• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Sunday, November 24, 2013

Rahmat untuk semua

Nasi Ayam Lemon. Menu lepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS 2013. Menarik dan Alhamdulillah memenuhi setiap inci ruang dalam perut (amat kenyang). Tinggal 3 suap sahaja lagi, kelajuan menyuap masing-masing mula berkurangan. Meja sebelah dah bersurai. Satu kerusi diletakkan di meja kami, sirih pulang ke gagang barang kali.

"Malaikat duduk sebelah kite" tegur sahabat dari sebelah kiri..yang lain hanya senyum mengiakan
"Kadang-kadang kite lupa yang kat kiri dan kanan kite ade malaikat yang menjaga, kan".. erkkk...
"hemmmm...." keluhan yang panjang sorang insan
"Bukan kadang-kadang, selalu sebenarnya..." pengakuan hiba dari hati

Kali ini giliran dia tersenyum...masing-masing terus menyuap makanan, senyap dan sunyi.


Katakanlah ade dua orang ustaz bagi seorang lelaki dan dua orang ustazah (untuk wanita)yang baik akhlaknye dan disegani ramai mengikut kita setiap hari kemana sahaja. Mereka ini mengikut kite kemana sahaja kite pergi. Sentiasa ada disisi kite sejak kita bangun tidur, hinggalah kite tidur, bahkan duduk sebelah kite sewaktu kite tidur. Ape agak-agaknye jadi pade kite. Kalau saye, insyaallah konfirm jadi baik pijak semut pun tak mati. Tak berani nak buat perkara-perkara yang tidak senonoh. Gelak pun xberbunyi, makan pun kurma, air zam-zam dan makanan-makanan sunnah je. Pakai pakaian wangi bersih dan menutup aurat semuanya. Malu, malah kerana terlalu hormat terhadap dua insan yang saye yakini ilmunye banyak dan mulia darjatnya disisi Allah.

Bayangkan pula, kite di atas jalan raya. Kite dah tahu di Batu Gajah ade "speed trap". Kite dah amat-amat tahu dah, tiang yang ade kotak seakan-akan kemera dalam semak sebelah pokok sena yang paling tinggi tu adalah AES (konon). Mana kite pilih, pecut laju atau perlahankan kereta. Kalau ana yang naik WMR je ni..i'allah akan perlahan sebab tak mahu di "snap picture" dan disaman. Sebab kite tahu, saman bukan 2 3 ringgit tapi 300 ringgit. Boleh beli handbag Guess design baru di i-Setan KLCC.

Anda pula bagaimane?? 

Pernah sekali saya dan sorang teman menonton satu rancangan musik. Berkerut dahi masing-masing, nak memuji atau nak menukar siaran. Lirik lagunye begitu jerni dan bermakna...seingat saya katanya "ampuni dosa-dosa ku Maha Esa.." dan diulang-ulang beberapa kali. Penyanyinya cukup khusyuk, rambut merah mayang panjang mengurai dihayun kekiri dan kanan. Cantik..cantik..cantik.(upin ipin)

Namun wahai wanita, bukankah rambut itu harus kamu tutupi kerana ianya aurat bagimu terhadap lelaki-lelaki yang boleh kamu kahwini?? Tidakkah kamu bimbang akan tercatit satu saman di buku amalanmu yang diakhirat nanti akan diserahkan oleh Polis Trafik bernama Raqib dan Atib kepada Penciptamu ALLAH untuk dihisab. Kamu tahu bahawa saman diakhirat bukan 300 ringgit, tetapi berganda pedih dan menyakitkan. Beribu tahun menderita dan merana yang kamu sendiri tidak dapat menghitung bila akan tiba masanya untuk kamu dibebaskan. 

