• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Thursday, January 19, 2012

Amanah

Amanah itu sakit dan amanah itu berat. Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah.

“Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)

Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.
Apa jua bentuk amanah yang kita galasi harus disempurnakan dengan baik dan bersungguh -sungguh. Go...Go...Caiyok!!!

Sunday, January 15, 2012

Tanyalah ustaz

Masa lebih kurang sebulan di rumah yang kini telah dilengkapi dengan internet tidak begitu membantu pemilik blog ini untuk mengupdatenya selalu. Mungkin kerana terlalu menikmati masa-masa indah bersama insan-insan tersayang di rumah. Meluangkan sebanyak mungkin masa berkualiti bersama mereka. Mengqadha' masa-masa emas yang dipenuhi dengan aktiviti lain.

Kini akhibatnya, telah merindui dengan kesedihan yang bergenangan serta niat untuk balik raye cina. Bukan untuk makan besar, cuma terbayang wajah pengasih ibu dan ceria adik-adik yang ingin dinikmati lagi. Teringat masa-masa bersama; masak, makan, menjahit, mengemas dan semua yang dirindui. Juga masa menuntut ilmu bersama.

Cukuplah ayat-ayat sedih di atas...straight to the point. Ana teringat salah satu soalan pernah diajukan oleh ustaz azhar dalam kuliahnya. Bagaimana kalau isteri dan anak-anak kite tidak mahu ikut pergi kuliah-kuliah agama. Ustaz pun jawap bersulam jenaka yang memecahkan perut. Point penting yang ustaz tekankan ialah kepentingan mencari ilmu dan menambah pengetahuan agama. Tidak kira dimana dan bagaimana. Therefore, kalau depa tak mau pi kuliah belikan CD pasang kat rumah dengar sama-sama. Boleh juga beli buku dan hadiahkan.

Tv pun ade, tidak semestinya kena ade Astro Oasis baru boleh tengok kuliah-kuliah. Tv9 ade macam-macam cerita. Rancangan yang tidak pernah dilupakan ialah Tanyalah Ustaz dan Semanis Kurma. Ana selalu menemani ibu menonton kedua-dua rancangan kegemarannya ni dan kadang-kadang ibu dan Tv pulak yang tonton ana sebab tido (juga sedikit menggadha waktu tido). Internet juga banyak artikel2 menarik untuk dijadikan makanan rohani. FB pula turut mengambil tempat yang dari sudut positifnya selalu memberi peringatan kepada pengguna tegarnya.

Pendak kata ade 1001 cara untuk memcari ilmu. Janga tuntuk ilmu sorang-sorang. Ajak sekali ahli keluarga dan sahabat handai sekali. Ini tanggungjawap dan tuntutan syahdah kita untuk mendakwahi orang lain. Di samping dapat pahala berganda melalui system MLM.