• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Monday, August 30, 2010

memori mATH olympiad

"dap..dap..dap.." bunyi derap kaki yang melangkah kearah sebuah scuter pink yang sedang dipanaskan oleh tuanye seawal pukul 8.55 pagi.

"Rose, bia betul kite ni...serius ke nk masuk math olympiad ni ??" kedengaran suara manusia yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa pagi ini dia dah Rose akan menyertai math olympiad.

"ye..." si sahabat hanya mampu tersengeh menjawap pertanyaan kawannye yang dah berpuluh-puluh kali ajukan semenjak berada di SMK Tronoh semalam.

"ape yang die tanye dalam tu..ish..dah la tak study ape-ape ni, last time blaja math pun mase 1st yaer 1st [setahun lepas]..tapi tu pun discrete math..math berkaitan komputer..adeyh, guane ni..nak tulis ape dalam tu..hentam je xpe kn??" ana terus berceloteh walaupun moto dah bergerak menuju ke Multi Purpose Hall.

"ala isma relex la, ni soalan IQ je..xpe hentam-hentam, nanti ketas kite, ketas paling senang nak tande..pangkah je semua.."Rose melawak sambil bawak moto..uish PANGKAH SEMUA.. lucu tu memang lucu tapi terkedu jugak ana dengar.

"adakah 'seaneh' itu nasib kertas jawapan ana?? sedihnye" ana bermonolog sendiri..tapi sekejap je.

"ni kalau jumpe Izzati karang nak pau jawapan dari die " ana membalas sambilmengimbau detik-detik cemas 3 minggu lalu apabila adik usrah ni pm untuk mengajak ana menyertai pertandingan yang tidak pernah ana sertai seumur hidup ini.

Dalam dewan

Alhamdulillah bibir masih mampu tersenyum apabila mendapat kertas soalan yang diberi awal oleh pihak penganjur.

"Rose soalan no 1 ni ape jawapan die??.." ana menyuarakan keresahan ..cene nk kire ni, dah la kalkulator tidak dibenarkan, otak kiri pun dah berkarat dah ni sebab lame sangat tak mengira-ngira matematika..ana mengeluh sendiri..

"Rose dah dapat jawapan dah isma"rose tiba-tiba menoleh kebelakang..alhamdulillah berita gembira dari partner

"ape jawapannye..share la sementar tak stat jawap lg ni" dengan penuh harapan ana meminta pertolongan..sebenarnye ana xcube jawap pun lagi, dah mind set kate xreti so usaha pun tidak seberapa

"jap ae.."

"OK YOU CAN START ANSWER IT NOW" tiba-tiba mike berbunyi...

"Allahurabbi, hancur musnah harapan nak dapat jawapan dari partner" kesayuan mengundang diri..ana pun mulalah mengores pensil di atas kertas conteng diiringai hujan renyai dan tiupan angin monsun timur [macam dalam komik selalu gambarkan tu] untuk mendapatkan jawapan.

"eh, dapat jawapan la..subhanallah xde la susah mane pun soalan ni.." ana senyum sendiri, soalan no1 memang la senang kak oi..soalan lain..

Tamat menjawap ketas soalan

"eh, Muna baru balik..lambatnye..." ana menyapa housemate yang juga merupakan ahli jawatankuasa pertandingan tadi.

"a'ah, penat betul.." jawap si housemate yang kelihatan benar-benar letih.

"kenape.."ana menyuarakan kepelikkan ana apabila melihat reaksinya yang seolah-olah baru pulang dari menguruskan pertandingan merentas desa peringkat dunia..

"tande ketas jawapan math olympiad tadi tu ar, rase nak migrain..dengan tulisanye, ish" katanye dengan keluahan yang dizahirkan untuk kesekian kalinye sambil terus berlalu kebilik untuk berehat

"erkkk..aku la salah seorang penyumbang kepada migrain Muna...." ana tersengeh sendiri, terase sedikit bersalah..

ini gambar tahun lepas

Rakan Masjid yang disayangi

Begitulah al-kisahnye ana dan partnet mayh olympiad ana semasa nak menyertai salah satu program Ramadhan Discovery anjuran Rakan Masjid UTP. Agak tragis dan melucukan.

Demi menyahut seruan prsident Rakan Masjid UTP dalam meeting kami semalam
"MTME yang ade blog tu sila gunakan medium ini untuk menyebarkan dan mempromosikan program-program kite........." ucapnye panjang dengan speed 5.

Jesteru ana berbesar hati mengajak dan mengundang antum semua yang berada di kampus UTP untuk menyertai program-program RD yang masih berbaki sedikit sebelum kite menyambut Aidilfitri. Tidak lupa juga mari sama-sama kite memacu ibadah kite untuk fasa terakhir bulan Ramadhan.


