• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, September 29, 2009

allah sayang kita




"jadilah wanita yang dirinya umpama dalam kaca,yang dirinya sukar didekati oleh lelaki agar lebih dihormati"

kawan angah yang bagi mesej ni pade die...ana tanya "ape pendapat angah tentang mesej tu?" die jongket-jongket bahu je..."bukan senang nak ada dalam kaca macam tu,perlukan jihad dan kesungguhan yang btul-betul dari hati..angah nak jadi macam tu?"...die senyum "eh,mestilah nak"

bukan mudah nak capai tahap wanita solehah,perlukan mujahadah jiwa yang tinggi...banyak yang perlu dipatuhi dan diperlukan hati yang kental...tak boleh mengeluh,walaupun sebenarnya hati mudah tewas dengan bisikan halus dari syaitan dan nafsu...banyak persoalan yang kadang2 mampu mengoyahkan iman..."kenape kena pakai macam tu,macam ni"..."susah nak buat itu nak buat ini.."leceh je semua tu,kenape tak boleh macam ni"...kalau nak diikutkan hati yang jahil ni mmg kite seringkali mencipta alasan dan persoalan yang hanya boleh dikira mudah je jawapanye...semua tu jawapna die adalah sebab allah sayangkan hambanya...ana tanya adik ana yang bongsu on the way kami nak ziarah kawan ayah ..ana tanye die

ana: abang,kenape kena ade pokok?

adik: em...sebab nak bagi kite udara,oksigen..em..hehe"...die sengeh2

ana: kalau xde pokok?

adik: kita mati la,xde udare nak sedut

ana:owh...(ana buat2 mcm baru tahu) sape yang hidupkan pokok

adik:"allah"(de senyum seakan2 paham ape yang ana nak sampaikan..ana pon xcerita panjang mengharapkan die paham maksud ana...)

tadi lepas solat maghrib die ajak angah pergi main bunga api...tak sempat nak main,on the way ke serambi rumah, die jatuh n menangis...penat dipujuk oleh angan n ibu, ana buat de' je akhirnya dalam de'2 tu ana pon mendapat idea :-

ana :abang dah ngaji ke belum? tah2 abang jatuh sebab xngaji lagi kot...
(adik ana yang soleh ni pon terus kesat air mate n kelua dari bilik sembahyang...ana yang tengah ambilkan quran tuk die ni,tercenggang"..."aik marah ke dia pade ana???)

adik: abang nak pegi ambil air semayang
(dengan nada yang sedikit meninggi..."owh~~bgus betul adik aku ni,aku pon xmacam tu rasenya" (mane taknye dah la orang baru jatuh suh ngaji pulak,belum habis lagi rase sakit)

nak diringkaskan cerita,lepas die habis ngaji ana pun berceloteh

ana:haritu along ade tanye pasal pokokkan,allah hidupkan pokok yang bagi udara pada kitakan
dan kalau xde pokok kite akan matikn,jadi syang tak allah??

adik :"sayang" (die angguk2 dan jawap slow je)

...jadi kite kena ambil iktibar...alangkan adik ana yang baru hidup 9 thun pon paham allah syang die..inikan pulak akak die (dan kita semua)yang lebih lama hidup dari die...pasti labih mengerti akan kasih sayang Ar-Rahim....maka semua syariat ,larangan dan suruhan allah itu ade kepentingannya kepada semua makhluk ciptaanya...tidak ada satu pun yang diciptanya dengan sia sia..walau ape sekali pun kite tatap hamba dan tak lari dari buat kesalahan..jadi samelah kite memperbaiki diri,menjadi insan yang lebih dekat dengan allah.

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

Sunday, September 27, 2009

syurga dunia



"aku adalah pengejar syurga dunia,bagiku dunia ini adalah tempat memperssiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

"Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga ,masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Kemana pun dan sampai bila-bila pun surgaku selalu bersamaku."

(Kata-kata oleh allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani)

Friday, September 25, 2009

duhai diri yang lemah


salam perkongsian buat pembaca yang dirahmati allah s.w.t

Seringkali diri ini terasa amat lemah tatakala nasihat dah teguran tidak di terima olah insan yang ingin di betulkan. Niat murniku ini, aku zahirkan kerana kasih dan sayangku kepadanya kerana allah. Namun pelbagai jawapan dan alasan yang aku peroleh. Akal yang sering berperasangka ini kadang kala sukar menerima . Hati dan fikiran lalu memberontak, menafikan semua hujah yang diberi . Nafsu pula mula mengambil tempatnya di posisi teratas,bersedia mendendangkan irama-irama meghasut dan menipu daya . Akal dan hati mula menurut,hanyut dan rela di perkotak-katikan. Lemah dan tidak kuat untuk melawan tatkala dirantai oleh nafsu marah. Panas,seolah-olah ade api yang murak membakar hati ini . Mujur tarbiah dan pengalaman mematangkan diri. Berjujuran air mata tatkala mengadu kepada allah akan kegagalanku ini

Yang perlu dipersoalkan bukan kisahnya tetapi diri ini yang perlu dimengerti.
Duhai diri....pandanglah dia dari kaca mata dakwah yang berselubung kasih sayang. Bukan mudah apabila kesalahan dan kelamahan diri ditegur,apatah lagi oleh insan yang dianggapnya sangat memahami. Muhasabah semula dirimu duhai diri...mungkin dosamu yang masih menggunung,mungkin taubat dan doamu terhijab kerana kesalahan dan kejahilan yang belum kau bersihkan, hingga nasihat dan teguranmu tidak sampai ke hatinya. Fikirkanlah duhai diri...jangan kau mudah menyalahkan insan lain sebelum dirimu. Siasat semula amalanmu, solatmu, zikirmu, tahjudmu ,puasamu dan semuanya. Carilah dimana silapnya sehingga kau tidak berjaya memenagi hatinya dan sedangkan engkau mengatakan yang benar.

Jangan mudah putus asa duhai diri...tidakkah kau melihat betapa getirnya hidup dalam dunia yang kau gelarkan sebagai dakwah. Ambillah pengajaran daripada kaum-kaum sebelummu. Lihatlah kisah bagaimana nabi nuh yang anak dan isterinya sendiri tidak menerima ajakannya untuk berada di jalan yang benar, kaumnya sendiri mendustakan kebanaran yang dibawa, langsung tidak diendah risalah yang diserukan dengan penuh hemah.

"Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kamu Nuh, maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan: "Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman)"
(al-Qamar - 9)


Nabi junjungan pula, hidupnya penuh onak dan duri. Dituduh penyair semata-mata,di ejek sebagai gila,di kecam sebagai pedusta. Hidup getirnya dari awal kelahiran kedunia, sehinggalah keakhir hayat . Pelbagai ujian dan dugaan ditempuhi dengan tabah, sabar dan redha. Allah menjadi penaman setia dan tempat bergantung harap walau dalam berbagai-bagai ancaman. Tidak mengenal erti putus asa, dendam, apatah lagi marah kepada orang yang tidak menerima ajakannya untuk mengesakan allah. Cacian dan hinaan,tidak pernah memudarkan semangatnya,langkahnya digagahkan demi menegakkan agama islam yang benar-benar dikasihi dan demi mendambakan keredhaan kekasihnya yang abadi.

"Maka mereka berkata: "Bagaimana kita akan mengikuti seorang manusia (biasa) di antara kita?" Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar berada dalam keadaan sesat dan gila."
(al-qamar-24)

duhai diri...bersyukurlah kerana allah membukakan hati mu dan memberimu secebis dari sifat keberanianya kepadamu untuk menyampaikan kebanaran. Berdoalah semoga allah sentiasa menguatkan semangatmu dan sudi memilihmu untuk terus berada dalam jalan yang penuh menjanjikan syurga yang hakiki .

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. "
(ali-imran-104)

duhai diri...sememangnya kau diciptakan bersifat lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa, tetapi ingatlah duhai diri, tuhanmu maha pengampun. selagi engkau tidak menyekutukanya selagi itulah dosa-dosamu akan diampuni jika kau mohon setulusnya.

"kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan[105] dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. "
(al-baqarah-160)


syurga allah itu tinggi harganya. Bukan boleh dibayar dengan harta dunia tetapi dengan hati yang tulus ikhlas berjuang dijalan yang diwarisi dari para nabi. Engkau bukanlah pemula atau penghujung perjuangan,tetapi engkau mata-mata rantai yang bersedia meneruskan usaha suci nabi-nabi dan saudara-saudaramu yang terdahulu. Bermunajatlah kepada allah agar suatu hari nanti seluruh umat manusia hanya akan mengakui bahawa "tiada tuhan selain allah dan nabi muhammad pesuruh allah"

Wednesday, September 23, 2009

mujahadah menuntut ilmu



assalamualaikum s.w.t

salam keimanan buat sahabat pembaca sekalian..
alhamdulillah kerana tidak semena2nya hati ana terdetik untuk membuat blog sendiri
semuanya tidak dirancang dengan rapi,namun ana seperti diseru2 untuk mempunyai blog sendiri syukran jazillah..jazakallahuhair kepada semua yg terlibat secara langsung dan yg tidak langsung dalam pembikinan blog yang serba kekurangan ini...

menandangkan ramai sahabat ana mendakwa ana ni suka bercerita maka dengan ini ada baiknya ana memiliki blog sendiri untuk dijadikan tempat tumpahnya semua cerita-cerita dan pengalaman ana...tapi jangan pula disalah tafsir...yang ingin dikongsikan bukanlah rutin harian,mambasuh baju,menyapu sampah atau menanak nasi dan bukan juga pengalaman seorang muslimat sehebat khadijah,aisyah,asiah mahupun mashitah tetapi hanya perkongsian daripada pengalaman seorang muslimat biasa yang serba kekurangan,malah cetek pula ilmu pengetahuanya..sebagai permulaan ingin ana kongsikan sebuah cerita yang mentarbiah diri ana dari seorang insan ,luahnya dengan bersungguh2...

