• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Friday, January 28, 2011

Semesta 4 di UTP


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dapat juga ana tulis sesuatu direct dan fresh dari kepala ana. Posting yang sebelum2 ini ana tulis di rumah dan upload bila dah ade internet di UTP. Sekali-sekala di rumah tu, idea nak bercerita datang tiba-tiba. So, on laptop dan tulis di dalam word. Duduk di rumah dalam tempoh masa yang lama kali ini, banyak memberi ana ruang berfikir dan termenung. Bukan termenung kosong tapi, ade la....mane boleh bagitahu antum(^_^).

Kenape cuti panjang kali ini ana duduk rumah sahaja? Selalunya ana merantau seantero dunia. Kalau ikut plan, memang dah rancang untuk menghadiri macam-macam aktiviti, namun tidak disangka-sangka Allah telah rancangkan sesuatu untuk ana sekeluarga. Sehari selepas ana membeli tiket pergi dan balik UTP untuk menghadiri Kemah Ibadah, ayah ana ditimpa musibah. Alhamdulillah ayah selamat, cuma berlaku kecederaan di bahagian spinal cord [saraf tunjang] mengakibatkan ayah ana tidak dapat bergerak seperti biasa.

Syukran kepada sahabat-sahabat yang datang menziarah dan memberi bantuan. I'allah esok ana akan ke HKL untuk teman ibu yang jaga ayah disana. Ayah sapatutnye menjalani MRI [Megnetic Rensonance Image] Rabu lepas, tapi sebab ade besi kat kepala dan tangan, ayah telah pun ditahan wad. Semoga ayah cepat sembuh. (^_^) ayah kuat !!

*****
Di UTP lain pula ceritanya, desas-desus yang ana dengar akhirnya telah dikenal pasti kesohihanya. Ana pasti, bukan ana sahaja yang blur dengan berita itu, coursemate ana sumenye pun begitu. Sewaktu Head of Department CIS (HOD) memberitahu bahawa kami akan berinternship/ berpraktikal pada semesta hadapan, keadaan kami semua senyap, tidak gembira dan tidak pula sedih. Sebelum ini kami di beritahu bahawa kami akan berpraktikal pada bulan September, namun telah di awalkan ke bulan Mei.

Resume tak buat lagi, tempat intern pun tidak ada dalam bayangan lagi. Bukan itu sahaja, subject pun banyak lagi yang perlu ditarik untuk memastikan semesta akhir nanti kami tidak terbeban. Em, banyak solusi yang dicadangkan oleh HOD kami, sampai kami jadi kompius. Nak tambah semester ke nak graduasi awal ke nak tarik subject banyak-banyak semesta ini ke.Dugaan-dugaan. I'allah apa-apa pun hati ini bermunajat dan bergantung kepada Allah. Semoga keputusan kami adalah ilham daripada Allah. Jom buat resume !!

Tuesday, January 25, 2011

Stess, tension, boring..

Stess, tension, boring.. ialah toksin baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Ditambah pula dengan kecanggihan era moden millanium kini, pelbagai cara digunakan untuk ‘kononnya’ menghilangkan rasa itu. Yang lebih mengejutkan, kanak-kanak seawal 10 tahun pun sudah pandai mengeluh kebosanan dan boring.

Teringat perbualan ana melalui khidmat pesanan ringkas (sms) dengan beberapa orang adik-adik sekolah rendah yang menghubungi ana selepas mengenali meraka dalam beberapa siri kem motivasi. Rata-rata makhluk kecil yang baru mencecah sekitar 10 tahun ini akan bertanya soal cinta dan kekasih. Apabila disiasat dan bersoal jawap semuanya mengaku boring dan sengaja mencari teman berbual [end up couple]. Jika si kecil pun sudah pandai berpacaran untuk menghilangkan boring, apatah lagi si besar. Maka jangan kita tanya mengapa kes buang bayi, semakin menjadi-jadi kerana jawapanya sudah dapat kita ramalkan.