Saturday, August 28, 2010

Bimbing Generasi Ini

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu rindu rasenye jari jemari ana untuk menaip entry dalam blog yang semakin sepi ini. Alhamdulillah masa-masa yang sedikit ini ana manfaatkan untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca budiman. Semoga menjadi teladan kepada semua.

Alhamdulillah baru tadi ana turun dari kereta kenari kelabu, pulang dari Kem Motivasi Insan Cemerlang di SMK Tronoh sebagai fasi. Ketika dalam perjalanan pergi pagi semalam ana dan seorang sahabat sempat berjenaka...

"Rose lepas grad ni boleh r kite bukak satu syarikat motivasi...kite ni dah setiap minggu gi memotivasikan orang..." kate ana sekadar melawak

"a'ah, asyik memotivasikan orang kite ni tah termotivasi tah tidak..." rose melayan disambut dengan gelak tawa kami berdua

"eh, xyah bukak syarikat baru isma, kite join abang hakim ngan kak ina kat suria horizon je..diorang pun busy kesane sini" rose menambah membuatkan hilai tawa kami makin rancak...

Begitulah kami berdua ni, tak sah kalau tak melawak kalau berjumpa. Abang Hakim dan Kak Ina ni senior kami [ex-utp n ex-majlis tertinggi rakan masjid ] yang berjaya membuka sebuah syarikat motivasi. Alhamdulillah muda-muda dah berbakti kepada masyarakat. I'allah doakan kami pula yang akan mengikut jejak mereka.

Kerana ALLAH tidak kisah kawan Ejek

"kak,emm sye nk tanye ni.." selesai slot khas muslimat yang berlangsung ketika pelajar lelaki bersolat jumaat, seorang adik datang menemui ana. Wajahnye kelihatan serius.

"ye ape dik??" ana pun curious nk tahu

"kak, dulu saye pakai tudung labuh, tapi kawan-kawan ejek saye. Diorang kate saye ni bajet baik nak jadi ustazah pas tu sye terus tak pakai dah sekarang ni. Macam mane eak?" adik yang baru form 2 ni melahirkan rase kesalnye sambil didengari oleh dua orang fasi lain yang terpanggil untuk mendekati kami berdua.

"owh..em, adik kena ingat kite pakai tudung bukan kerana manusia tapi kerana ALLAH. Adik kena betul-betul ikhlaskan niat barulah adik tak fikir ape yang manusia kate. Kalau kite selalu fikirkan apa yang manusia kate kite takkan pergi kemane. Mereka yang berdoasa tapi sekurang-kurangnye dah tunaikan hak ALlah.Adik kene banyakkan doa supaya Allah kuatkan hati adik untuk terus bertudung labuh. Kalau nak ikutkan kate-kate manusia ni kita akan banyak menangis dan rase terluka tapi i'allah benda-benda yang baik ni kita serahkan pada Allah untuk jaga kita" ana cuba recall apa yang ana cakap dan inilah lebih kurang yang ana pesan kepada adik tersebut.


Mesej yang ana cuba sampaikan itu mungkin kelihatan tinggi tahapnye bagi adik yang baru berusia 14 thun iaitu sehingga menyentuh bab ikhlas namun perkataan itu muncul tanpa dipaksa dalam kotak fikiran ana tatkala adik ini belumpun habis bertanyakan soalan. Mungkin ana patut kata "xpe dik, kawan-kawan adik tu semua cemburu tengok adik cantik pakai tudung labuh"..ana mungkin bukan daie yang bijaksana menyusun strategi untuk menasihati mad'u tetapi ana cuba sampaikan sedikit ilmu yang ana ada. Jika ana berkata sedimikian adik ini pasti mudah faham dan menyenangkan hatinye tetapi kata-kata itu seolah-olah kurang bijak..


kenapa ana kata kurang bijak?? kerana pertamanya ana akan memanamkan prasangka buruk adik ini tehadap sahabatnye dan kedua ana akan merosakkan niat adik ini untuk memakai tudung labuh dengan menambah perkataan cantik apabila memakai tudung labuh. [kalau antum tidak setuju ana buka kepada teguran dan cadangan, jgn risau ana tak marah]. Apa-apa sekali pun mari kite sama-sama doa supaya adik ini diberi kekuatan untuk memakai semula tudung labuh.

