• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Saturday, December 31, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih (Lirik



Abang: xde sape nk bukak lagu ke?

Along: abang nak lagu ape?

Abang: Sedetik lebih....

Along: kanape abang suke sangat lagu ni

Abang: entah, seday kot..

Along: oo

Angah: dah macam orang bercinta dah

Abang: kalau along dengan angah bercinte boleh la dengar lagu ni


Along, Angah, Ibu gelak sekuat hati. Hehe, budak kecik ni cakap ikut sukati die je. Entry kali ini kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama kami mengharungi tahun 2011 ini. Jika nak di flash back semua, mungkin perlu 7 hari 7 malam. Terutama sahabat-sahabat ana yang sentiasa di belakang ana dalam apa keadaan sekali pun.

Azam tahun baru telah disetkan ke?? i'allah sebelum tidur malam ini, pastikan antum buat perkara-perkara ini. Sebagai tanda syukur kepada Allah dan semoga melangkah dengan tenang dan menemui kebahagiaan pada tahun hadapan.SATU maafkan semua orang. DUA doakan orang lain. TIGA berterima kasih kepada semua orang terdekat.

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)

Tuesday, December 27, 2011

Tentang Angah

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hari lahir budak bernama Angah. Kak ngah! Masita binti Ishak. Yes! this is my younger sister. Telah genap umurnye 20 tahun 1 hari. Ana jarang bercerita tentang angah mungkin sebab telalu banyak cerita yang tersurat dan tersirat antara kami. We are very close. Umur yang dekat membolehkan kami selalu bertukar dan berkongsi cerita sejak kecil sikit. Dari sekolah rendah sampai sekarang banyak yang cerita yang tidak terungkap.

"mana satu adik mane satu kakak??"
Soalan yang sering membuat angah bengang, ana pula akan senyum dan perasan muda. Wajah kami memang berlainan, sehingga ada yang kata kami ni kawan. Ramai orang kate Angah ikut muka ayah, bulat! Along tak rupe mane-mane tapi iras-iras wajah keluarga sebelah ibu. Pulak.....ade juga yang selalu beza-bezakan kami Along macam ni, angah macam tu. Apa-ape jelah.


Angah solehah (^_^)v

Tentang Angah. Seorang adik yang tabah dan kuat. Gadis yang bertanggungjawap dan independent. Angah ambil lesen lebih awal dari ana. Kancil biru telah lebih setahun dimiliki dengan duit scholar JPAnya. Ana kira angah lebih banyak laksanakan tanggungjawap along die yang selalu merantau ni. Hal ehwal keluarga banyak yang berada ditanganya.

Tentang Angah. Manusia yang unik dan baik hati. Mungkin juga seorang pendengar yang baik juga seorang yang tidak berkira dengan orang lain. Suke tolong orang. Agak keras perwatakan luaran dan sukar dimanipulasi tetapi dalam hati "ade taman tergantung Babylon" (^_^)v...Ade cite-cite yang tinggi juga suka meletakkan high expactation pada orang lain sehingga selalu melukai diri sendiri.

Tentang Angah. Angah ni terlalu unik. Susah nak cerita kisah dan perwatakanya. Mengenali angah sekali imbas orang kate SOMBONG dan GARANG!! Tapi mengenalinya perlu ikhlas dan mendalam. Ada sesuatu yang istimewa dan kompleks. Dr Fadhlilah Kamsah kata, anak kedua sangat unik dan extra. I extremely agree with him.

Tentang Angah. Happy birthday dear sister. Semoga sentiasa sihat, ceria dan dilindungi rahmat serta kasih sayang Allah. Selamat masuk semula ke sesi pembelajaran baru 2012 and score good result. Congrats for your successful internship programme. Jom cepat-cepat grad and kerja. Mom need us. hope you'll find you real special one soon.