Hari ini mata kite menyaksikan pelbagai golongan manusia berjalan dimuka bumi Allah bernama Malaysia dengan suka hati. Si Miskin  fakir yang berumah dijalanan hinggalah,Si Kaya yang sarapan paginya di benua Asia dan makan malamnye di Eropah. Daripada Si Sihat yang senyumnya bermula seawal bangun tidur hinggalah Si Sakit yang jasadnye terbaring kaku di atas katil hospital dengan wayar berselirat diseluruh tubuh. Si Bijak yang disanjung manusia juga Si Dungun yang diherdik hina oleh manusia. Semuanya berpangkat hamba disisi Allah, lalu ditugaskan kepada Malaikat Raqib dan Atib untuk menemani, memerhati dan mencatit. 

Maka peringatan buat diri dan sekalian sahabat pembaca, sedarlah bahawa hari-harimu di temani setia oleh dua makhluk Allah yang suci dan mulia. Ibadahnya tiada tandingan olehmu dan taatnya tiada daya kamu menyamainya. Maka malulah akan dirimu untuk melakukan perkara sia-sia apatah lagi dosa dihadapan mereka yang suci lagi terpuji disisi Penciptamu. Wallahualam.





Wednesday, November 20, 2013

Happy Birthday : We love you


Thanks Mr Google for that wish. Hari yang bersejarah, dimana lahirnya seorang budak nakal yang dinamakan Ismalina. Semalam hari lahir saye. Semuanya seperti biasa, bahkan hampir melupakan 19 November. Mungkin dikaburi persiapan menjelang 301113...atau yang lebih penting kecuakan menyiapkan Performance Appraisal yang tarikh akhirnya hari ini.

Semalam satu lagi hari yang patut saya frame atau lakarkan dalam diari istimewa ini. Permulaan hari yang Alhamdulillah ceria dan bertenaga ketempat kerja untuk menyiapkan "assignment" disaat-saat akhir.... Rasenya masih sama apabila berbondong-bondong manusia yang istimewa, sahabat handai mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR...terima kasih semua (^_^)v ucapan yang pendek tetapi penuh makna dan berbekas dihati.

Pulang dari tempat kerja, masih rase hari itu sama seperti hari yang lain. Gembira dan sibuk ...
 "Sape nak masak harini" ...seseorang bertanya di watsup rumah Bukit Angkasa
 "macam tak daye je nak masak" balas pemilik phone BB Bold 3 yang dah uzur ni..
Alih-alih bateri habis, gelap BB...dah malam katenya....

Tiba dirumah, terus menghadap nasi lemak ayam gorang dan sayur bayam..Baham makanan dalam keadaan lapar, tambah pula ade ulam TV..Laju..sedap..Masih rase biasa..Lepas solat Isyak, cepat-cepat saya buka pintu...ade instinc sahabat ade kat luar..jeng jeng jeng caught in a red handed. Ade kek dan dua makhluk sedang mencangkung ..khusyuk menyalakan lilin..senyum dan gelak guling-guling dengan Basirah. Floor Manager cuai..

"Cantiknya kek"...sekarang dah rase lain..terharu dan bersyukur. Jujurnye sepanjang mengenali mereka, sejak jejaknya kaki ke UTP, sambutan hari lahir saye tidak pernah biasa. Meraka ade. Bukan mereka sahaja yang ade..paling kurang pasti akan ade KEK...Amat mengharukan. Dalam kesibukan dan kepenatan kerja, sahabat ini masih lagi terdaya untuk meraikan hari istimewa saya. Ikhlas dalam persahabatan barangkali. Syukran sahabat, May Allahh Bless you and your entire live here and hereafter. Semoga ditinggikan martabat kalian disisi Allah kerana begitu ikhlas dalam berukhuwah. I wrote this cuz i really mean it. I love u guys so much..  


Thursday, October 31, 2013

Saya telah tamat belajar secara rasminya

Special thanks for my beloved mother, sweet brother and sister and friends for all support and love through this tough journey. May Allah bless you all the times.

Thursday, October 17, 2013

Day Dream : Bandaraya dalam Taman


This picture melted my heart. It's not about the painting technique, but it's about the value behind the scenery. Quite similar to Shrek's house but this one better and nicer. Peaceful life near to nature. Perasaan aman yang tidak dapat digambarkan melihat rumah yang sederhana tapi aura kedamaiannya sangat kuat. Bilakah Kuala Lumpur akan menjadi seperti ini. Bandaraya dalam taman. Idea yang menarik. Wait till I nominated as the Malaysia Prime Minister 2020.

