• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Friday, August 31, 2012

Bits Raya

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Google publish gambar bunge raya pada main pagenya sebagai meraikan usia kebebasan negara kita yang ana kira sudah agak tua...sekejap tadi, ana terbaca satu quotation yang menarik...katanye lebih kurang begini "freedom is not doing whatever you want to do, freedom is doing right thing according to Al-Quran and Sunnah without fearing other people" sambil angkat tangan tunjuk no 1. Macam gambar bawah ni..

Hari ini, tidak bercadang untuk bercerita tentang kemerdekaan sebab UTP dah hantar 2 3 bas ke Stadium Bukit Jalil untuk himpunan mahasiswa sempena hari merdeka...Bukan main semangat sek-sek dio pakai baju merah menyala...Mahasiswa agen pengubah negara 1 Malaysia 1 Matlamat 1 Tekad..Radio pun sedang hangat memainkan segala jenis lagu berjenama merdeka..khabarnya Lunch di Stadium makan KFC dan McD..Siap ade pop kuiz lagi [ ade paparazzi update kat FB]

Cerita yang lebih menarik hari ini ialah batch BITS stand for ICT & BIS July 08 buat majlis makan-makan sempana hari raya Aidilfitri. Untuk julung-julung kalinya diri ini menjejakkan diri ke program Bits. Maaf ye kawan-kawan, sebelum ni selalu nak datang tapi selalu bertembung dengan pelbagai aktiviti lain. Invitation majlisnye bermula seawal 8.30 pagi.

"sungguh ke depa ni nak buat awal-awal pagi ni"
"pagi-pagi tak panas kot, yela tempatnya kat oval park UTP tengah padang tu"
"oo"
"kne bawa payung sakali ni"
"bawak-bawak"

Pagi-pagi usai solat subuh berjemaah dan tazkirah ringkas di common room V5, dapur rumah kami kecoh. Chef Arina dan kepit idungnye sedang beraksi. ^_^ ape lagi, lipat telekung, sing-sing lengan baju, tolong skali uli tepung pulut. Ada yang semangat iron baju raya, yang tak berbaju raya iron baju tak raya, yang ade baju raya pula takde tudung raya..so pakai tudung sponsor =_='' ...yang lain mencari kemera DSLR yang boleh dipinjam untuk merakamkan wajah ceria kanak-kanak tahun akhir ini. 8.50 Pagi dua kereta terpacak di parking oval park.

"mana semua orang" masing-masing dah merungut
"diorang baru bangun tidor" kata si penganjur
=_="" dah dijangkakan

Tidak lama kemudian satu persatu sampai....then let those pictures tell the rest

kami antara orang yang paling awal sampai..
photoshot area jambatan V6 ^^

 tidak lama selepas itu, amoi-amoi kiut ni pun sampai
yang oncall ni interframe amoi..sorry =_=''

 makanan yang berkhasiat dikala exam week
ada juga nasi impit kuah kacang
tapi sudah lenyap ke dalam perut2 yang tidak diketahui

warganegara Malaysia yang beraya dikala exam week
[kecuali beberapa orang tetamu negara jiran]

Aktiviti sebelum penutup
ucapan selamat dan maaf bermaafan bersama kengkawan
Selamat Hari Raya
Selamat Bergraduasi

bergamba dengan cikgu HOD CIS Department, Dr.Fadhzil 
ambil berkat untuk paper last 6hb nanti..i'allah A
I really admire his brown CR-V...boleh test drive??

Ada banyak kemere time ni
so ade banyak gambar..
facebook  mari

Sunday, August 26, 2012

My dream House..

Dah berada di UTP semula untuk pertarungan yang getir 30 hb nanti. Dua hari berkampung dalam kereta menyebabkan seluruh jasad terase kurang sihat. Jumaat menekan minyak dan memutar stereng ke ibu kota Malaysia..makan kuih dan makan angin sekali gus. Sabtu menjadi penumpang menuju ke destinasi bukan pilihan, tetapi paksaan [xnak balik UTP.....] dan hari ni sedang membuang mood raya untuk mencari mood study. Mengali-gali muka buku untuk mencari sesuatu yang tak pasti, namun semuanya kelihatan sangat membosankan. Mengudam folder gambar dalam komputer, juga tidak mencapai expectation hati yang tidak keruan [mood raya masih bersarang dalam minda.."otak kata jangan hati pula kata ya~~"]. Tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan. Sekadar membiarkan jari terus berlari-lari atas keyboard tanpa matlamat.