Friday, December 23, 2011

Al-latif Maha Lembut

Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar semua pembaca yang ana rindui?? (^_^)v Seriusly, sangat terlalu amat merindui Hatikubermunajat (^_^)v. Kini telah empat hari di kampung halaman. Hari pertama; hibernate meredakan kelelahan dan kepenatan 3 hari beraktiviti bersama peserta camping Xchallenge di Masjid Al-Azim Pandan Indah dan berkelah di Bukit Cahaya bersama sahabat-sahabat intern buat terakhir kali sebelum memulakan semesta baru tahun hadapan. Hari kedua; keluar ke pekan Jasin untuk urusan Harta pusaka dan penukaran alamat pada IC dan membaiki komputer. Hari ketiga; menguruskan urusan Pilihan Raya [ana bukan bertanding] tetapi daftar sebagai pengundi selepas umur genap 21tahun 1 bulan 4 hari dan membuat perlaburan kewangan. Proud to say i'm Malaysian. Hari keempat; double "ing" shopping dan blogging.All right..em..where should I start?? Banyak benda nak dikongsikan sampai tidak pasti harus dimulakan dari mana.....

SATU : Alhamdulillah telah menamatkan sesi internship di PETRONAS Carigali KLCC..Juga merindui warga Planning Department.Hari terakhir yang amat mengharukan, dapat solat Maghrib berjemaah di surau As-Syakirin yang diimami oleh Senior Manager DPL sendiri, kebetulan yang menakjubkan. Ana hadiahkan buku karangan Ustaz Pahrol pada 3 orang terpenting DPL which is my beloved SV and boses. One of them text me the day after say "my son and i really like the book. More thanks" "no problem bos"

DUA : Umar dah berada di rumah, tapi comot la kamu..belum basuh kereta lagi. Adeyh, nak hantar kedai mana plak yer? Ibu dah perli "kete dah macam bawak masuk ladang..xpe xyah basuh kete tu, nanti warne die pudar" Ops..ok mom i'll clean it up tomorrow. I'allah akan bersih sebelum kite pergi melancong ke rumah orang-orang yang berwalimah.

TIGA : "Along gi buat kerja".."ye, ye, sedang ni" Final internship report wait for me. Baru siap 10 pages..40 more..sibuk panjat pokok rambutan dan memakannye(^_^)v.. Sekarang musim hujan, tak boleh kerja keras sangat, baju banyak tak kering..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Ok! pelbagai alasan! Remember you need to submit it before 6th January 2012..

EMPAT : "betul ke handphone hilang ni??" "percaya la isma, kali ini betul-betul hilang, bukan cobaan dan mainan..it's gone" Maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan..The number that you call, is no in service [mechine TM]. Maaf kepada sesiap yang dapat reply mesg berbunyi " Thanks @ Ok...em, sape ni ye? sori handphone problem [actually missed](^_^)v kerana nombor anda hanyut bersama handphone yang telah 4 tahun digunakan. "Along, kenapa xnak beli handphone baru?" "buat ape, nanti along keje, along nak beli handphone canggih-canggih" angan-angan Mat Jenin.


LIMA : Kata-kata selembut rasa cinta entry blog Ustaz Pahrol. Dua tiga hari ini, asyik bergelumang dengan isu rumah tangga..tangan dah berinai..oh no! not now..xpaham kan? no need to understand..anda dan ana masih kecil untuk bercakap perkara yang rumit ini. Lets make it simple for "teenagers" like us.

Love this quote so much
"“Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Bukan selembut sutera, atau selembut sotong kering masak sambal tumis. Tetapi berkata-kata dan bertindak sesuai dengan keadaan. Memudahkan urusan dan menyenangkan hati ramai orang [semua orang itu agak mustahil kerana every human are different]. Menjadi penyayang dan disayangi. Menyayangi keluarga dan sahabat-sahabat. Disayangi juga menyayangi masyarakat.

“Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Kerana itu, wanita dimuliakan dan diangkat darjatnye setanding lelaki dengan kurnian sifat lebut dan kasih sayangnya. Indah wanita itu bukan pada wajah dan pakaianya.. Tetapi kata-kata dan akhlaknya.

Wednesday, December 14, 2011

Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | 우...

Wednesday, November 30, 2011

Tutup Aurat

"Astaghfirullah,pakaiannye" bisik hati.