Mase zaman belajar dulu ana tertanye-tanye mengapakah orang yang dah bekerja susah nak update blog sekerap zaman die belajar. Dan sekarang soalan tu telah terjawap yang mana diri sendiri merasainya. Antara faktor yang menyebabkan kesukaran untuk update adalah MASA. Zaman student, kite duk menghadap Cik Lappy(laptop) berinternet sepanjang masa dan ketika. Dikala sibuk mengulang kaji kononnya, ada bisikan-bisikan halus yang datang dan berkate..."ngantoknye lah Cik Mata saya ni..ape kate kite bukak blog dan update sesuatu sebagai selingan dalam mangulangkaji pelajaran".

Lain kisahnya apabila bekerja, bermula pukul 8pagi menghadap Pn Dasppy(dasktop) dalam hatinya bergaduh sakan antara hati dan akal ..."akal: weh, bile nak habis kerja-kerja dunia ni...dah penat dah ni.." "hati:jangan ngelat weh, engkau cari rezeki..karang xpasal2 makan rezeki haram.." maka terus meneruslah keduanya bekerja, tepat jam 5petang.."o0o0o0 balik kampung...o0o0o0 balik kampung...hati riang.." masa dirumah ialah masa RnR (Rehat dan Rawat)

Faktor lain, ISI KANDUNGAN. Cuti hujung minggu, membuak-buak perasaan nak mengupdate blog..sign in.."em..ape nak tulis yer??".."apa buku ilmiah terakhir yang ade ditangan dan di telaah sehingga faham??"..Fikir punye fikir dah berakhir hujung minggu..Office aku datang..Monday blues. "Isnin, engin baru nak panas..belum mampu menjana idea yang cergas - jangan layan, itu hanyalah doktrain barat, katanye"..Itulah sedikit, tidak banyak ulasan berita hari ini. Tulisan ini di terbitkan semasa Lunch Hour SBM..where no people are around. dan polisi SBM boleh mengunakan kemudahan komunikasi pejabat untuk kegunaan peribadi tetapi harus dihadkan...serius bukan rekaan (^_^)v

Friday, September 13, 2013

Perancangan Allah Lebih Baik

Perbincangan di office hari ni berkisar tajuk poligami. Saya hanya mendengar dari jauh, tidak mengambil bahagian walaupun berkali-kali diajak. Ade kerja yang perlu diselesaikan. Mungkin juga cuba mengelak untuk berbincang hal-hal serius ini. Belum tiba masa dan waktunye.

Bila waktunya?? huuu..bila ALlah menguji diriku dengan keadaan itu. Dan di saat itu apa yang mampu hanyalah menadah tangan dan berdoa agar diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menerima keaadaan itu seadanya. Sape tak nak payung emas, dikala harga minyak meningkat mata wang Malaysia mula menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Namun, emas tidak semurah coklat cadbury atau big apple. Amat bernilai dan berharga. Ada yang menangis, ada yang mati dan sanggup berbunuhan sesama saudara kerananya. Susah nak didapati emas..Perlu semangat dan ketabahan yang luar biasa. Sedangkan diriku yang tidak luar biasa ini, semestinya butuh waktu persediaan untuk berjuang mendapatkan emas yang nilainya luar biasa tinggi.

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak naik, ade yang mungkiri janjinya

Thinking twice of having car now

Thursday, August 8, 2013

Nikmat Syawal

"Abang peninglah...rasenye macam tak larat nak pergi solat teraweh..." kate abang sambil menggosok2 kepala

"yeke..kan ibu selalu kate kalau nak mati, biarlah mati kat masjid..pengakhiran yang baik..."

ungkapan dan cita-cita ibu yang selalu disebut-sebut dihadapan kami..kerap kali juga diulang-ulang hingga menjadi motivasi kami sekeluarga. Berkongsi cita-cita yang sama mungkin...kepala yang pening, badan yang letih juga jiwa yang menjerit tidak sudi diheret penuh kasih sayang. Mendidik diri agar tidak manja dalam beribadah.

