• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Monday, October 29, 2012

Final year Final sudah : Berkahwin

video

Lucu yang teramat sangat.**(^_^)**

Tapi ape yang dikisahkan tu amatlah betul sekali [kesalahan tatabahasa]..Kawin ni ragamnye amatlah pelbagai..Berkongsi pengalaman rumate yang telah berstatus isteri dan bakal naik pangkat menjadi Mama.. Tahniah rumate..maaf tidak dapat mengulas lanjut, FYP sedang menunggu..doakan saye grad ye kawan-kawan..

Tuesday, October 23, 2012

Penyediaan Insan


Pagi esok, test kedua untuk semesta ini. Human Resourece Managemant kelas paling best dan lecture paling cute Dr Rohani (^_^)v. Subject menarik yang bercerita tentang pengurusan sumber manusia bermula daripada menyediakan definasi kerja, menggaji pekerja, memberi penghargaan dan menjaga hubungan aset terpenting sesebuah syarikat ini. Dalam subject ini, manusia yang bernama pekerja dikatakan terlalu bernilai "valuable" terutama pekerja yang memiliki bukan sahaja ilmu dan teori tetapi juga praktikaliti yang baik dalam sesuatu bidang. Tambahan lagi, pekerja sebegini juga tidak boleh diganti dengan apa-apa yang lain "cannot be imitate and no good substitude". Saya nak jadi pekerja yang memiliki spesifikasi sebegitu ... amin Ya Rabb

Ilmu ini bukan rake cipta ana sendiri, HRM ni ilmu yang wajib dipelopori oleh semua syarikat-syarikat yang besar. Bukan itu sahaja, semua perkara memerlukan HRM yang baik dan efisyen..pengurusan sumber manusia seharusnya bermula dari diri sendiri, bagaimana mengenali, mengurus dan mengembang potensi diri, seterusnya dalam keluarga, ibu bapa membuat perancangan untuk memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna disamping menyuburkan akhlak yang mulia seorang muslim dalam diri anak. Dalam konteks masyarakat pula, bi'ah solehah bermula dari pemilihan ketua, imam, ahli jawatankuasa kampung, dll untuk memastikan kesejahteraan setiap anggota masyarakat. In fact, dikampus-kampus juga perlunya HR yang baik untuk memastikan setiap paksi peniagaan dalam bidang pendidikan ini berjalan lancar menepati kehendak pelanggan.

Menerjah ke ruang yang lebih luas iaitu konteks sebuah negara kata ulama,konsep sesebuah negara pertamanya ialah pembangunan insan. Ruangan ini lebih besar kerana di peringkat ini sesebuah negara tidak hanya melihat dari sisi pandang seorang pemimpin tetapi sisi pandang seorang rakyat. Penyediaan manusia itu tidak mungkin bermula dari sekolah menengah dengan adanya sekolah-sekolah asrama penuh dan kolej-kolej universiti sahaja. Pendidikan itu perlu bermula dari rakyat yang paling kecil iaitu kanak-kanak. Bermula dari pembelajaran pertamanya di Tadika, Taska, Taski atau Pasti. Selain itu, elemant-elemant penyediaan manusia itu juga merupakan aspek penting yang harus ditekankan dalam pendidikan insan. Tidak mungkin agama itu dibelakangi kerana agama itu adalah cara hidup. Maka tidak dapat tidak, pembinaan insan yang sempurna dan yang sahih haruslah mengikut acuan Islam start till the end of the process.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( al-Baqarah [2]: 208-209)"

Maka tidak asing lagi, subject HRM ini adalah subject Islam yang juga dipanggil Tarbiyyah iaitu mempersiapkan manusia untuk menjadi hamba Allah. Itu sahaja pengulungan saya, saya minta diri dulu. 

Monday, October 22, 2012

i-Inova : Allah itu Maha ADIL

The only thing yang best hujung minggu ni

Hidup yang tidak adil, kerana dunia itu tidak pernah pun adil. Baru bace aritkel Dunia Tempat Berpenat..Allah terus bagi modul on the spot. Terduga hati, mata sikit lagi nak berjurai air hujan (T_T). Nafas seolah-olah tersekat namun bibir tetap digagahkan untuk mengukir senyuman. Duhai hati yang terluka, bersabarlah kerana bukan kamu sahaja yang Allah uji. Para rasul terdahulu juga turut diuji dengan lebih getir lagi.

Minggu yang tidak dapat digambarkan. Jasad menuju ke Nilai dengan hati yang tidak pernah tenteram meninggalkan UTP (sayang juga aku pade u ini) dan sebab-sebab yang tidak dapat diceritakan (tenangkan hatiku dan ampuniku wahai Allah). Final Year Project orang lain yang di tambah baik dan dibawa bertanding dalan i-innova USIM minggu ni kisahnya dapat bronze.

Yang bestnye, hari kedua yang memboringkan, ana pun ambil kesempatan untuk explore project orang lain sendirian(nak tambah pengetahuan am la kononnya). Unfortunatly, I discover that amat payah rupenya nak mendekati booth pameran ni. Perlukan kesabaran dan keberanian. Mane tidaknya, ade penjaga booth yang baik dan senyum, so mudah untuk didekati. Nasib malangku tengah hari ini mendekati booth yang meriah bahan pameranya, tiada tetamu lain yang berkunjung berlainan dengan booth disekelilingnya yang meriah menusia berkunjung.

"Xde orang, boleh la g tengok..macam menarik je booth ni" monolog sape tah..