Ana terus memaling muka, tak sanggup melihat sekujur tubuh gempal yang dibalut sendat dari kepala kekaki. Semuanya tertutup rapi Alhamdulillah tetapi mengapa harus sempit?? Ana tidak mengerti.

Aku juga manusia yang amat tidak sempurna dan banyak kesilapan. Terlalu banyak kesalahan yang harus aku tebus degan kebaikan. Bantuan dan peringatan harus selaluku semaikan untuk menyubur rase cinta dan patuh pade perintah ALlah. Untuk diri yang tidak sempurna dan saudara-saudara seagama yang dikasihi.


Thursday, November 24, 2011

Faktar

Sebelah kiri ada kanak-kanak ribena, dari kanan Khaulah, Uwais dan yang kuning tu Aina [orang kate ade iras2 ana mase kecik- memang kuit muit]. Mereka ni anak sedara ana sebelah ibu, cucu kakak sulung ibu ana [gambar yang sebelah ibu ana tu]. Sebut pasal kanak-kanak, ana pernah membaca tentang 10 kanak-kanak ajaib dunia cume kurang pasti ini sohih atau tidak sebab tiada sumber asal dinyatakan. Malaysia pun tersenarai, iaitu adik Adi Putra yang bijak dalam bidang Math. Ade yang bijak melukis, bijak menyanyi dan petah berkata-kata.

Cuma...mereka sememangnya ajaib,dan pasti akan lebih ajaib jika acuan pendidikanya adalah Islam. Contoh mudah, Imam Syafie, beliau lebih bijak lagi. Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia 9 tahun,beliau hafaz Al-Quran. Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik. Kini karya beliau masih lagi diikuti dan namanye disegani hingga kini.

Agak-agak ape yang akan kite corakkan pade anak-anak kite nanti?? Jadi pelakon, penyanyi, peniaga dan pelbagai-bagai 'pe' yang lain. But just bear in mind that, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinye. Inilah fakta.

Thursday, November 17, 2011

Shoe Could Talk

“cantiknye wages hitam tu”
“comelnye sandle die”
“sopannye sandle coklat tu”
“complicatednye, kasut ape tu”

Ini antara komentar-komentar yang selalu terlintas dalam fikiran ana apabila memerhatikan kasut orang sekeliling. Ana yakin ramai juga wanita-wanita diluar sana yang memiliki minat macam ana, minat pada kasut, tapi beli belum tentu lagi. Kasut baru yang fesyen-fasyen jela, yang old style tu kureng sikit

Search saje google image, pening kepala tengok. Yang tumit tinggi sampai boleh buat buat galah gait buah nangke ade, yang tumit halus boleh buat pencongkil gigi pun ade, yang bunge sejambak kat depan, yang ade katak tepek kat tepi pun ade, yang berkilat macam lantai marmar pun ade, yang tali halus boleh buat mancing ikan, yang lobang sejemput kat depan, yang macam jala ikan, yang tali panjang berselirat macam wayar telephone ade, yang nipis macam ketas surat khabar, yang muncung ikan todak kat depan, yang koyak kat tepi, yang riben sebesar dulang pun ade..pendek kate macam-macam pattern.

Pada ana yang minat seni kreatif ni, I’ll say..it is a good things. Ana minat dan ana kagum dengan design kasut yang pelik ni. Minat tengok je, pakai tu kene solat istiqarah banyak-banyak. Takut ade yang pengsan, tak dapat terima penampilan baru ana [baru duduk 7 bulan dah hilang arah -tapi ana penah duk KL 2 tahun ok, I’m seserian remember!]. Testing 123 tu mungkin boleh la. Don’t deny fitrah wanita suka benda-benda yang cantik. Pada sahabiah yang baru intern KL be prepared for ‘some’ changes. It’s call as feminization. Housemate termasuk ana semua telah mengalami, keadaan yang mane virus-virus feminine dan hormone keperempuanan semakin meningkat. Count how many wages in our house, almost 6.

Sesetengah orang suke perhatikan kasut orang lain, bukan nak kate baik menundukkan pandangan sokmo tapi [mungkin juga] tahukah anda kasut boleh bercerita tentang siapa tuan yang sedang memakainya. Shoes could talk. Ana suke dengar kasut cakap..kat bawah ni antara interview ana dengan beberapa jenis kasut.

Kasut macam sebelah ni akan cakap kat ana “orang yang pakai aku ni, suke melawa, sebab die pun memang lawa…die ni berani dan berkayakinan tinggi..tapi yang aku xsuke sangat tuan aku ni seksi, letih dah nasihat suruh tutup aurat, pakai stoking, tapi die tak nak, guane”

Komen kasut kedua ni “ aku rase tuan aku [xkenal sangat, die baru beli aku]ni jenis santai-santai sikit..aku biasa die bawak g tempat2 yang lesure macam tempat2 peranginan..tapi kalau incase tuan aku pakai aku gi ofis dalam meeting…komfem tuan aku ni jenis macam tuan kawan aku yang kat bwah ni”

Si selipa cakap “Tuan aku ni jenis xkesah, kasut besar daripada kaki die pun die slambe..ape yang ade depan pintu depan rumah die tula yang die bedal..janji beralas kaki..xkire la baju tu wane merah, kuning ke biru..aku yang warne hijau ni jugak yang die sebat..”

kasut last ni pulak dengan comelnye cakap “tuan aku ni memang cute macam aku…die ni ceria riang ria raya, femenin dan manja gitu..die paling suke riben-riben yang ade kat atas muke aku ni..yang aku suke pasal tuan aku pulak, die ni sopan je, tu yang seronok jalan-jalan dengan die”



Monday, November 7, 2011

Medical Info :Do you know??

New experience and new knowledge today. Thanks doctor for the info. I just realize that our body not only need oxygen, but really appreciate the existence of carbon dioxide CO2. My mom was fainted today. As usual, it's complicated to say but Alhamdulillah nothing serious. We went back home safely after about 4 hours waiting and hearing the lecture from the doctor. One of the topic was, leck of CO2 in the body cause blackout [just like electric circuit].

Then, as usual again..I'm start google'ing and I found this...[ow, my very little sister had just get her satellite few weeks ago]

"Reduces the CO2 concentration level in the bloodstream, below the normal 40 mm of Hg, thereby resulting in an increased level of pH value. Since CO2 increases the acidity in the blood, a low CO2 level leads to increased alkalinity in the blood. This, in turn, leads to the constriction of blood vessels that supply blood to the brain. Moreover, transport of essential electrolytes for the functioning of the nervous system is also reduced. Low level of CO2 in the bloodstream, can cause cerebral vasoconstriction, thereby resulting in cerebral hypoxia. The symptoms and signs of this are:
• Visual disturbances.
• Anxiety.
• Transient dizziness in the person.
• Muscle cramps.
• Blackouts."


Click here to know more. The important of CO2 in human body.

Friday, November 4, 2011

Rezeki Allah Beri

"ni kucing sape bu" tanye ana.

"tak tahu kucing sape long, ade je kat sini" jawap ibu

"owh, banyaknye kucing rumah kite ni aek"

"kat stor tu ade lagi ke kucing beranak" kate ana lagi

"takde, tapi xlame lagi tu ade la nanti"

Stor sebelah rumah kami ni memang kerap jadi wad besalin kucing-kucing betina [memang la betina, xde lagi kucing jantan besalin]. Setakat yang ana dah kira, dah 5 kali sejak perasmian bangunan stor satu tingkat tu dibuat kire2 hujung tahun lepas.

"tapi kucing-kucing ni elok, bile dah besar je die pergi tah mane-mane"

"owh.."

Patut la ibu tak kisah. Setahu ana ibu ana tak minat kucing. Ayah yang minat. Dulu mase kat Serting, kucing-kucing suke datang rumah kami [walaupun xde stor-ade reban je] sebab ayah suke derma makanan kat kucing. Ana pun kadang-kadang join. Kali ni ibu ganti tempat ayah. Syarat ibu senang, nak duk rumah ni dan nak dapat makanan boleh...tapi jangan masuk dan kotorkan rumah. Nanti kene azab yang pedih menimpa kucing-kucing itu...

"knape ibu tak suke kucing"tanye ana suatu ketika dulu.