Alhamdulillah kadang-kala kata-kata penawar ini mujarap kadang-kala tidak lut juga. Semoga Allah membantu dan memberi pinjaman tenaga untuk terus mencari redhanya dengan kurniaan pengakhiran hidup yang baik. Ayah telah mendahului dalam keadaan yang amat baik kami kira, hari jumaat dengan wajah yang bercahaya. Giliran kami masing-masing memburu kasih ilahi dengan tempoh masa yang belum pasti.

Pagi ini, usai solat aidilfitri, kami bergegas kepusara ayah. Menziarahi, mohon ampun dan menghadiahkan Surah Yasin buatnya. Ramadhan, telah berlalu namun harapan kami tinggi mengharapkan terbiyyah dan semangat beribadah dalam diri kekal ditakuk yang paling tinggi. Syawal yang datang juga tidak disia-siakan, bermaafan dan menziarahi sesama kita. Maaf sekali lagi dipinta, kredit habis dan-dan 1st raya. i'allah 2 3 hari lagi baru sempat nak kekedai topap. clik-clik belum berfungsi sepenuhnya..Lastly, ana kongsikan kisah yang amat memberi kesan pada diri...selamat menghayati dengan penghayatan yang paling dalam ^^

Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya. 

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.” Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Saturday, June 29, 2013

Smile and you will happy

Dear readers, sorry for not be in place for quite some times. A big changes and new titles 'popup' in my life Alhamdulillah. This time I took an article from iLuvIslam. It meant a lot for me at this moment and once it helped me to get rid from my endless unsecured feeling. By the grace of Allah, now it always accompany me day and night, not the article but the spirit behind it..SMILE ^_^ . Therefore, with hope that everybody else could also share the pleasant feeling, I share a quote by Imam At-Tarmizi.

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Here are some benefits of S.M.I.L.E
  1. S.M.I.L.E make over your face. You will look beautiful or handsome,which is awesome than before.
  2. S.M.I.L.E able to update you mood from windy to spring and flowery feeling. 
  3. S.M.I.L.E reduce, perhaps delete your stress. 
  4. S.M.I.L.E strengthen body immunization which will protect you from unexpected diseases. 
  5. S.M.I.L.E make you look younger than your age.  
Try it on your own. But do not expect immediate result. This will take some time. Be patient and you'll find it work very nice.

Sunday, April 28, 2013

Amanat Ust Azhar Idrus PRU-13


"Kalau kite tidak sokong kerajaan kite nak makan ape!!"
"Makan nasik la, bukan makan pasir!!"

Wahai masyarakat, rezeki Allah bagi..sokong Ulama!!

Sunday, April 14, 2013

Taman Botani

Selesai menduduki Exam kemasukan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 semalam, kami adik beradik berbasikal di Taman Botani Ayer Keroh Melaka. Kawasannya besar, luas dan nyaman. 3 buah basikal disewa, dan setiap satunya berharga RM5 untuk kira-kira 3 jam. Pelbagai perkara dan panorama menarik disini. Ade taman dinasor dan taman story mory. Dan yang paling menarik terdapat banyak pokok yang biasa ana dengari namanya namun baru hari dapat ketemu empat mata..one of it is Akasia tree, it was my geng name..the 9..

The rest, scroll down to know more..

T-rex dan hasil buruanya...dinner is ready now!!

basikal yang berbakul ni sesuai untuk perempuan melayu terakhir sahaja..jenuh mengayuh, fuhh!!

it's school break!!..berehat seketika

taman story mory itu bukan nama sebenar, sebab kami xingat name sebenarnya
Si gagak dan bekas airnya..

Tuesday, April 2, 2013

Little Sisters


Pesanan akak untuk adik-adik...