Sebagai Muslim ana yakin kita seharusnya sibuk beribadah. Tidak kira ibadah asas, ibadah umum atau pun ibdah sunat kerana ibadah bukan hanya tertumpu di atas tikar sembahyang sahaja. Belajar itu ibadah, menolong ibu bapa itu ibadah, membuat kerja sekolah itu ibadah, bersenam dan beriadah itu ibadah. Asalkan perkara yang kita lakukan mematuhi hukum syara’ dan di niatkan untuk mencari redha Allah, semuanya dikira ibadah. Jadi apa lagi alasan untuk kita mengatakan bahawa hidup kita kosong dan lesu?? Tidakkah semua itu memanuhi masa terluang kita??
Pucuk pangkalnya cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Adakah kesenangan dan kegembiraan sahaja yang aku cari? Kerana harus kita ingati bahawa, didalam hidup ini bukan hanya ada kegembiraan. Jadi fikirkan bagaimana akan kita hadapi kesedihan dan kekecewaan yang mendatang. Teringat ana akan sepotong lagu nasyid dendangan kumpulan nasyid Firdaus
“ lalu untuk apa air mata telah dicipta, bukan hanya bahagia yang ada di dunia”.

Peringatan ini untuk ana yang dikongsikan kepada pembaca sekalian kerana ana yakin, peringatan itu bermakna untuk manusia yang seringkali terlupa. Tidak semestinya hidup yang gembira itu tidak diberkati Allah kerana, boleh jadi kegembiraan itu juga nikmat Allah. Namun, bijaksanalah dalam menilai nikmat Allah agar kelak kita tidak hanyut dalam keselesaan dunia. Ibarat Qorun, yang terpedaya dengan harta dunia.

Monday, January 24, 2011

Peringatan kita bersama


“eh, apesal engkau tak pakai tudung pulak ni? Ni kan luar rumah” tegur seorang wanita kepada jirannya dihadapan jiran-jiran yang lain. Merah padam muka si Jiran menahan malu.

Cuti yang sangat panjang semesta ini, menemukan ana dengan pelbagai kerenah masyarakat di kejiranan ana. Sesekali gelagat dan tingkah mereka ana perhatikan. Kelihatannya manusia kini semakin berani dan lantang bersuara dan tidak terkecuali diri yang menulis ini. Tidak ana nafikan bahawa kelantangan suara sedemikian ada baiknya. Namun dari perspentif lain, yang keras hanya boleh dilembutkan dengan sesuatu yang lembut juga.

Adap dalam berdakwah juga menuntut kita untuk bijak dan berlemah lembut. Sesiapa yang menasihati saudaranya secara rahsia, maka ia telah menasihatinya dan mengelokkanya dan sesiapa yang menasihati saudaranya secara terang maka ia telah membuka tembelangnya dan memburukkanya. Ada juga buku yang ana baca mengatakan bahawa jika menasihati secara terang, ia seolah-olah menelanjangkannya.

Ana yakin kita semua adalah manusia yang mempunyai kekurangan dan kecacatan; dan menjadi kewajipan orang Islam untuk memberi petunjuk sesama mereka tetang kekurangan dan keaiban yang ada pada mereka. Lataran seorang mu’min adalah cermin kepada saudaranya. Di antara sifat orang-orang yang beriman ialah mereka sama-sama memberi peringatan tentang kebaikan dan kesabaran.

******
Begitulah al-kisah ragamnya si masyarakat... Salam pembukaan, buat diri ana yang baru pulang ke UTP untuk meneruskan lagi pelayaran ilmu di kampus Tronoh ini. Berbekalkan azam, semangat dan roomate baru insyaAllah semesta ini diharapkan antum juga bersemangat seperti ana untuk meneruskan misi dakwah di bumi Allah s.w.t. Maaf atas keadaan blog yang lama dibiarkan sepi..namun alhamdulillah lalang yang tumbuh di tepi blog ini belum pun panjang untuk menutup ingatan ana terhadap blog yang ana kasihi ini. Nantikan post2 yang baru (^_^)

wallahualam

Saturday, January 1, 2011

Nasyid oleh Rabbani - Anak Soleh



selamat menjadi anak yang soleh dan solehah
taat dan patuh kepada kedua ibu bapa serta
berbakti kepada keluarga