Monday, November 14, 2016

Sembilan warna

الحَمْد لله‎‎  syukur yang teramat sangat saya panjatkan pada Allah s.w.t atas segala kemudahan dan kelapangan masa yang dikurniakan kepada saya dan rakan-rakan untuk bertemu baru-baru ini. Penganjur utama yang banyak bertungkus lumus adalah rakan kami yang akan berpindah ke Kerteh, Terenggganu atas urusan kerja dan keluarga awal Disember nanti. Perjumpaan semula ini memilih Melaka sebagai lokasi pertemuan singkat kami 9 sekawan. Seorang bertolak dari Johor, 8 lagi dari sekitar Lembah Klang. Atas kekangan yang tidak dapat dielakkan seorang tidak dapat hadir.

Tidak mudah untuk mengatur pertemuan ini, masing-masing masih struggle dengan kehidupan bekeluarga dan kerjaya masing-masing. Beranak kecil masih menyusu badan, yang masih belum stabil kewangan keluarga, yang berbadan dua dan berjauhan dengan suami. Semuanya tidak menjadi halangan untuk kami bertemu. Semuanya hadir samaada sendiri atau berdua dengan anak. Terima kasih kepada suami-suami kami yang supportive memberi izin.




*****

Alkisah kami belajar dalam bidang yang sama di UTP. Bukan pelajar kejuruteraan. Kami terdiri daripada 5 orang pelajar Business(BIS) dan 4 orang pelajar bidang Teknologi(ICT). Pada awal kemasukkan ke UTP semuanya tidak mengenali antara satu sama lain. Ade  satu dua sahaja yang kenal kerana pernah belajar di sekolah yang sama, tetapi bukan kawan rapat. Asal pun dari negeri kelahiran yang berbeza-beza. Dua Johor, dua Melaka, dua Selangor, seorang N9, seorang Terengganu dan seorang Perak.

Menarik tentang UTP, kami ada usrah yang dipanggil Smart Group. Tapi kami 9 orang bukan dari group yang sama. Semuanya lain-lain kumpulan usrah. Tapi persamaan kami ialah kami komited (walaupun kadang-kadang paksa rela dan sekali sekala ponteng kerana culas) menghadiri usrah. Dipendekkan cerita pada tahun ketiga pengajian, kami 9 orang duduk dalam satu usrah yang sama. Jadi disinilah titik tolak perkenalan kami. Satu semesta berusrah bersama, semesta seterusnya kami berpaktikal dan dua semesta selanjutnye pulang ke UTP sebagai pelajar tahun akhir.



*****

Empat semesta bersamaan dua tahun. Macam tak lama, dan memang tak lama pun. Tapi suka duka kami 9 orang sepanjang tempoh itu telah menjadikan kami lebih dari sekadar kawan. Kalau nak diceritakan, 9 hari 9 malam pun belum tentu habis. Makan sama, tidur sama, travel seluruh pelusuk Malaysia, berenang berakit di tepi laut, masuk hutan, sakit pening, gaduh marah menangis, duit xde, masak xsedap, kereta accident, sesat barat, pinjam baju, pinjam tudung kasut stokin, barangmu barangku jua, sedihmu sedihku jua, makananmu makanan ku jua.. semua kami dah lalui.

Sekalipun ade yang dah 2 kali bersalin, urat-urat dah banyak putus, pasti pengalaman ini susah untuk dilupakan. Jika dibukukan kisah kami, pasti geli hati membacanya kembali. 9 orang ade 9 ragam, perangai dan personaliti masing-masing. Jadi sepanjang tempoh itu, kami belajar bertoleransi dengan kerenah masing-masing. Kami sedikit-sedikit mengenali dan memahami perbezaan dan persamaan kami. Menerima sembilan warna in menjadi sebahagian daripada rona warna dalam journal hidup kami.

Kami punyai lingkungan sahabat yang lebih besar yang lebih banyak memori bersama, akan tetapi ini lingkungan kecil yang pastinye dekat dihati dan dengan izin Allah dapat bertemu dalam masa yang singkat, terdekat ini. Tidak sampai 24 jam pun kami bertemu, masing-masing ade urusan dengan tentera masing-masing. Tapi pada saya, syukur dan gembira tidak terhingga dapat bersembang 2 3 topik bersama. Update keadaan masing-masing dan cubit pipi anak-masing-masing. الحَمْد لله‎‎ 


Share:

0 comments:

Post a Comment