Masalah adik-adik yang sekaum denganku

Adik ini mungkin terpanggil untuk berkongsi masalah dengan kami selepas mendengar perkongsian dari fasi-fasi muslimat bekenaan isu-isu remaja perempuan . Alhamdulillah ini yang kami harapkan daripada perkongsian kami dengan para peserta, bukan untuk membuktikan yang kami ini hebat memberi ceramah setanding ustazah tetapi menyampaikan sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri sambil menzahirkan kerisauan kami terhadap isu wanita kini.

isu ini kami sedaya upaya sampaikan dalam lenggok dan bahasa yang sepadan dengan adik-adik yang bukan asal pendidikannya dari sekolah agama dan ditambah pula mereka ini datang daripada golongan pelajar yang akademiknye ditahap pertengahan. Slide yang kami sediakan walaupun siap diakhir-akhir waktu namun kami cuba memasukkan seberapa banyak input yang berguna dengan gambar-gambar muslimat yang dapat menjadi teladan. Ana sendiri sejujurnye sangat bimbang dengan masalah sosial yang melanda anak-anak gadis sekarang. Bukan isu tudung sahaja yang menjadi kerisauan ana dan fasi-fasi tetapi pelbagai lagi masalah yang merungsingkan kami. Couple, zina, bohsia semua itu membuat kami terpanggil untuk mendekati adik-adik dalam slot yang lebih kurang satu jam setengah ini.



Ketika berkongsi ilmu dan pengalaman ana menyentuh isu seperti keluar malam, couple dan aurat. Mata ana menjadi saksi reaksi segelintir adik-adik yang mencuit kawan-kawan di sebelah. Mungkin juga sengaja ingin berjenaka dan mengusik kawan-kawan disebelah, mungkin juga kerana apa yang ana sampaikan itu tidak menepati cita rase mereka namun firasat hati ana kuat mengatakan bahawa mungkin juga adik-adik ini mencuit sahabat meraka kerana ingin menyampaikan mesej "dengar tu ape kakak tu cakap, ko la selalu buat macam tu" kepada kawannye secara sembunyi.


Bimbang dan teramat bimbang ana dibuatnye. Cukuplah kes bayi yang semakin meningkat akhir-akhir ini janganlah ditambah lagi bilangan korban nyawa-nyawa yang tidak berdosa.Adik-adik ini merupakan aset berharga dalam Islam. Meraka pewaris rantai rantai perjuangan nabi-nabi dan para sahabat untuk meyampaikan Islam. Wajarlah segala kurdat yang kita ada untuk dikerah mendekati adik-adik dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Jangan berkira-kira dalam mendidik mereka. Biarpun bukan darah daging sendiri ditambah pula tiada berupah dan bergaji namun tangungjawap ini perlu kita pikul sebagai makhluk yang diciptakan allah dan melaksanakan tuntutan syahadah kita.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung. "
[ali-imran : 104 ]


makan free untuk fasi -sedap

Thursday, August 19, 2010

BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati. ruginya kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerimacurahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,



Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turutsampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut diatas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu...

Tuesday, August 10, 2010

Cintai Allah Seluas Nikmat Kurniaanya


assalamualaikum w.b.t

Lama rasenya blog ini sepi tanpa nukilan dari pemiliknye.. Masa hanya mengizinkan ana meng'copy -paste' sahaja bacaan yang ana suka untuk dikongsikan bersama pembaca budiman.
Tambah pula dengan keadaan laptop yang kurang sihat, benar-benar menghadkan kadar waktu untuk ana melayari internat.

Sedikit perkongsian yang suka ana sampaikan kepada pembaca sekalian. Bait kata-kata ini ana ambil dari Ustaz Amru Khalid dalam tulisanya Hati Sebening Mata Air. " Cintailah Allah sebanyak mana nikmat yang diberikan "

Sempena ramadhan yang akan menjelma esok ana menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada pembaca blog ini atas segala kesalahan yang ana lakukan , sengaja atau tidak sengaja, jika ada penulisan ana yang mengecilkan hati atau membuatkan antum jauh dari Allah dan apa jenis kesalahan sekalipun. Ini kerana, satu kisah yang diriwayatkan olah Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah

"Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Shalat Jum’at (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali.

Ketika selesai shalat Jum’at, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: “ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah Amin-kan do’a ku ini,”
jawab Rasullullah.

Do’a Malaikat Jibril itu adalah:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Selamat menjalani ibadah puasa..
sumber : http://indrayogi.multiply.com/reviews/item/164

Sunday, August 1, 2010

Supergirls in Making


Girls are not prizes to be displayed,
they are not objects to be seen,
they are not competitions to be won,
they are not unintelligent to be looked down on,
they are not toys to be played with,
they are not garbage to be thrown away.

But instead,
girls are flowers to be appreciated,
they are humans to be considered,
they are gold to be valued,
they are fragile as glass to be handled carefully,
they are the important backbone to support,
and they are among the smartest people in this world.

I thought living in the 21st century would change the fact that women were once leveled as animals, useless and bring disgrace. However what I thought was wrong, history does repeat itself again, but in a different and ironic way.

Come on girls,
have shame, have respect,
have pride, have dignity.

For we all are supergirls,
we can bring down a whole empire,
and still build a nation.

"Let your akhlak be more beautiful than a blooming garden in the middle of Spring"



www.iluvislam.com
By: Rainhearts
Editor: nazir_dinie