Friday, November 4, 2016

Kerabu Pucuk Paku Tanpa Santan

Sebagai simpanan untuk diri sendiri. Resepi ini mudah aje. Tapi tak bermaksud 3 minit dah boleh siap. Rumit jugak la langkah-langkahnya. Tapi saya rasa ini resepi yang lebih mudah berbanding resepi-resepi lain yang saya jumpa di internet. Saya memilih untuk tidak menggunakan santan sebab kebanyakan kerabu yang saya makan di kedai-kedai tidak ada kuah santan pun. Ade yang saya jumpa bersantan tapi kurang sedap. So ini resepi ciptaan sendiri. Boleh jadi juga resepi kedai-kedai tapi mereka mungkin tak ade blog nak update resepi mereka :P.



Pes 
  • 1.5 Inci belacan dibakar
  • 2 ekor isi selar (direbus dan diambil isi) 
  • 4 batang cili padi 
  • Garam secukupnya



Sayur
  • 2 cekak Pucuk paku  (dicelur) 
  • 4 genggam toge (dicelur) 
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3  biji cili merah dihiris
  • 10 biji limau kasturi amik air sahaja



Langkah penyediaan.
  • Tumbuk semua bahan pes
  • Campur pes yang dah ditumbuk dan gaul 


Share:

0 comments:

Post a Comment