• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Sunday, February 26, 2012

Suram Dan Muram

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan hayat kite semua. Lalu pagi ini, dalam keadaan internet down di UTP [dah sehari semalam dah, nasib baik ade broadband cik Arina ni] ana mengupdate blog. Cadangan awal ingin mengupdatenya sejurus selepas MPP Manifesto Night, namun apakan daya, masa begitu cemburu sehingga tidak sempat nak berblog walau sebentar. Maka inilah waktu yang diketemuai, Extended Proposal FYP sedang mananti di pintu gerbang. I'allah 50% belum siap...adeyh..

MPP Manifesto Night, ana rasakan begitu muram, suram dan suam. Perkiraan ana yang tidak begitu bijak math ni, mungkin kurang dari 3 i-land sahaja yang hadir, more or less 200 orang daripada 6000 pelajar UTP. Adakah kerana persepsi negetif yang terpasak dalam minda2 pelajar yang kononye RM menguasai MPP?? Mungkinkah pelajar UTP sudah give up dengan pilihan raya kampus? Mungkin juga kurang berminat mencampuri urusan yang diangggap 'kotor'?? Ataukah mengira diri masih muda dan mentah untuk ikut capur hal pilihan raya?? Atau memang merasa tiada kepentingan mengambil tahu hal ehwal pilihan raya UTP?? Asalkan grad dengan 1st class degree, then caw daripada kampus terchenta ini...


Ana sokong En.Nabil sebab permintaan ana untuk mengurangkan masa pak cik mak cik guard untuk saman menyaman akan cuba dilaksanakan. You get my full support dude...calon-calon yang lain masih dalam proses istikharah, mane satu nak vote..undi tetap rahsia. Allah sahaja yang tahu..this coming election e-voting akan digunakan. Neves juga. Macam mane nak gune?? Mane nk click? Ade portfolio setiap calon ke? boleh bukak facebook diorang ke sebelum mengundi?? adakah manifesto di paparkan supaya para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat?? ape-ape pun, same-same kite rasainye 29 Feb ini.

Quote for the day...All the best kepada semua calon, Allah tahu dimana sepatutnya kamu semua berada..
"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika
kamu mencintai-Nya. Kamu akan mencintai-Nya jika
kamu mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu
terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan
semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia
sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.
Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah
adalah orang yang paling mengenal-Nya."
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

Wednesday, February 22, 2012

Tak cakna atau Tak mahu

Assalamualaikum w.b.t

Pemberitahuan kepada semua warga Malaysia bahawa UTP kini sedang berada dalam fasa pilihan raya kampus. Masih diperingkat awal pilihan raya. Semalam telah selesai penamaan calon. 7 calon telah tersenarai dan bakal menghadapi saingan hebat untuk memenuhi 6 kerusi umum sebagai Majlis Pewakilan Pelajar sesi 2012. Kerusi program setakat yang diketahui ada lebih kurang 4 calon menang tanpa bertanding selebihnya akan beradu nasib pada 29 February nanti.

Malam ini manifesto calon akan diperdengarkan di Dewan Chanselor. Agak-agak apakah janji-janji yang bakal diberikan oleh setiap calon?? Berdebar-debar nak dengar [macam ana pula yang bertanding] apa pun ana akan sokong sekeras-kerasnye calon yang menjanjjikan parking kereta berbumbung, mesin ATM di Village 5 dan ana akan double or triple vote calon yang akan berusaha menghapuskan sistem saman terhadap kereta-kereta pelajar. Go MPP!!!

Pilihan raya kampus ini adalah medan yang baik untuk kite semua bersedia menjelang Pilihan raya umum Malaysia. Jangan ade yang tidak tahu pulak..kite ade pilihan raye umum ke?? ape benda tu?? saye boleh bertanding ke?? Satu keluarga semua nak bertanding boleh ke tidak?? bertanding ni kena bayar ke free of charge?? ade fees ke bertanding?? kat mane nak submit name kalu nak bertanding?? ade online form untuk register name?? itu memang soalan yang comel bagi warganegara malaysia yang berumur 21 tahun keatas..[kat gua atau lembah manelah orang yang bertanye ni duduk]

Soalan yang bijok [bijak] sikit dan wajar ditanya ialah. Telahkah saye mendaftar sebagai pengundi Malaysia??? bila saye boleh mengundi bohh?? saye mengundi di kawasan mane?? Siapa pulak pemimpin yang layak saye pilih? Pemimpin yang bagaimana yang boleh jadi ketua negara saye. Boleh ke saye main pilih je mana-mana parti yang saye suka?? Kalau ade orang bagi duit kat saye untuk pangkah mereka macam mane??

Lebih bijok lagi..Ape yang saye nak daripada pemimpin yang saya nak pilih ni. Boleh ke pemimpin yang saye nak pangkah ni jage kebajikan saya, keluarga saya, tok nenek saya, cucu cicit saya kelak dan yang penting sekali boleh tak parti atau pemimpin yang saya nak pangkah ni jage kedaulatan negara dan agama saya?? ape corak pemerintahan yang diorang pakai..boleh jamin ke saye selamat dunia dan akhirat?? gitu...baru name student UTP..