"Allah maha mengetahui sedangan kite tidak.. bukan kite tak punyai banyak pilihan..tetapi kite tak tahu tahap kemampuan kite dimana selagi kite belum cuba dan percaya bahawa taklifan Allah itu wasilah tarbiyyah yang terbaik,datang secara langsung dari Allah. Maka carilah hikmah disebalik apa yang kite tidak suka itu dgn pergantunggan yang tinggi pada Allah. Percayalah syurga Allah dikelilingi duri yang tajam dan menyakitkan..syahid hanya akan diperolehi selepas kite bermandi darah, peluh dan air mata. Salam perjuangan.."

Juga untuk diri akk sendiri...

Tuesday, March 12, 2013

Lesen Full

Alhamdulillah baru dapat lesen full, tiada lagi lesen pecubaan ^^... Dua tahun pengalaman memandu banyak sungguh peristiwa suka duka berlaku. Kemalangan melanggar dan dilanggar pernah dua kali dilalui. Peristiwa dilanggar berlaku di Gombak ketika WMR baru melepasi lampu isyarat hijau ketika membelok ke kanan, kos pembaik pulih ditanggung sepenuhnya oleh abang kereta Myvi apabila owner kereta WMR menangis teresak-esak ( WMR baru keluar dari klinik dah masuk klinik semula). Pengalaman memanduk kereta Viva lalui menabrak kereta Produa Kelisa sehingga kemek pintu depan sebelah kanan berlaku di Blok 5 UTP, kosnya ditanggung oleh insan-insan mulia sahabat-sahabat usrahku...alhamdulillah semuanya selamat dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pengalaman dikesan oleh speedtrap kerana melebihi had laju telah tiga kali. Pertama kali ketika praktikal yang melibatkan kawasan yang dikenali sebagai Shah Alam, menghadiri program berkaitan isu Gaza. Saman kedua di Batu Gajah ketika menghantar Junior ke stesen KTM dan saman ketiga ketika pulang ke Melaka menziarahi ayah sahabat yang meninggal dunia, urgent kerana mengejar majlis pengkebumianya. Oh Tuhan, apelah dosaku. Setakat ini baru satu yang berbayar yang lain Insyaallah akan menyusul suatu masa nanti. "pak cik polis, bile polis nak buat sale saman?" ^^


Pengalaman lain, memulakan pemanduan seawal 3 ke 4 pagi, sampai ke destinasi selewat 3 ke 4 pagi juga telah dilalui. Malam yang gelap, subuh yang sejuk, siang yang panas, senja yang oren, hujan lebat, ribut petir dan pelbagai lagi keadaan yang dilalui sepanjang dua tahun memandu sebagai pemegang lesen pecubaan. Kelajuan paling tinggi yang pernah dicecah hanya 140km/h. Lokasi musafir sebagai pemandu yang pernah di lalui dah sampai ke Sungai Petani Kedah, Kuala Terangganu, Kota Bharu Kelantan, Segamat Johor, Bahau N.Sembilan, Perak dan Melaka pula adalah kawasan permainanku. Selangor dan Kuala Lumpur juga sedang diterokai..suke..suke..suke

Pelbagai kenderaan telah dipandu uji. Myvi, Viva, Avanza, Saga baru, Saga lame, Wira, Wira aerobek, Gen2, Pesona, Iswara, Vios, Satria, Kancil dan pelbagai jenis motosikal yang dipinjam daripada sahabat kampus. Namun pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah memandu 80km/h dari Perak ke Melaka untuk menjimatkan kos perjalanan tol dan minyak begitu menyeksa jiwa dan badan. Juga pengalaman memandu kereta Iswara yang meternya tidak berfungsi dari UTP ke Kuala Kangsa...

Itu sahaja laporan dari wartawan minggu ini...pandu cermat jiwa selamat ^^

Monday, March 11, 2013

Tanah Merdeka

Sekarang Tv3 sedang sibuk memaparkan berita pertempuran tentera Malaysia di Lahat Datu dan Tawau. Sayu juga hati tatkala melihat wajah-wajah wira Malaysia yang diterbangkan kesana disiar dalam tv. Khabarnya kemarin telah lebih dari 12 betilion tentera dihantar, 8 orang meninggal dunia dan lebih dari 5 orang cedera. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air Malaysia tercinta. Kata Pedana Menteri dalam media massa, tidak seinci pun tanah ini akan dibiarkan dinodai oleh musuh. Insyaallah ameen.

Terpuji sungguh perjuangan itu dan disanjung-sanjung masyarakat sehingga beratus-ratus laporan polis di failkan untuk mengecam seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan memfitnah kerajaan Malaysia. Begitu hormat dan tinggi nilai pembelaan yang diletakkan oleh sekalian rakyat Malaysia terhadap pejuang bangsa di Lahat Datu. Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar..kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu..ok itu tiada kene mengena..apa pun tahniah rakyat Malaysia yang bersatu padu untuk kemakmuran negara. Kite yang tidak bertempur ini, diharap ringankan tangan untuk menderma kepada yang memerlukan.



Diharapkan semangat mempertahankan maruah bangsa ini sama nilai dan tinggi martabatnya dengan semangat menjaga dan mendaulat maruah agama Islam yang tercinta. Jika perjuang yang gugur dimedan pertempuran diberi penghormatan sehingga jasadnya disemadikan, begitulah juga jasad orang-orang yang larut dalam perjuangan dakwah menegakkan daulah Islam dibumi  Malaysia ini. Jika kaum keluarganya dilindungi, dibantu serta hati mereka tidak diizinkan untuk disakit dengan tomahan dan fitnah yang melulu tanpa bukti maka, seharusnya  hati dan sanubari sekalian ahli keluarga petugas Islam yang mempertahankan Islam seikhlas hati juga harus diambil peduli. Hentikan budaya memfitnah sesuka hati tanpa bukti juga budaya mengadu domba secara fizikal mahupun maya..sedih tatkala membaca kate-kate ulama yang rendah hati ini di facebook..

"Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan". Ujarnya lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Wednesday, March 6, 2013

Kecantikan wanita : Nutrimetics




Meh kite layan sekejap arus kemodenen sekarang. Al-kisah bisness adikku yang berkembang agak pesat sekarang. Brand yang agak ternama, mahal tetapi berkualiti. Nutrimatics keluaran Tupperware yang juga di perkenalkan oleh sepupu kami yang hidup senang dengan peniagaan ini. Mule-mule membelek katelognye agak terbeliak biji mate melihat harga setiap produk. Hampir semuanya bernilai atas RM10 dan separuh daripadanye bernilai ratusan ringgit. Itukah nilai kecantikan..tanya diri yang baru habis belajar dan pakai bedak sejuk sahaja -_-"

Apabila dibelek kali kedua dibaca dengan teliti rupenya bukan untuk kecantikan semata mata. Ade added value untuk produk ini, iaitu kesihatan. Maka dilahirkan page Circle Square untuk membantunye memasarkan produk ini. Melembapkan bibir, mencerahkan kulit, menegangkan, melambatkan penuaan dan pelbagai masalah cuba diatasi dengan penghasilan produk ini. Kalau nak cube atau nak belikan untuk sape-sape yang anda rase perlu, bolehlah di "Like" dan mencuba sendiri. Juga dialu-alukan pade sesiapa yang nak belanje saye budak baru habis belajar, ambil galah tolong jolokkan ini ^^.

Testimoni boleh tunggu lagi 3 or 4 bulan apabila tuan kepada blog ini cuba sendiri. Cuma lipstick keluaran terbaru seperti gambar diatas ini amat menarik dan akan dicuba tidak lama lagi. Pinjam lipstick adik, testing dulu baru beli. Katenya ikut warna darah, tidak terlalu merah mak ngah dan tidak pula gersang seperti hidup di gurun sahara. Dan pesanan khas dari penaja, berpada-pada dalam bersolek agar kena pada tempatnya. Elakkan tabarruj dan pastikan niat anda make up adalah suci dan murni...bukan niat tunjuk pade orang...meh tonton link dibawah untuk panduan kite semua.




