berkatiku, ahli keluargaku dan semua yang aku sayangi di bulan ini.Ameen


Target Ramadhan kali ini, akan lebih fokus pada tadarus dan Al-Quran. Antum bagaimana? Dikisahkan pada bulan Ramadhan ini, para Ulama akan meningkatkan bacaan Al-quran dan meninggalkan aktiviti ilmu yang lain. Memberi ruang menyuci diri. Jibril a.s setiap kali Ramadhan akan membacakan kepada Rasulallah Al-Quran dan pada tahun sebelum kewafatan Rasulallah Jibril membacakanya 2kali.

"Mengapa banyak aktiviti berasaskan Al-Quran pada bulan Ramadhan ni??"

Kerana kata ulama, pada bulan ini jiwa taqwa manusia terletak di tempat yang paling tinggi kerana berpuasa. Oleh yang demikian, Al-Quran akan meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa. Boleh jadi, waktu ini menjadi titik tolak manusia berubah menjadi lebih baik pada masa yang akan datang. Subhanallah, ayuh kite bersungguh-sungguh mensucikan hati tatkala Ramadhan nanti. I'allah mudah-mudahan ibadah kite akan lebih khusyuk dan ikhlas.