Sekarang kite yang kene fikir sendiri. Masa akan datang nanti, aku nak jadi engineer semata-mata atau aku nak jadi komuniti dan masyarakat yang perihatin. Boleh ke aku kerja dengan aman kalau negara aku ni kacau bilau. Dulu aku amik subject Internasional Business, lacturer aku kate politik itu satu faktor penting untuk membangun negara yang maju. Kalau akau tak keluar mengundi..ape jadi?? kalau semua orang berfikiran macam aku, sape yang nak bertangggungjawap nak pilih pemimpin nagara aku ni...nak tak nak aku jugak la yang kene gi mengundi...aku tak nak negara aku jadi macam Bosnia, Afghanistan dan Palestin..orang luar yang mesuk campur hal negara..xnak!!!

Monday, February 20, 2012

Hijab itu bagaimana?






Kate orang "orang yang tutup aurat dengan sempurna tidak semestinya baik"
Ustaz kate "betul-betul....tapi orang yang baik, semestinya tutup aurat dengan sempurna"

Perintah menutup aurat bukan daripada manusia, tapi dari Allah Al-Kholiq. Jika perintah pencipta tidak kita patuhi. Adakah kita dikira baik. Analoginya seperti perisian computer yang dibina oleh seorang jurutera perisian bernama kak long (bukan nama sebenar). Perisian yang diprogramkan sepatutnya berkeupayaan untuk membuat kiraan matematik mudah seperti 4+4=8. Namun selepas suatu masa, jawapan yang diberikan 4+4=19. Jadi, adakah kite mangira perisian itu berfungsi dengan baik??

Seperti juga manusia. Fungsinye di dunia adalah menjadi 3 perkara.. menjadi khalifah untuk memimpin (al-baqarah:30) menjadi pendakwah atau daie untuk mengajak kepada yang baik dan mencegah yang mungkar (ali-'imran:110) dan menjadi hamba untuk mengabdikan diri pada Allah (az-zariyat:56). Hamba yang baik, kene ikut cakap tuan die..kalau tak ikut, maknenye ingkar dan degil. Adakah ingkar dan degil itu sifat mahmudah (baik) yang disukai atau mazmumah (jahat) yang dibenci??

Wednesday, February 15, 2012

Ibu anugerah ALlah

"Bang-bang...harini hari jadi Mah. Takde sape-sape pun ingat. Abang tak nak cakap selamat hari jadi ke.." kata Ibu dalam senyuman.

"Selamat hari jadi..semoga panjang umur murah rezeki. Terima kasih sebab sudi jage abang" jawap ayah... Tenang dan tulus mengucapkan walaupun dalam keadaan diri yang diuji, tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri.

Sedih dan sebak mengingatkan peristiwa tahun lepas. Hari lahir ibu disamput di HKL sendirian bersama suami tercinta. Kak Ngah dan Abang dah telephone semalam. Beria-ia mengucapkan salam hari kelahiran kepada ibu yang dirindui. Along belum juga bertanya khabar...Hari rabu 15 February. Hari lahir ibu yang ke 51. Along terus senyap..

Pagi Khamis 16 February 2011 ayah akan dibedah. Ibu menemani ayah sehingga ke bilik bedah sendiri, sedang ibu juga butuh teman sebagai penguat semangat. Along resah dan selalu menghubungi ibu untuk bertanyakan perihal ayah. Dalam 5 jam 3 kali Along call ibu ..Last-last pukul 12 tengah hari Along tiba di HKL. Hati tidak senang, resah dan gelisah. Akhirnya ponteng kelas untuk menemani ibu di HKL.

Selesai operation, baru Along teringat hari lahir ibu..Tapi dah lepas...Alhamdulillah ibu tak kecil hati..Along tak bagi hadiah sebab...tapi along kesal sangat..tahun ni Along beli hadiah besar untuk ibu..Nanti cuti sem along hantar balik rumah untuk ibu..(^_^)v .....Kisah ini rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia....

Daripada Dr Fadhilah Kamsah menyatakan. Jika wajah anda iras wajah ibu anda, anda berkemungkinan tinggi mengikut sifat ibu, menyukai apa yang ibu anda suka, memiliki kemahiran yang ibu anda miliki serta berpotensi mewarisi penyakit yang ibu anda hadapi.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu, melihat al-Quran dan melihat lautan, Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud)

Thursday, February 9, 2012

Tentang Dunia Hawa

Bermula 9 February 2012, kuliah Tentang Dunia Hawa akan diadakan pada setiap hari Khamis , antara maghrib dan isyak bertempat di Surau V5K . Tajuk yang akan dibincangkan adalah berdasarkan buku Fikh Kerahsiaan Wanita karya ulamak besar Mesir, Dr. Saadudin Mus'ad Hilali .

