Skip to main content

Rakyat yang cakna isu semasa

harini ana terdetik pula untuk postkn entry berkaitan isu semasa, bukan nak berpolitik...tapi sebagai daie sepatutnye kite kene amik tahu jugak isu semasa dan cakna dengan keadaan persekitaran...ana bukanlah orang yang minat nak ambil tahu isu-isu politik dan keadaan semasa, sebab ana rase study dan meeting pun tak habis pikir...tapi faktor persekitaran dan keamanan sejagat memaksa ana untuk turut sama ambil tahu isu-ise sebegini...

dalam konteks seorang pendakwah, bagaimana nak menyampaikan kepada orang lain dengan berkesan jika keadaan sekeliling bergolak..bagaimana dakwah nk berjaya kalau kita tidak ambil kira keadaan mad'u yang menghadapi masalah..kite main redah je nak buat, pakai hentam je cakap tanpa menyedari bahawa keadaan sekeliling dah berubah, contohnye isu PRK di Hulu Selangor baru-baru ini...

kemenangan pihak BN dengan mejoriti 1725 undi tidak wajar diraikan dengan kegembiraan semata-mata, malah perlu bagi mereka melihat dan menganalisis corak pentadbiran yang akan datang , adakah coraknya sama seperti strategi mereka memancing undi penduduk Hulu Selangor yang berada di luar bandar... dan analisis perlu lebih teliti sehinggakan pihak pentadbiran tahu bagaimana keadaan dan harapan rakyat dibawa pimpinan mereka


BN lebih berliku selepas Hulu Selangor
Mohd Shubihi

ALOR SETAR, 26 April: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam memberikan mesej yang jelas BN bakal menghadapi jalan-jalan yang lebih berliku pada masa akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) ketika sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, hari ini melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan tipis calon BN, P Kamalanathan.

"BN menang kita tak terkejut, tapi yang kita terkejut BN menang sikit, majoriti undi yang hanya 1,700 lebih tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan kepada pengundi di Hulu Selangor. BN akan berhadapan jalan yang berliku jika keputusan ini diambil kira.

"Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini," katanya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Azizan yang bersimpati di atas kekalahan Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun turut mengucapkan tahniah kepada jentera PR yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding pilihan raya yang lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi, berbanding 23,177 undi yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pilihan raya umum yang lalu.

"Ini merupakan petanda baik kepada PR dalam pilihan raya yang akan datang. Kita harap PR akan mencatatkan kemenangan dalam PRK Sibu, 15 Mei nanti," katanya

Comments

  1. he3..kalau bkaitan hadith..teringt sambungannya..kan sambungan hadith ini ialah "kalau berhijrah kerana wanita, itu yg kamu dapt"..lebih kurng camtu arr..

    terasa coz kadang2 lelaki ni, rasa show off jdi baik dpan P..pastu duuum, rugi je buat baik..

    ReplyDelete
  2. mesti kehadapan dlm isu2 semasa..(^__^)

    itu la yg ana dpt dlm Ijtimak Rakan masjid bru2 ni~ adeh! (sedar diri kurang membaca paper)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad