• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, June 26, 2012

UTnM

"Assamualaikum Dr. Suzi""Waalaikumsalam haa Isma..ape cerite?"
"huhu..Dr. boleh saye jumpe Dr..asyik tangguh-tangguh je"
"orite, kalau macam tu datang Khamis pukul 12"
"boleh-boleh..."
"but I've got class, so kalau I lambat you tunggu kat office ye"
"okey Dr..thank you." (^_^)v

Semesta ni ana tidak register untuk FYP II tapi plan tu complete at least 70% prototype and report. Supaya semesta depan lebih mudah dan fokus untuk plan selepas bergraduasi juga all out gerak kerja  yang boleh digerakkan. Banyak yang perlu difikirkan. Planning untuk diri sendiri sebagai pekerja bermajikankan manusia dan bermajikan Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai sahabat dan pelbagai lagi...Cume, dalam mase terdekat ni perlu plan untuk balik kampung dan menghantar Umar ke kelinik kesihatan. Kos yang diperlukan untuk rawatan kali ni agak memberangsangkan (^_^)'' ..Ya Allah sucikan hartaku..ameen.

"along jadi tak balik minggu ni??"
"huhu, along tersalah tengok kelendar la ibu..mid sem minggu depan start hari rabu"
"la, minggu depan la baru balik rumah"
"ha'ah..i'allah"
"ibu baru beli cat..ade 4 tong"
"erk..ibu nak cat rumah jugak ke?? bukan cat rumah tu elok lagi ke??"
"mane eloknye, dah tertanggal-tanggal dah..ni dah nak raye ni"
"oo ibu tunggu along balik ae..nak cat luar ke dalam??"
"luar je..dalam, nanti la dulu...."
"ooooooo, ibu beli warna ape??"
"purple dengan oren rasenya.."
"macam-macam......

Tu die, pesta warna-warni dah nak bermula. Jom balik kampung. Ade urusan lain juga nak diselesaikan..Moga-moga Allah permudahkan..

Hari ini dah 6 Syaaban, Rejab baru sahaja beredar..tak lama lagi Ramdhan nak ziarah..Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk kite bersiap-siap untuk masuk ke Universiti Tarbiyyah dan Mujahadah UTM. Dah bersedia ke semua?? Masyaallah, peringatan untuk diri sendiri yang semakin lalai. Bulan mulia nak datang, bulan yang Allah nak beri sebanyak-banyak pahala..rohani dan jasmani dah sedia. Kalau syawal begitu dinanti-nanti, ramadhan apetah lagi.

Umpama nelayan nak menjala ikan. Pagi-pagi ambil sarapan untuk alas perut dan tenaga, jala dah di sediakan sejak semalamnya, sampan perlu dibaiki untuk keselamatan. Doa dibaca seawal meninggalkan jeti [ni ana agak2 je, xpernah ade pengalaman jadi nelayan]..Apa pun semua pekerjaan pasti ada persiapanya. Guru, ada alat2 mengajar, jurutera ada kelengkapan keselamatanya, doktor ada stateskopnye dan polis ade pistolnye..Pelajar yang nak masuk asrama lagilah banyak harta-benda yang nak dibawanya.


Macam tu jugalah kite. Apa peralatan kite nak bawa semasa nk masuk UTM ni. Puasa sunat dah mula ke? Qiammullail dah ok ke??. Sedekah dah hulur ke?? banyak lagi ibadah yang dianjurkan dalam islam. Ape lagi sahabat-sahabat moh le kite beramal. Kalau kite sayang ALLAH, ALLAH juga akan sayang kite..Makhluk dilangit akan kenal dan cinta pada kite..sedang makhluk dibumi juga akan kasih dan tenang bersama kite..


Monday, June 18, 2012

Kera oh Kera

"Is this monkey!!??" suara seorang lelaki kulit hitam separuh menjerit, menerjah gegendang telinga ana
"heee..I think so.." ringkas ana menjawap.

Lucu melihat reaksi mukanya. Takut tambah malu dan marah selepas dikejar seekor kera UTP. Bersungguh-sungguh benar die berlari sampai habis seliparnya melayang. Ana yang baru balik dari berjoging, ketawa sendiri. Memang tak boleh nak digambar bersungguh-sungguhnye dia melarikan diri dari kera yang bertaring panjang tu.


Sebut pasal kera ni, UTP ni ade tempat-tempat yang terlalu amat sangat eco-friendly. Ade pelbagai jenis haiwan kera, biawak, babi hutan, ular dan pelbagai lagi. Semuanye tidak menggangu manusia kecuali si kera. Habis dapur asrama dikemasnye, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau si kera ni datang, kami hanya mampu menjerit dan lari kedalam bilik je. Haiwan ni bahaya, silap-silap hari bulan, dapat 15 jahitan kat badan. Alhamdulillah masih belum ada kes seumpama itu dilaporkan diUTP..masih selamat untuk dihuni oleh 10 000 pelajar pada masa akan datang.

Ana memetik satu kisah dalam buku Al-ghuraba' karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan, tentang mencontohi kebaranian Rasulallah. Kisahnya mudah, suatu hari ketika dalam perjalanan Rasulallah menemani bapa saudaranya Abu Talib untuk berdagang ke Yaman, baginda telah melihat seekor unta jantan yang liar dan buas, lalu Rasulallah pergi bersendirian menjinakkan unta tersebut sehingga hilang liarnya. Baginda ketika itu berumur 17 tahun, kire-kire kite masa form 5 dahulu. Hebat Rasulallah!!

Entry ini bukan, untuk menyeru kite supaya menjinakkan kera-kera UTP, atau jangan lari kalau nampak kera. Wajib bagi umat islam memelihara jiwanya dari perkara-perkara yang mengundang bahaya. Sama juga hukumnye seperti manusia menghisap rokok yang boleh membunuh. Juga harus bagi kite membunuh haiwan yang membawa mudharat. Kera boleh mambawa maut kalu menyerang manusia.

Cume pengajaran kisah Rasulallah ini, bukan hanya keberanian baginda tetapi hubungan dengan makhluk selain manusia..masa ana sekolah rendah, ade sorang cikgu kata..kalau nak tahu kite ni penyayang atau tidak haiwan suke pade kite. Kalau pergi ke aquarium, ikan mari kat kite..Ana xpasti kesahihanya. Tapi ade logiknya. Haiwan mempunyai deria yang lebih tajam. Boleh jadi haiwan boleh rase aura baik seseorang melalui sixth sense mereka. Tetapi lain pula Pak Belang atau ikan jerung memang suka manusia. Mereka tak pilih-pilih, tapi ana rase mereka lagi suka yang aura negetive...(^_~)v  just joking.

Boleh jadi, unta yang Rasulallah jinakkan itu dapat merasai baiknya akhlak dan peribadi insan bernama Muhammad, walaupun ketika itu baginda belum diangkat menjadi rasul..teladan pade kite untuk sentiasa berkhlak mulia pade Allah, manusia dan haiwan. Rasulallah tidak membunuh unta tersebut untuk dimask gulai, tetapi menjinakkanya..



Sunday, June 10, 2012

Modul Muhasabah



"Abang selalu ziarah kubur ayah?" suara dikuatkan, separuh menjerit melawan angin sepanjang perjalanan ke pusara ayah

"kadang-kadang je, xde sape nak bawak" kate abang sambil membetulkan topi keledar yang longgar..

"abang ajak la selalu, orang yang dah meninggal ni, macam orang yang hidup juga..sunyi dan suke kalau ahli keluarganye slalu datang menziarah..kan abang kate abang rindu ayah.." perbualan diteruskan selepas moto diparking..

"em..along bile lagi nak balik" jawap abang ringkas lantas mengubah topik..budak lelaki memang macam tu rasenya, tak suke dilecturekan..panjang je akal mengubah tajuk perbualan kalau tidak disukai...

Dalam satu kuliah ustaz Azhar Idrus berpandukan satu buku hadith yang ana lupa tajuknye. Menziarahi kubur ini feadahnye tidak hanya kepada orang yang sudah meninggal tetapi banyak pade orang yang datang menziarah itu sendiri. Apabila melangkah je dalam perkarangan kubur, suasana dan hati merasai satu perasaan yang lain. Bukan perasaan yang macam nampak H__tu, tapi perasaan sayu seperti menjalani sesi muhasabah ESQ. Mungkin ini yang dinamakan terbiyyah atau modul muhasabah dari Allah di kawasan-kawasan yang terkandung 1001 hikmah.

Perasaan yang memungkinkan untuk kite menangis sendiri. Merasai seolah-olah ajal kian mendekat dan malaikat Izrail yang berada disisi, memerhati gerak geri. Hari ini, aku hadir menziarahi pusara ayah..entah berapa tahun lagi, mungkin aku pula yang diziarahi oleh sanak-saudaraku..bersediakan aku?? Itulah muhasabah terbaik manusia. Macam juga kite memandu kereta..dalam keasyikan memecut 180km/h, kereta kita melintasi satu kemalangan ngeri..kereta diperlahankan, dan timbul rase takut. Picu minyak dilepaskan sedikit..dan perjalanan diteruskan dengan berhati-hati...kerana aku, tidak sanggup mengalami nasib seperti itu...

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran ayat 185)

Wednesday, June 6, 2012

Orang yang berjaya




Ana dah lama xlogin facebook. Mungkin tiada apa yang menarik untuk di belek. Aktiviti yang selalu ana buat jika login ke laman tersebut pastinya mengintai dan menyiasat dinding muka buku kak ngan dan abang, tagging-taging, liking-liking dinding orang lain atau menconteng sesuatu di dinding muka buku sendiri. Memang tidak menarik. Hari ni terjumpa pula lagu Devotees yang menarik ni di dinding sahabat muka buku..Rentak perlahan tapi semangat dengar. Ana jarang meminati lagu berentak perlahan..sikit-sikit je..

"Bila masanya menjelma, kejayaan akan menjelma..."

Mood study datang dan semakin berbunga-bunga rase nak study (^_^)v. Terdetik dalam hati, mungkin juga mengakui kata-kata kakak-kakak senior suatu masa dulu. "nanti kite akan rindu waktu-waktu kite menuntut di kampus ni.." banyak perkara yang student boleh buat tetapi orang yang dah bekerja tak boleh buat. Menghargai curahan ilmu dari lecturer-lecturer yang pemurah lagi baik hati. Memenuhi masa-masa lapang seorang pelajar dengan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah dan makhluk ciptaanya. Bahagia dalam keadaan bebanan tanggungjawap yang belum menggunung seperti orang-orang dewasa yang bekerjaya dan berkeluarga.

Ana tak nak jadi orang yang rugi, harini sama seperti semalam, tak mahu juga menjadi orang yang gagal, apabila harini lebih teruk dari semalam..tapi bercita-cite menjadi orang yang beruntung, orang yang harini lebih baik dari semalam, semalam ana menuntut ilmu dengan ustaz, hari ni i'allah nak bersama-sama sahabat di surau v4 pula. Harini buat Assingment 1 esok siapkan Assigment 2 dan jumpe lacturer..I'allah..perancangan manusia..sedang allah juga merancang....[Semalam, terpijak tahi kucing masuk dalam BKM Adah..Kesian kereta Adah, ade perfume baru..harini boleh pijak tahi ayam cicak, supaya tak teruk dari semalam]

Tuesday, June 5, 2012

Sahabat penguat semangat


"Isma makin kurus"
"Akk rase awak makin kurus"
"Saye tengok akak sekarang dah kurus"
"Kurusnye akak..."

Mane ade, ana same je..jawapan selamat..Tapi memang betul pun. Ana alhamdulillah sihat sejahtera. Mungkin faktor cuaca yang agak panas dan musim batuk dan demam yang berleluasa. Diri yang lemah ini tidak tertinggal dari diuji oleh Allah. I'allah sedang mencari kekuatan dan saki-baki tenaga untuk meneruskan hidup dan melaksanakan tanggungjawap menjaga anak-anak dewasa di UTP..Juga sedang mencari semangat belajar..di akhir-akhir tahun pengajian ni, mood belajar semakin berkurang...mengapa?? Kurang pasti..

Namun ade satu kisah menarik yang ana nak kongsi dengan pembaca sekalian. Perihal sahabat-sahabat rumah ana..sebahagianya ade dalam gambar dan sebahagianya ade dalam hati..(^_^)v..alhamdulillah Allah ikat kami dalam satu ikatan yang amat kukuh. Ikatan Islam dan perjuangan. Semua ade karekter yang unik dan berlainan, tapi banyak yang sama perangai..Mai dan Basirah paling ceria, tempias2 gembira dan bahagia mereka tersebar pade semua orang tak kira dimana pun mereka duduk. Orang sedih pun terubat dengan keletah mereka..

"Mai bahagia..." Basirah, tangan ke dada mata ke atas...


Ziha orangnya jiwa-jiwa sikit. Bukan jiwang tapi feeling..Slalu tnye khabar sahabat, walhal duduk satu rumah dan nampak hari-hari..Lembut tapi keras, ayu tapi garang..K.Rai cool sokmo, diam-diam berisi..kalau melawak tu bukan main hiperbola-bola api..pecah usus duduk ngan kak rai, best 'Lawyer' yang kami ade. Fizah dan Arina, semangat sokmo..cakap semangat, ketawa semangat, wat keje sume semangat dan yang penting laju speed 5..slalu siap awal dari orang lain.



Zarith chef yang paling dikagumi, lebih garam, lebih cili, kurang gula..sihat dan mengenyangkan..nak makan ape, sebut je...30 min kemudian i'allah siap. Allah tempatkan bilik mu betul-betul depan dapur Alhamdulillah..Hayu ni pulak suke main saraf, serangan dalaman..sebab tu, mood study die consistent, walaupun orang lain tengah xde feel nak study..gerak kerja memang power laju dan pantas..air mata pun laju, tapi orang xnampak..tu yang ana kate ni budak saraf..


Kami sume dalam bidang yang same, Techies!! 4 akan grad semesta ini, 5 lagi akan meneruskan perjuangan lagi 1 semestar sehingga January 2013..dah tak tahu nak tulis ape......ana mencari kekuatan untuk study ni, assigment dah ade 2. Project dah bermula...Doakan ana dan umar supaya keep healthy..