suatu hari yang hening tutor ana buat pra-test tuk persediaan test y nak kitorang amik ni...lepas kami habis jawap soalan2 pra-test tu,tutor ana pesan "sape dapat markah paling rendah kene menyanyi atau menari kat depan,tak kire la.. lelaki ke perempuan"...stat dari tu ana pun macam tak sedap hati sebab ana rasa ana buat test tu tak serius...maka di takdirkan allah akibat kelalaian ana sendiri,maka mmg betullah gerak hati ana mase tu...rase malu yang teramat sangat...

dah la malu sebab dapat markah paling corot,yang paling sedihnye ana mengenangkan imej islam yang ana bawak....alangkah teruknya kesalahan yang ana dah buat...boleh menjatuhkan dan menfitnah agama islam yang disanjungi...sedihnye tak tergambar..nasib baiklah tutor ana tu faham situasi ana dan tak pakse ana menyanyi kat depan kelas,kalau tidak....allah sahaje yang tahu betapa berdosanya ana rasa masa tu....

kesal benar hati ni...inikah yang ana katakan selama ini bahawa ana sayang allah,sayang nabi n sayangkan rasul....ternyata ana selama ni bercakap dusta shaje...tak terbukti langsung dengan amalan ana...beginikah yang ana katakan yang ana nak bawah islam!! ana nak tegakkan agama islam dimuka bumi ini!! kalau macam inilah keadaannya...ana memang sengaja berangan2 kosong....malah tipu semata-mata!! semakin deras air matanya mengalir

ini tidak diambil kira pandangan mad'u yang sepatutnya ana bawak untuk mengenali allah dan islam , apatah lagi dari kacamata masyarakat yang sering berprasangka.. ..pasti hilang thiqoh mereka pada ana...ana harus segera bertaubat dan berubah dari kelalaian ana dalam akedemik ana,nasib ana baik sebab ini tak diambil kira dalam coursework...kalaulah keputusan akhir semesta ana menerima nasib yang sama...nauzulillah kelu lidah nak berkata2

allah masih sayangkan sahabat ana ni,Allah nak die segera bangun dari kelalaiannya,sabda rasulallah


"sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu,
sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu ,
sesiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu,"


lihatlah islam di zaman kegemilanggan ilmuanya,ketika ibnu khaldun yang menjadi manusia terawal mempelopari bidang sosilogi dan ibnu sinar dengan penemuan2 hebat dalam bidang perubatan..bukan meraka ini calang2 orngnya..meraka menghafal al quran,malah ibnu sinar menghafal al-quran pada umur 10 thun...memang hebat umat islam ini..

tapi bolehkah kita hanya berbangga dengan kejayaan nenek moyang kite dahulu...pasti akan hilang kemegahan ini kelak jika kita,pada hari ini seakan2 merancang untuk menjatuhkan kewibawaan islam di mata masyarakat dunia yang semakin memandang tinggi dan menyanjung arus kemodenan teknologi ...saban hari islam terus dicaci maki,dihina dah kian diperlekahkan,islam semakin dihimpit kesusahan dan kekejaman musuh-musuhnya....

bangkitlah wahai sahabat pembacaku,bukan senapang yang perlu kau pikul,bukan bom yang perlu kau lemparkan ke muka musuhmu,tapi cukuplah pena dan akedemikmu yan perlu kau jaga....jihad dan dakwahmu tetap menjadi keutamaan tetapi bukan menjadi penyebab kelalaimu dalam pelajaran,sabda rasulallah

"barang sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia masuk
dalam golongan orng yang berjuang sehingga ia kembali"

jadikanlah langkahmu ke kuliah sebagai saie mu (ketika haji),buku dak pena mu sebagai tasbih dan hafalanmu sebagai zikt yang kau lakukan kerana allah demi mendapt redhanya...nescaya kau tidak akan kecewa duhai sahabatku...firman allah dalam surah az-zumar : 9 dan surah al alaq :1-4..menyebut perihal menunutut ilmu


"....Katakanlah(muhammad): "Adakah sama kedudukan
orang-orangyang mengetahui (berilmu)

dengan orang-orang yang tidak mengetahui
(tidak berilmu)?"
Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran."


(az-zumar : 9)



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam"

(al-alaq :1-4)
tidakkah kau melihat peri-pentingnya ilmu disebalik kegemilangan dan keharuman nama agama islam yang selama ini kau junjung...goncangkanlah dunia dengan ilmu yang kau perolehi dari Tuhanmu yang maha bijaksana..