Tuesday, March 5, 2013

Ilmu Allah itu Luas

"do you have any plan to further study?"
"yes, i do..but maybe after several years in the industry..."

"your English is quit good and fluent, we have several candidate who can't even speak..."
"not really, still need improvement.."

"you travel all the way from Melaka?!"
" ^_^ ...(dah biase en bos) "

"do you learn this during your study?"
"yes, 2nd year subject"
"wa..strong memory, you still remember.."
"^_^... (sebenarnya dapat soalan bocor dan dah prepare)

Hari ini interview ketiga yang santai dan cool. Siap dapat pujian dari panel lagi ^^. Pengalaman interview ni macam-macam. Ade yang tanya hal-hal teknikal ade yang tanye general. Yang teknikal SQL, HTML, XML, XHTML, PHP, .net semuanya dikeluarkan, immediate orally. Tidak pernah ana jangka ana akan alami interview seteknikal ini, tapi inilah sebahagian ilmu yang sebenarnye akan digunakan semasa kerja nanti.Yang general pula, tanye soalan bukan main tinggi, ilmu bisness dan corporate segala bagai, critikal thinking and out of box dan macam-macam lagi.

Situasi selepas interview pun pelbagai, interview pertama ana kelua dengan perasaan yang tak menarik, sedih dan lemah..termenung lama mengingati sesi interview yang agak merapu. Interview kedua, keluar tanpa sebarang perasaan...senang je interview ni..Interview ketiga, happy..boss ni baik dan sopan, paling best sakali boleh pula tawar-menawar gaji..sayang, vacancy hanya satu..persaingan sengit..we'll see how..Next destination Bangsa I'allah...bak kate orang

"ape salahnya melabur untuk masa depan"


Ilmu Allah itu luas, ilmu interview pun salah satu cabang ilmu..bile ade interview ni, barulah ana hargai ilmu-ilmu yang ana pelajari di kampus dulu. Apabile disemak dan dirujuk kembali, rupa-rupenye ape yang dipelajari zaman bergelar mahasiswi dahulu tidaklah sesusah mane pun. Salah sendiri yang tidak mahu mencuba dan berusaha. Sepatutnye jika kita nak kite akan usaha sedaya upaya untuk memperolehnya. Berusaha untuk memahami dan mempraktikannya. Tidak hanya mengharapkan keputusan yang cemerlang di atas kertas A+ 3.5, 3.7 4.0. Yang pentingnya adalah ikhlas dalam menuntut ilmu. Baru berkat.

Macam kite kat bumi ni, walaupun sementara tapi tetap wajib mengimarahkannye mengikut syariat Tuhan. Perlukan makanan, minuman dan wang membeli keperluan harian. Bile perlukan wang, maka kite perlukan kerja, kite perlu pass the interview....bukan kerja dan duit itu Tuhan tetapi ianya wasilah menghadap Tuhan.
Faham ke?? xpe..


Friday, March 1, 2013

Gaji


Duit mungkin bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit. Duit bukan tuhan, tapi duit boleh tolong kite dekat dengan tuhan..sedekah, zakat dan infaq dijalan Allah. The more we give the more we get. Ikhlas, memberi bukan untuk menerima, tapi kalau terima Allahamdulillah. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Segala amal kite dilihat oleh Tuhan, kite amanah atau tidak Allah maha mengetahui. Kite memberi bantuan bukan apabila kite butuhkan sokongan sahaja, tapi kite memberi kerana itu adalah satu tugasan dan tanggung jawap atas taklifan yang tuhan berikan..mengertilah wahai sekalian khalifah dunia bahawa gaji Akhirat itu lebih bermakna.

Daya Material Sdn Bhd...Jalan Dutamas, mahu atau tidak mahu? Gaji dunia...

