Skip to main content

Surat Untuk...

Assalamualaikum .... ,

Semoga awak ceria dan gembira selalu. Saya tulis surat ini sebab saye rindu awak. Fikiran saya selalu terganggu sebab fikirkan awak. Awak terlalu menarik perhatian saya sampai wajah awak selalu bermain dalam minda saye. Susah saya nak buat kerja. Bila pandang skrin komputer wajah awak selalu muncul. Hilang fokus saye nak buat weekly report. Project internship saya yang entah ape-ape tu pun terbengkalai sebab awak.

Awak..Awak buat saye selalu kagum pade awak. Karekter awak yang tegas lagi berani selalu saye sebut-sebut pade kawan-kawan saye. Kawan-kawan saye pun kagum dengan awak. Awak mujahid yang sangat bersemangat waja. Sebab itu saye pilih awak untuk jadi pendamping hidup saya disini. Walau pun saye ni tak pandai ambil hati dan jage awak, awak tetap sedia menemani saya apabila saya perlukan awak. Tahukan awak betapa sayangnya saya dan keluarga saya pada awak. Awak bawa keceriaan pade saya dan keluarga saya sejak pertama kali awak datang rumah saya.

Tapi awak, Maafkan saya sebab selalu tinggalkan awak sendirian. Saye tak mampu nak teman awak setiap masa. Saye tahu, saye kadang-kadang ambil ringan tetang awak. Bila perlu baru saya cari awak. Awak, saye mintak maaf sangat-sangat..Awak janganlah sakit-sakit selalu ye. Kalau awak sakit, saya akan lebih sakit fikirkan keadaan awak. Saya pernah pengsan fikirkan keadaan awak.

Awak yang sahabat-sahabat saye gelar sebagai Umar sebab nama sebenar awak WMR = uMaR. Tolonglah cepat sihat ye. Saye sedih, bila awak sakit. Saya memang tak mampu teman awak selalu sebab saya kene pergi kerja. Maaf juga sebab tak pandai jaga awak, dan biarkan awak berpanas, berhujan dan berembun setiap hari. Saya dah cuba yang terbaik untuk jage awak, cuma tak dapat nak sediakan garaj untuk awak. Tapi bile balik rumah, ade garaj besar khas untuk awak..sehingga bertemu lagi.

Kepada WMR5356




Compressor: Ini antara isik perut awak yang baru ditukar

Comments

  1. cakap kat umar, jgn malas makn ubat..kalau dia degil, paksa je bg.. haha

    ReplyDelete
  2. Nak suh Qaswa pujukkan ke Umar makan ubat?=)

    ReplyDelete
  3. haha... lucu la ismalina.. insyaAllah, semoga mujahid umar sentiasa sihat..

    dun worry.. sahabat2 ada membantu..

    Don't worry, be happy.. ^_^

    ReplyDelete
  4. semoga mujahid umar cepat sembuh..nty bleh bwk sy g jalan2 hujung minggu nie =)Isma, sy bce post nie rse mcm nk nangis, nice writing dear =)

    ReplyDelete
  5. tukar compressor?
    Kancil kat umah ana pun baru seminggu tukar compressor, sebab bile bawak die sedut2. masalah yg same kan? Btw, jage la minyak enjin pasni. ^___^

    ReplyDelete
  6. terry bogart : Umar suke makan ubat tapi ubatnye masyaAllah, Mahal!!

    k.zila: comelnye name Qaswa

    Ziha: i'allah semakin sehat

    Rose: syukran, i'allah akab berjuang di hujing minggu ini dengan jayenye

    dahlan: air cond sebelum ni xde padahal baru tukat coil seminggu..drive g taiping kenduri kak izzati dalam ujan lebat, naik bukit, masuk terowong dalam keadaan cermin kabur ..Alhamdulillah selamat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad