Thursday, November 17, 2016

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula



Bio C Plus All Day Formula yang baru dari NUTRILITE ini merupakan cara yang mudah untuk menyokong diet yang sihat setiap hari. Menggunakan teknologi pembebasan lanjutan, Bio C Plus All Day Formula membantu menambah vitamin C dengan memberikan pembebasan perlahan tetapi berterusan.

Ia dibebaskan secara perlahan-lahan dan lembut sepanjang hari supaya tubuh anda boleh menggunakannya dengan lebih cekap. Setiap tablet mengandungi vitamin C serta nutrien berasaskan tumbuhan daripada oren, lemon, limau gedang serta ceri aserola yang ditanam dan dipetik di ladang-ladang kami yang disahkan organik.


Pembebasan perlahan ini menambah baik penggunaan keseluruhan vitamin C dalam tubuh dan mengurangkan pembaziran yang sering dikaitkan dengan dos besar vitamin C pembebasan serta-merta. Ciri ini menjadikannya lebih baik dalam meningkatkan kesejahteraan umum.

Ciri dan Manfaat:
  • Penyerapan yang lebih baik bermakna lebih banyak vitamin C yang digunakan setiap tablet.
  • Pembebasan lanjutan bermakna pembebasan perlahan tetapi berterusan yang menambah baik penggunaan dan mengurangkan pembaziran yang dikaitkan dengan dos besar.
  • GAP: Lembut pada perut (Gentle on stomach), Vitamin C sepanjang hari (All day vitamin C) dan Nutrien berasaskan tumbuhan (Plant based nutrients).
  • 500 mg bersamaan dengan nilai pemakanan buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan hanya segelintir sahaja yang akan mempertimbangkan untuk memakannya.

Siapakah yang boleh mendapat manfaat dengan mengambil produk ini?
  • Individu yang kerap berpergian dan atlet.
  • Individu dewasa yang sibuk dan aktif, yang mengambil vitamin C tetapi mahu cara yang lebih berkesan untuk memastikan pertahanan semula jadi tubuh mereka kekal kuat.
  • Individu dewasa yang merokok kerana merokok boleh mengurangkan vitamin C dalam tubuh.
  • Individu dewasa yang tidak makan buah-buahan dan sayursayuran yang tinggi kandungan vitamin C secara kerap. 
  • Individu yang menjalani gaya hidup yang penuh tekanan. 


NUTRILITE™ Bio C Plus All Day Formula (60 tab) - RM85
NUTRILITE™ Bio C Plus All Day Formula (120 tab) - RM162 
Share:

0 comments:

Post a Comment