Thursday, February 28, 2013

Tanam Anggur ; Rezeki Milik Allah


Hari ini panggilan interview yang kelima. Nak ke taknak, Nak ke taknak, Nak ke taknak, Nak ke taknak... inilah dilema seorang penanam anggur. Belum ada hasil tapi banyak sudah kos pembiyaan pertanian diperlukan. Dua daripada empat temuduga dah dikunjungi, satu Pass satu Fail. Minta maaf pade Silverlake dan Produa, ambe takde pitih nak bertandang ke majlis kenduri tuan. Tambahan pula, saye tiada muhrim yang boleh menemankan. Cerita yang fail itu terlalu menyakitkan dan yang pass tu banyak pula urusan, nak release letter yang amatlah sangat sukar untuk diperolehi. So how?? Masih mencari dan tarus mencari, bukan memilih tetapi membuat keputusan yang bijak..

"Thank you for being willing to consider my resume. May I know, which position am I being offered. Beside, I would really appreciate if I could know the amount of s_l_ry..... "

I really mean it. Living in KL is too tough if your salary below 1500. Sudah-sudahlah 2 tahun sekolah di Kuala Lumpur dan 7 bulan yang perit berpaktikal di KLCC..adakah kehidupan berkerjaya juga akan dimulakan disana lagi..oo Allah, You know the best...

TV, begitulah kisahnye. Tidak berhenti-henti memaparkan kisah kawin paksa dimulakan dengan kebencian, dihiasai dengan pertelingkahan dan kononnye di akhirai dengan gembira. Juga kisah keruntuhan institusi rumah tangge, menengking suami sesuka hati, memukul isteri sepuas rase. Tidak lupa juga kisah keruntuhan moral remaja dengan hidup bertuhan cinta lantas Islam diletak dibawah tapak kaki.

"sape suruh tengok"

"dah rumah xde astro oasis"

"tv 9 tanyalah ustaz dan ustazah kn ade, tengok la"

"dah, Halaqah dan semanis kurma pun tengok"

"dah tu nak ape lagi.."

-_-" ok, xnk ape-ape dah....

Saturday, February 23, 2013

Terima Kasih Ibu


Bukan mudah tugas seorang wanita biarpun hanya duduk dirumah. Kagum dengan kebolehan, ketabahan dan kesabaran ibu mengendali semua kerja rumah dan menghadapi semua cabaran sendirian. Dua tahun tanpa pendengar dan penyokong setia bernama suami. Macam-macam yang telah dirasai, mehnah dan masalah yang mengoncang menjadiakan kubu hatinya semakin kuat. Tali yang kelihatan usang nampaknye melakat teguh pada tempatnya. Siring dengan usia yang semakin bertambah dan kedutan diwajah yang semakin jelas, begitu juga ilmu dan imannya kian bertambah dan segar. Matlamat dan jalanya tidak lagi kabur. Allah dan syurga!

Ulang tahun ibu yang ke 53 kemarin kami sambut sederhana.....Selamat Hari Lahir Ibu ^_^

Monday, January 14, 2013

Politik Matang : Islam dan perjuangan



Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.

Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.

 Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."

Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid. Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t. Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan. Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah. Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam. Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.

UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'. 'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut. Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim. Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil. Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.


 UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama? Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri. Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'. Mereka tidak perlu terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama. Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik. Sumber



"Ternyata jelas kesukaran, mehnah dan tribulasinya apabila pergerakan Islam didaftarkan sebagai parti politik. Berbanding jika didaftarkan sebagai NGO atau sekadar persatuan. Cuma bezanya ialah, kebijaksanaan dan hikmah perjuangan Rasulullah SAW bukanlah dengan sedaya-upaya mengelak daripada menjadi bahan serangan musuh Islam. Jalan yang dipilih Rasulullah bukanlah jalan yang selesa dan penuh sukacita. Denainya penuh duri, luka dan darah. Apapun, kesemuanya mesti saling melengkapi, bukan cantas-mencantas..

Biarpun dikatakan PAS berpakat dengan PKR dan DAP, tetap PAS yang memiliki hikmah dan kebijaksanaan para ulama'. Pakatan dengan PKR dan DAP tidak menyanggahi hukum agama. Pakatan dengan mereka bukan keputusan yang lahir di kedai kopi. PAS akan tetap PAS selagi Al-Quran dan Sunnah jadi pegangan..