"buat ape bela kucing..xde faedah, kalau ayam boleh makan" jawap ibu...slambe

Ibu memang minat bela ayam. Sekarang dah ade dua reban ayam. Jumlah semuanya lebih dari 20 ekor. Tapi ayam ibu ni kurus-kurus je. Diet kot, tak macam ayam jiran sebelah yang tembam-tembam. Patut la ibu...

"eh, jangan buang...meh sini" sisa mi tidak jadi di lempar ke belakang rumah.

"nak buat ape bu" tanye ana pelik

"ayam-ayam ibu suke mi " jawap ibu sambil mengaut mi dari dalam pinggan

"hahaha...patut la ibu masak mi banyak" seloroh ana.Comelnya ayam ibu. Makan mi...Ape-ape je la ibu ni.

Dalam rumah kami 3 orang suka kucing ana, abang dan ayah...2 lagi kurang suke ibu dan angah. Tapi tetap tak dapat pemission bela kucing sebab ibu ade kuase veto.

"ibu, nak bela kucing.."

"tak boleh..nanti ibu yang bela, bukan along"

"ayah bagi bela..."

"nanti ayah keje, along sekolah...last-last ibu yang kene jage" hujah yang tepat, lantas terdiam pihak lawan...

Ana dah tak boleh kate ape-ape...ayah juga mati akal, kata-kata ibu terlalu betul. Kalau nak ade haiwan peliharaan, kene jage betul-betul. Nanti jika tidak dihiraukan, berlaku kezaliman. Name pun tanggungjawap. Kamu nak jage, kamu kene tanggung dan jawap di akhirat.

Alhamdulillah, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan tidak kita sangka-sangka. Haiwan ternakan yang sihat pun rezeki [kurus pun rezeki], haiwan peliharaan pun rezeki yang mendatangkan rezeki. Sahabat nabi digelar Abu Hurairah, kerana sifat beliau yang sukakan kucing.

"i'allah raye ni kite tumbangkan ayam-ayam jantan ibu yang selalu merayau rumah orang"

Wednesday, October 26, 2011

Pejuang Agama



Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka
Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/lirik-lagu-pejuang-agama-imam-muda.html#ixzz1bspSRKAH

Tuesday, October 18, 2011

Surat Untuk...

Assalamualaikum .... ,

Semoga awak ceria dan gembira selalu. Saya tulis surat ini sebab saye rindu awak. Fikiran saya selalu terganggu sebab fikirkan awak. Awak terlalu menarik perhatian saya sampai wajah awak selalu bermain dalam minda saye. Susah saya nak buat kerja. Bila pandang skrin komputer wajah awak selalu muncul. Hilang fokus saye nak buat weekly report. Project internship saya yang entah ape-ape tu pun terbengkalai sebab awak.

Awak..Awak buat saye selalu kagum pade awak. Karekter awak yang tegas lagi berani selalu saye sebut-sebut pade kawan-kawan saye. Kawan-kawan saye pun kagum dengan awak. Awak mujahid yang sangat bersemangat waja. Sebab itu saye pilih awak untuk jadi pendamping hidup saya disini. Walau pun saye ni tak pandai ambil hati dan jage awak, awak tetap sedia menemani saya apabila saya perlukan awak. Tahukan awak betapa sayangnya saya dan keluarga saya pada awak. Awak bawa keceriaan pade saya dan keluarga saya sejak pertama kali awak datang rumah saya.

Tapi awak, Maafkan saya sebab selalu tinggalkan awak sendirian. Saye tak mampu nak teman awak setiap masa. Saye tahu, saye kadang-kadang ambil ringan tetang awak. Bila perlu baru saya cari awak. Awak, saye mintak maaf sangat-sangat..Awak janganlah sakit-sakit selalu ye. Kalau awak sakit, saya akan lebih sakit fikirkan keadaan awak. Saya pernah pengsan fikirkan keadaan awak.

Awak yang sahabat-sahabat saye gelar sebagai Umar sebab nama sebenar awak WMR = uMaR. Tolonglah cepat sihat ye. Saye sedih, bila awak sakit. Saya memang tak mampu teman awak selalu sebab saya kene pergi kerja. Maaf juga sebab tak pandai jaga awak, dan biarkan awak berpanas, berhujan dan berembun setiap hari. Saya dah cuba yang terbaik untuk jage awak, cuma tak dapat nak sediakan garaj untuk awak. Tapi bile balik rumah, ade garaj besar khas untuk awak..sehingga bertemu lagi.

Kepada WMR5356




Compressor: Ini antara isik perut awak yang baru ditukar

Friday, October 14, 2011

Girls Socks

Out of nowhere I suddenly wonder, how on earth socks could exist? Then, as usual I start Google’ing. Then I found interesting info from Wikipedia.


“In the 8th century BC, the Ancient Greeks wore socks from matted animal hair for warmth. The Romans also wrapped their feet with leather or woven fabrics. By the 5th century AD, socks called "puttees" were worn by holy people in Europe to symbolize purity. By 1000 AD, socks became a symbol of wealth among the nobility.”



The owner of this sock normally could not wear it on their own
Year 1-2
The bigger the flower, the better you feel
Year 3-7

School socks, no choice!!
Year : 1st day school till you tired of wearing it

Night @ bad @ sleep socks
you fell sleepy, when you wear it




Sport sock

Year : Start from the day you discover how to wear sport shoe


We call it as, muslimah sock.
Ladies sock for normal day.


Wudu' sock

to ease the lady to perform their ablution


Big Toe sock.

you can wear slipper.

Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
(Hadis riwayat Abu Dawud.)




Feet or legs is, a part of woman's body that need to be covered. It's aurah.

Thanks Ms.Socks!! You provide us a method to cover our aurah.

Wednesday, October 12, 2011

Along, Abang, Angah and 8A

Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar semua? ana sihat alhamdulillah..antum tengah buat ape? ana tengah menaip entry baru dalam blog...(^_^)v Ini adalah style Abang kalau mesej dengan Along die - tanye dan jawap. Agak lucu, dan ana terperanjat sebab Abang dah pandai main sms [what do you expact, Abang dah 11 tahun...pekembangan yang baik as long as die tidak sms anak dara orang lain].

Abang : "Along dah balik..Abang dah balik. Along dah makan..Abang tak makan lagi.."
Angah: "Along send singgit kat hp ibu, Abang nak mesej"
Along :"ok" sangat malas membalas mesej mungkin kerana handphone kurang canggih dan kurang butang

Ana tidak pernah bercadang untuk menghadiahkan atau membenarkan Abang memiliki handphone dalam mase terdekat. Abang baru selesai ujian UPKK [which i already forgot what does it stand for] tapi itu ujian penting sekolah agama[mungkin sama penting dengan UPSR rasenye]. I'allah akan ada hadiah menarik menanti kalau Abang dapat 8A. Ade cadangan nak bagi ape??

Abang nak masuk sekolah integrasi. SBP, macam Along die cume nak islamik sikit. I'allah..tapi kalau dapat MRSM Jasin kan best, dekat dengan rumah. Hari-hari boleh balik, jalan kaki je. Time ana dulu pun, ibu dan arwah nenek selalu harap ana dapat MRSM Jasin. Tapi apakan daya ana dicampak ke Kuala Lumpur. Pengalaman yang sulit diceritakan tapi menarik.

Paksi untuk entry kali ini agak samar-samar. Cume secara konklusinye, sayangilah keluarga antum. Jarak bukan pemisah untuk membina hubungan yang akrab. Doa adalah kunci utama. Walau sejauh mana kita merantau, kite tetap seorang anak kepada ibu dan bapa kite, kakak dan abang kepada adik-adik kite atau juga adik kepada abang dan kakak kita. Tanggungjawap itu tetap ada dan menanti untuk dilaksanakan sebaik mungkin.


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkanNya."

Friday, October 7, 2011

Hudud: What say you?

