Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Tanam Sayur Upin Ipin

Jom makan sayur..nanti banyak peluh dan sihat!! erk, biar betul..ana berkerut,memang sahlah ini cerita kartun.. Cuti akan tamat tidak lame lagi. Maknenye, tidak lame lagi ana akan hidup sebagai orang bekerja, walaupun hanya berpraktikal. Perasaan bercampur baur nak pergi praktkal ni. Banyak perkara yang difikirkan. Dalam tempoh praktikal ini ana akan hadapi banyak benda, hidup sebagai orang bandar..KL!! dengar nama pun dah seram..lepas tu akan berpuasa, beraya dan mungkin akan Pilihan Raya Umum 13..sebelum ni ana sebagai student, tapi i'allah kali ini ana akan menghadapi semuanya itu sebagai orang dewasa yang konon-konon dah kerja!! peluang yang tidak ramai dapat rasai, dalam tempoh belajar..harap2 ianya bermanfaat..

Berehat Sebentar Sebelum Berehat Selama-lamanya

Assalamualaikum w.b.t Ana ade lebih kurang 10 ke 15 min je untuk menaip sesuatu. Sambil-sambil berehat ana buka blog yang ana sayangi ini untuk meluah sesuatu sebagai perkongsian untuk pembaca. Tengah-tengah stress study tadi ana teringat, dulu waktu ana nak menduduki SPM mak ana pernah cerita, kat kampung die [ yang juga telah menjadi kediaman kami sekarang] ade sorang anak gadis ni mengalami sakit mental sebab terlalu tertekan study. Mak ayah anak gadis ni pun jenis yang memaksa. At the end gadis yang dikatakan cantik dan bijak tu mengalami sakit mental.Em, tibe-tibe ana risau.. "karang aku pulak senasib dengan die" So, berehatlah ana seketika..i'allah ana nak sambung study balik ni..cume satu-satu tempat terbaik untuk hilang stress adalah menghadap ALLah s.w.t..tasbih, takbir dan tahmid kepada Allah. Tapi ana ni salalu nakal a.k.a jahat sikit..tadi bile boring ana pi nyakat sahabat2 yang ngntok study Intro to managemant. Housemate ana yang semuanye student

Ya Allah Ana Nak Score!!

"Salam kak, ade past year paper SBE [small busines..]" ana membace sms seawal 7 pagi.. "erm..akk dah bagi kat orang, tapi tak ingat kat sape" ana menaip mesej balas. Begitulah gelagat pelajar UTP sekarang. Sibuk study dan mencari past year paper. So, all the best everyone. Semoga Allah memandang usaha kita dengan rahmat dan kasih sayangnya. USAHA . DOA . TAWAKAL .Ya Allah Ana Nak Score!!

Umat Islam perlu Kaya

Assalamualaikum w.b.t Apa khabar pembaca budiman? Petang yang hening, ala-ala macam nak hujan ni, tibe-tibe kepala ana berdenyut-denyut kesakitan. Boleh jadi Processor dalam kepala ana dah panas mentelaah Malaysian Studies. Subject yang menarik tetapi memerlukan mujahadah yang tinggi (^_^)..Ape-ape pun ana berehat sebentar sambil update ___HatikuBermunajat__ Berbekalkan study week lebih kurang 5 hari, i'allah 5hb Mei ini akan bermulanya Final Exam pelajar-pelajar UTP termasuk diri yang menulis. Alhamdulillah jadual ana ICT tidak begitu pack dan agak selesa cuma lewat habis, daripada pelajar BIS yang akan tamat 10hb Mei. Cepatnye diorang merdeka..tidak mengapa,pasti ade hikmah, allah nak bagi kami study sungguh-sungguh sem ini [orang klate kate- study molek(^_^)].. Daie Perform!! I'allah, Jihad Akademik harus dilaksanakan demi kemaslahatan umat dan agama pada masa, hadapan. Teringat ana akan satu kisah.... "Berapa harga tudung bidang 60 ni cik?" tanye ana