Thursday, December 22, 2016

Tragedi Isnin bulan Disember

Ramai yang tertanya-tanya ape yang terjadi pada saya dan keluarga baru-baru ini. Dua status fb saya mengundang banyak pertanyaan. Terima kasih sahabat-sahabat semua, saya sekeluarga amat terharu dengan keprihatinan kalian. Dan sebagai pengajaran dan ingatan untuk diri sendiri dan menjelaskan perkara yang berlaku, saya luangkan sedikit masa menulisnye dalam blog ini.

Isnin lepas Allah memberi peringatan kepada saya sekeluarga dengan satu kejadian yang diluar jangkaan saya. Jujurnye saye memang tidak pernah melalui situasi seumpama ini dan langsung tidak menyangka akan belaku kejadian seumpamanya. Rumah sewa kami di pecah masuk dan kami kehilangan beberapa barang berharga. Kejadian belaku sekitar jam 2 hingga 5 pagi ketika kami sedang tidur (ya kami ade dalam rumah).

Pencuri tersebut masuk melalui tingkap bilik kedua dan berjaya melarikan beberapa barangan penting termasuk beg galas saya dan suami yang ade ic, atm kad, kad kredit, duit dan pelbagai gadget milik suami. Saya orang pertama yang menyedari kejadian tersebut apabile mendapati cermin tingkap bilik tempat kami selalu solat rompong dan besi tingkap bengkok.

Lebih kurang begini (Gamba goole image)

Laporan polis telah dibuat di balai polis Setapak. Sebelum membuat laporan, suami saya telah menjumpai beg galasnya di belakang rumah. Alhamdulillah ic, atm kad, kad kredit dan beg duit kami tidak dilarikan. Jadi 'total lost' berupa 3 buah telefon pintar model HTC, 1 ipad mini, 1 bag galas dan sejumlah wang tunai ( duit kene sapu licin ).

Perkara paling mustahak, syukur kepada Allah kami sekeluarga tidak diapa-apakan. Tiga-tiga tidur lena dan tidak sedar langsung kajadian tersebut. Mu'min yang selalu merengek-rengek dimalam hari pun memang lena, xmintak susu etc. Saya yang selalunye tidak sedap badan, susah tidur sebab dah trimester ketiga kehamilan pun lena tidak sedar apa.

****

Apapun ini peringatan dari Allah supaya kami sentiasa berhati-hati pada masa akan datang. Tidak merasa terlalu selesa. Terutamnya untuk diri saye yang sangat selesa apabila pindah ke rumah sewa yang ini. Pada saya tiada apa yang perlu mengganggu fikiran saya lagi berkaitan tempat berlindung/rumah. Lokasi sudah cukup strategik, kejiranan yang baik dan rumah yang selesa berbanding rumah-rumah sewa yang dulu.

Pada awal kejadian, melihat cermin tingkap yang rompong sebenarnya dalam kepala saya langsung tidak suspek ape-ape yang menakutkan/merisaukan. Mungkin baru bangun tidur dan fikiran macam positif aje. Kucing ke ape ke kan...bila tengok wajah suami dah berubah serius sepanjang masa, baru akal saya memproses dengan betul maklumat bahawa ini adalah kejadian curi dan situasi sekarang adalah panik dan merisaukan.

Kami juga baru menyedari bahawa rumah sewa yang ini kami belum pagar dengan ayat-ayat Al-quran. Ramai yang mengesyaki ini bukan hanya kes pecah rumah tetapi juga kes pukau apabila suami saya mengakui menjumpai najis manusia yang baru berdekatan rumah kami selepas kejadian. Ia benar-benar teguran dari Allah. Kerana sesungguhnya kediaman yang baik dan selamat adalah dibawah lindungan Allah jua. Walluha'lam
Share:

0 comments:

Post a Comment