Kenapa kami memilih buku ini untuk dibincangkan dan dipanjangkan ?
Sebabnya , sebagai wanita kita perlu mengenali diri kita sendiri terutama persoalan 'dalaman' mengenai kita .

Secara amnya buku ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu;

* Hukum Bersuci, aurat dan berkhatan terhadap faraj wanita - menyentuh soal lelehan (discharge) faraj, aurat faraj dan khatan wanita.

* Hadas-hadas yang keluar melalui faraj - menyentuh hadas wuduk, hadas junub dan hadas dari darah-darah yang keluar (seperti haid, nifas dan istihadah)

* Hukum bersetubuh - menyentuh bersetubuh ketika wanita hamil dan hukum azal,

* Hukum-hukum berkaitan dengan wanita hamil, idah (cerai hidup mahupun mati) dan menggugurkan kandungan kehamilan.

* Hukum melakukan jenayah ke atas kemaluan wanita.

Topik-topik tersebut sangat relevan dengan kehidupan seharian seorang wanita dan malangnya rata-rata kita tidak mengetahui . Moga-moga kuliah ini memberi kefahaman tentang hukum-hukum fikh wanita bagi memimpin kita untuk terus berada di dalam ketetapan syariatNya . InsyaAllah :)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)"

Sunday, February 5, 2012

Ismalina Ishak 4 flat


Assalamualaikum w.b.t

"Akak bile nak update blog"

"a'ah bile nak update yer??"

"i'allah dalam mase terdekat akk update =)"

Soalan adik Jan12 yang membuat ana bermonolog sendiri. (^_^)v ThanQ dik..ni akk nak update blog la ni..Fasi MAS yang malas update blog.

Alhamdulillah harini lunch ana dan 8 lagi sahabat di sponser. Makan daging kambing akikah sempena Maulidur Rasul oleh Kampung berdekatan. Cuti 4 hari, ana habiskan di UTP untuk mengemaskini segala urusan akademik dan urusan peribadi dunia dan akhirat. Hati menjerit juga ingin pulang tatkala menghantar adik2 Smart Group ke stesen bas dan kereta api, namun apakan daya.......(T_T)v

Final Year Project pun telah bermula. I'Allah minggu depan proposal pertama perlu dihantar kepada supervisor Dr Suziah yang comel dan baik hati. Jumaat pagi ana memenuhi janji berjumpa Dr Suziah dengan sedikit idea berkenaan FYP 1 dan dengan harapan beliau dapat membantu. Tiada tajuk khusus yang dapat ana fikirkan, cume melontarkan idea mudah berkenaan Internet Programming. Alhamdulillah, tidak lama berbincang ana memperolah tajuk yang ana kira berpadanan dengan expectation ana. Senyum sampai telinga dibuatnye.

I'allah selepas istikharah dan istisyarah ana mengambil keputusan menamatkan pengajian ana dalam 3 semesta lagi. Awalnye beria-ia nak habis seawal bulan September. Dalam kalangan sahabat intern, analah orang pertama beriltizam untuk mengambil 2 sem..Setiap kali ditanya, tanpa berlengah-lengah ana jawap.."i'allah habis bulan 9 ni". Namun aturan Allah mendahului perancangan manusia, ana tetap bersyukur. Impian untuk membantu keluarga masih tersemat kukuh. I'allah semoga segalanya dipermudahkan ALlah


Melayani kesedihan hati yang tidak dapat habis 2 sem lagi. Ana memetik dari tazkirah subuh pagi ini tentang kisah agung Rasulallah saw. Manusia hebat ini sebelum diangkat menjadi kekasih Allah telah diberikan pelbagai ujian. Di awal kelahiran telah bergelar anak yatim, kemudian kehilangan ibu, ditinggalkan pula oleh datuk yang dikasihi. Suatu ketika, baginda diuji pula dengan kehilangan anak lelaki Ibrahim sehingga menitis air mata baginda kerana kesedihan. Tidak cukup dengan itu baginda diuji lagi tatkala kehilangan isteri peneman perjuangan diikuti bapa saudara yang selama ini menjadi bentang keselamatan.

Ujian, dugaan dan kesedihan yang bertali arus. Tiada henti-henti, ditambah dengan ujian dalam perjuangan menegakkan Islam. Subhanallah. Manusia agung itu terlalu kental menghadapi segalanya. Berteman iman dan taqwa, sehingga hari ini namanya disebut, kepimpinanya di iktiraf dunia dan ajaranya tersemat dalam hati-hati manusia yang cintakan syahid. Jika diteliti, manusia hebat itu lahirnya dari TARBIYYAH Allah. Setiap ujian yang diberikan memberi makna yang mendalam dan membentuk peribadi agung yang hari ini dijadikan contoh dan ikutan.

Jadi..jom teladani RasulAllah..Ya Allah semoga semesta ini Engkau berikan Ismalina Ishak 4 flat!! Ameen