Tak tunggu lama, kaki dihayun mendekati booth tersebut. Senyuman di beri dengan maksud "boleh sya tahu projek Puan"..malang tidak berbau, petanda buruk menjelma..senyuman tidak berbalas..senyumku kendurkan sedikit, cuak!! Kali ini lidah menutur kata "boleh saya tahu, project puan"..petanda aneh, tangan diangkat dan jari telunjuk menuding ke arah poster..kepalaku mengangguk paham

"Awak nak tahu ape sebenarnya, awak tibe2 je datang ni" katanya, kekerutan mula menjelajah seluruh mukanya yang berisik.

"Erkkk.."Lidahku kelu..ade kesakitan disitu

"Awak nak ape ha..tibe2 je" tanyenye lagi,serius

"Erkkk,xpe2" kalini menakutkan, kalau diikut hati rase nak menangis pun ade..nak lari balik melaka pun ade (Nilai ngan Jasin 1jam je)

Ape lagi, undur diri dengan duka citanya..akal ligat berfikir.."Penat kot, ramai orang datang tengok booth de..dah berkali2 explain"

Begitulah ragamnye i-inova. Ade yang senyum xboleh dikawal, ade yang emo xboleh dikawal. Orang datng booth salah, orang xdatang booth pun salah. Ade yang dilayan baik ade yang dilayan kurang baik. Em, xboleh ke semua dilayan dan memberi layanan yang sma?? Knape orang biasa yang datang berkunjung xmendapat layanan yang istimewa seperti apabila pengadil datang?? Adik-adik sekolah teknik Klang yang berkunjung ke booth tidak dilayan sama separti apabila tetamu terhormat Vice Chancellor USIM datang ke booth. Bukankh itu tidak adil.

 Jawapanye tentulah tidak. i-inova, tetamu yang berkunjung ke booth kite ni berbeza-beza tahapnya. Tidak mungkin layanan untuk VIP dan judges sama seperti layanan kepada pelajar2 skolah teknik. Mestilah kite selaku penjaga pameran akan explain menggunakan bahasa yang formal,sedangkan untuk pelajar skolah perlu penjelasan yang ringkasa dan lebih mudah difahami. Orang kata bercakap dalam bahasa yang sesuai dengan audience kite. Barulah mesej sampai dan kite tidak menzalimin mereka.

 Therefore, betulkah sangkaan dunia ni tidak adil?? Adakah Allah tidak adil dalam memberi ujian dan rezeki?? Mengapa para rasul mendapat ujian yang amat berat?? Mengapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin (kesalahan sistem kapitalis itu memang punca utama..no offence) Namun harus diimani bahawa Allah itu Maha ADIL. Kerana sifat Adil Allahlah Die memberi ujian dan rezeki mengikut tahap kemampuan dan kefahaman. Lagi tinggi imannya,lagi berat ujianya. Bukan Allah tidak adil, tetapi itulah bukti keadilan Allah.

 "Orang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain. 

 Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata. 

Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.  

Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!” 

 Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat: Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat! 

 Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

Monday, October 8, 2012

ALLaH aDa DiK



"Kenape menangis?" tanyaku lebut
"Takut" Jawapnya dalam tangisan yang tidak berbunyi
"Takut??"soalan terus dilontarkan dengan penuh rase ingin tahu
"Takut tak boleh buat, mak ayah letakkan harapan yang tinggi" lantas air matanya diseka
"Awak anak sulung?"
Kepalanya mengangguk perlahan.

Perbualan ringkas dengan seorang pelajar tingkatan 5 Maahad Ihya' As-Shaarif Gunung Semangol. Hati seakan-akan mengerti isi hatinya. Hanya mata yang tidak menzahirkan, mungkin telah kering sebelum kaki sampai ke tanah bertuah itu. Kuasa Allah memberi ketenangan dan kerehatan di bumi perjuang tersebut. Mencari semangat untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang dan penuh liku.

Peluang yang mandamaikan tatkala mendampingi seorang wanita muda yang kelihatannya begitu kental dan bersemangat. Hakikatnye masih seorang insan biasa, hamba yang Maha Esa dan wanita yang penuh kelembutan jiwa. Syukran Ustazah. Semoga kite jumpa di destinasi yang kita sama-sama tuju.

Tuesday, October 2, 2012

KeredhaanMu

video


Dalam fasa ribut yang agak kencang (^_^'') Ya Allah bagilah saye kekuatan untuk saya hadapi fasa-fasa hidup yang getir ini. Saya tak miliki apa-apa tanpa rahmat dan kasih sayangMu wahai Allah. Saya tak mampu hadapi semua ujian ini tanpa pinjaman kesabaran dan ketabahan dariMu wahai Allah. Saya bukan sesiapa didunia tanpa ihsan dan belas dari Mu wahai Allah. Saya tidak mampu bertahan lama lagi tanpa pinjaman iman dariMu wahai Allah

Ampunkan semua dosa saya wahai Allah. Saya tahu saya selalu lalai dalam mengingatiMu wahai Allah, saya juga tahu amal soleh saya terlalu sedikit untuk saya jadikan bekalan menemani diri saya kelak. Wahai Allah saya tahu saya seraing ulangi kesalahan yang tidak wajar saya lakukan. Ampuni saya wahai Allah. Berilah saya kekuatan meninggalkan semua kelalaian dunia ini. Berikanlah saya segala kebaikan dalam perjalanan saya untuk menemuiMu wahai Allah yang saya rindui.

Wahai Allah saya pasti saya bakal merindui dan mengenangi saat-saat yang getir ini. Semoga ia menjadi kekuatan pada saya kelak dalam memahami erti hidup sebagai hambaMu yang beriman wahai Allah. Semoga saya menjadi hambaMu yang lebih baik nanti dan istiqomah di jalanMu ini wahai Allah.