.......mungkin music boleh membantu.."Rabbani - Mana Milik Kita"...........

(^_^)v terapi yang membantu...orang senilah katekan..sebut pasal seni, pernah suatu ketika dahulu ana bercita-cita nak menjadi seorang arkitek. Nak design rumah sendiri, rumah dua tingkat yang sederhana besar [kalau besar payah pulak nak kemas] Ada laman yang boleh dijadikan ruang rehat dan santai dengan pokok-pokok tropika hijau yang menyejukkan suasana rumah, berlantaikan rumput hijau yang menyegarkan pandangan.


This is the best picture [selepas google] yang boleh describe my dream [sederhana la sangat]. 
Kerete CR-V dan Swiff tu pun kalau boleh free gift beli rumah (^_^)v


Laman yang berpagar for safety,cume pasu-pasu yang mahal tu mungkin tak perlu pun..
Gazebo tu memang menarik tapi kalau takde bumbung, macam tak berfaedah juga rasenya.

Pernah juga bercita-cita menjadi seorang interior designer untuk decorate ruang-ruang dalam rumah. Kecik-kecik dulu ana idamkan ada bilik solat khas untuk solat jemaah, majlis ilmu, usrah keluarga dan mengaji al-Quran. Dekorasi ala timur tengah. Akan ada juga bilik baca yang memuatkan semua buku kesayangan ana yang ana kumpul dari kecik. Cume buku-buku UTP je ana dah jual, tak sanggup menatap buku-buku tebal yang memberi mimpi ngeri pade ana..


Ini sebenarnya dekorasi ruang mandi, tapi ana suke tingkap yang ala-ala mimbar tu
Lampu dan cermin yang sangat arabic juga rak yang sederhana untuk telekung dan sejadah
So, ruang macam ni boleh diolah mengikut kesesuaian dan cita rase individu


This might not be the best picture untuk bilik bace ana, 
tapi this might be the best color describe me and my future house
rumah sekarang pun warna temanye hijau..ibu pun sangat fenetik hijau..-_-"

Bilik dan ruang-ruang yang lain tu nantilah kite cerita lagi kalau ade mase. Stakat ini dahulu entri yang tidak dirangcang ini. In conclusion, this is my dream house when I was small. Nama pun "dream"..boleh jadi ianya tercapai, boleh jadi ianya hanya tinggal mimpi (T_T) ..Kite merancang Allah merancang, namun yang terbaik adalah perancangan dari Allah. He know the best, therefore be good. Wassalam

Saturday, August 18, 2012

Raya 2012



"esok adik kene puase lagi"
"ae, mane ade..esok dah raya"
"adik kene puasa, sebab adik ponteng haritu"
"ala, adik tak sengaje"

Begitulah keletahnya sepupu ana dirumah. Tak ramai pun. Raya tahu ini mungkin hambar seperti raya sebelumnya. Thanks to Busu yang memeriahkan keadaan seawal pagi tadi. Masak lembu, ayam, itik, cendawan, ketupat....esok nak buat koktail ke dadih?? belum tahu lagi, tengok mood dulu (^_^)v

I'allah harapnya esok, semoga keberkatan yang mengiringi kerinduan kami kepada orang-orang yang dirindui. Petang tadi dah ziarah pusara ayah dan nenek. Termenung sendiri dibuatnya melihat kubur yang semakin meluas. Semakin ramai yang telah pergi...Diri ini juga akan menyusul i'allah. Persiapkanlah aku Ya Allah..Hari raya kali ini, semoga amalan semakin meningkat dan membuahkan iman dan semangat perjuangan.



To sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati, semoga berbahagia semua..Last time raya as undergraduate student. Raya-raya juga..lacture note dan assigment jangan dilupakan 30Hb ade 2 paper menanti..Distributed computing and my beloved Strategic Management..Doakan ana buat yang terbaik untuk semesta ini. I Love study..

Monday, August 6, 2012

Zaid Najmuddin



Pagi ini ana mengodek-godek youtube mencari nasyid-nasyid baru. Tiba-tiba tergerak hati menonton satu video rancangan akhir Adik-adikku. Terkagum, terkesima dan teruja melihat persembahan adik Zaid Najmudin. Wajah dan suara seindah namanya. Ada gaya seorang pemimpin masa hadapan. Gaya menjawap soalan begitu islamik. (^_^)v SABAR dan SOLAT

Friday, August 3, 2012

Nawaitu



Sedang duduk di kafe Village 4 meja paling tepi menghala ke asrama puteri. Bingit suara television tidak diperdulikan. Mata tertumpu kearah seekor kucing yang sedang minum air dari dalam sebuah cawan plastik.

"tak lenguh ke lidah kucing tu menjilat air yang jauh kedasar cawan"
"kalau manusia tu, pegang je cawan tu pas tu teguk skali je dah hilang haus"
"kucing kene jilat sikit-sikit, bile nak hilang dahaga, kesian.."

Monolog sendiri terberhenti. Berkerut dahi, melihat satu tangan yang mengambil cawan, menggangu kucing tersebut minum..

"knape ambil cawan tu, kesian kucing ni belum habis minum lagi"

mata terus mengekor pergerakan cleaner lelaki, terlihat pula troli pinggan-pinggan kotor seakan-akan nak membuang cawan tersebut ke dalam tong sisa makanan

"xkan nak buang kot............"
"ooo (^_^)v"

Senyuman terukir dihati, rupe-rupenya cawan itu dipenuhkan semula airnya dan diletak di tempat asal untuk kucing tu minum lagi..

Rezeki itu dari Allah


"Dan tidakkah mereka memerhati, bahawa kami mengarahkan awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan ternakan dan mereka sendiri dapat makan darinya. Maka mengapa mereka tidak memerhati?"
[as-sajadah : 27]

Pandangan seorang insan yang daif; kucing pun nak minum dan rasa dahaga. Lalu diturunkan rezeki baginya nikmat air yang menghilangkan dahaga. Itulah nature dan kitaran alam. Maqam yang lebih tinggi huraian ulama..dengan penuh rase kagum mengakui dan mensyukuri nikmat yang diturunkan dari Pencipta. Analogi yang dikisahkan oleh Imam Al-Ghazali r.a. Ibarat orang kaya yang membeli seekor anjing, lalu di ambil seorang hamba untuk menjaga anjing tersebut dengan baik, beri makan dan menjaga kesihatan. Apabila tuannye datang sekali-sekali anjing yang dibeli itu menyalak, kejar dan terkam. Ini kerana tidak kenal Tuan Sebenarnya. Yang terlihat hanyalah budi hamba yang menjaganya setiap hari.

Begitu juga kisahnya kebanyakan manusia kini. Tidak lagi mempeduli tuannya yang sebenar. Dari siapa datangnya makanan dan pakai jika tidak dari tuan yang menciptakan, tetapi yang terlihat hanyalah budi seorang hamba yang juga dibawah takluk Tuhan yang maha besar. Duit, beras, minyak, gula, tepung dirasakan datang dari usaha sendiri. Sabsidi dan bonus pula adalah budi yang tidak dapat dibalas sehingga kemati. Sehingga kata bidalan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Kata-kata inilah sepatutnya dilihat dengan mata hati dan kejernihan rohani. Hanya orang-orang yang berilmu akan menghargai oksigen. Orang yang berilmu juga yang bahagia tatkala hujan turun. Orang yang berilmu juga yang tahu siapa yang lebih berbudi.

Melihat hakikat penciptaan tuhan dengan ilmu. Beras asalnya padi tumbuhnya dari pokok padi hasil suburnye tanah dan air akhirnya kembali pada Yang Maha Esa. Manusia tidak patut lagi tersasul dalam bab menghargai Nikmatul Ijaadah dan Nikmatul Imjahar. Kerana semuanya datang dari kuasa dari Allah Yang Maha Berkehendak. Janji siapa yang ditepati, hanya janji Allah yang pasti akan ditepati.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."


[an-Nur: 55]