Finally it’s Friday!! Alhamdulillah, still alive until know. I’m going home this evening, I’allah (^_^)v ..Ibu Along balik ni!! Can’t wait for your Laksa tomorrow..yum..yum..yum

Owh, below is an article about niqab that I copy paste from my mail box. It’s an old mail,but I just read it this morning. There are hundreds of unread mails in my mail box. Anyone would like to help?? 0/0/0/ No thanks, I’ll do it on my own.:P

This post, I write it on my own, entitle as above. HUDUD & QISAS!! What say you? I say, em…nooo..em..yesss..or perhaps, should I say…OF COURSE!! Why shouldn’t we??!!

“Cannot ma..we would lose so many hand. Who gonna work for our country after this? We cannot drive with one hand, it dangerous. After all, what should we do with the hands, even 1 sen people wouldn't buy”

“Wah, everyone in your country is a thief?! No wander your country is poor enough and dept all around. Even the Scorpene submarine don’t want to float..ish..ish..ish..Hopefully.. at least ,your Prime Minister’s hand remains safe after HUDUD is implemented. Or he might want to change his nationality to safe his hand.

Niqab: Yes @ No?

Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya. Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.

Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.

Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan. Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.


Bolehnya Menampakkan Wajah

Boleh atau tidak boleh menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Bagi meringkaskan perbincangan agar tidak memberatkan pembaca, berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis. Pembaca berhak mempunyai pilihan yang berbeza daripada penulis selagi mana pilihan itu berdasarkan hujah.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”

Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini. Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:


Dalil 1
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’, Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.

Dalil 2
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.


Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.

Dalil 3Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya, “Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”

Ummu Khalad berkata, “Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”

Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.

Kalau memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”

Dalil 4Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).

Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula?
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?


Dalil 5Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini?

Dalil 6Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.

Dalil 7
Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?

Dalil 8Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.


Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”

Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.

Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?

Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. Ibnu Hazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”

Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan
Wanita dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya. Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim, saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.

Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama
Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Jangan Bergaduh Soal Niqab
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”

“Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”


Pada Kesulitan Ada Kemudahan
Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).

Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.

Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan. Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam

Tuesday, October 4, 2011

New Interest : Jahit Manik

Currently I’m having a new interest which I do not know where does it come from. It is really complicated to say..but not the same as complicated relationship status that facebook had on the info. Maybe it is a new attraction toward my “free time”…

Menjahit manik or Google translate said it as “sewing beads”. Don’t know weather it right or wrong since my English is not so good Google translate always help me...but it is not the case that I’m writing everything in Malay and put it in the box then ask Google “dear Google please translate this article for me”… you know batter how Google translate work. Done with Google Translate!!

I just start my first step on sewing beads past few days. Can I say it...perfect!! My housemate will never bless that word for me..maybe the suitable word is…so..so or not bad. Sorry the picture would not be uploaded to preserve the originality :P

Just before this I was admire with flower and plan to ‘mengubah bunga’ or Google translate said as “change interest” good job Google!! You made it..but the cost is quit expensive so, I change my mind..Those are the pictures that I plan to try soon…pray hard form me (^_^)v





Friday, September 30, 2011

Wanita hiasan dunia

Suke pakai jubah?? Suke..suke..suke..gaya upin ipin..


Sekarang ni jubah telah didatangkan dengan pelbagai gaya dan fasyen dengan harga yang berpatutan. Semalam baru sahabat ana borong 2 helai jubah di Axis Atrium dengan harga RM85 sepasang. Memang menarik, ada yang dihiasa sulaman benang dan manik, ada juga yang menggunakan manik tampal. Fabrik pun cantik, mudah digosok dan tebal. Kemarin sahabat seorang lagi juga membeli sehalai jubah di kedai yang sama. Jubahnye dihiasi corak flora bertanah hitam kalau tak silap. Comel juga, ala-ala hawaii (^_^)v..


lepas ni kene cari tudung yang matching dengan jubah baru tu...

hehe..sahabat-sahabat sayekan banyak tudung...share la...



Ini fesyen kami berenam. Baju saye baju awak, baju awak baju saya juga..dan inilah wanita, baju, kain dan tudung mesti matching. Kalau yang lebih teliti tu, handshock dan stokin pun perlu harmoni dengan tema pakaian... Kalau tidak tak confident nak keluar rumah. Tidak semestinya perlu cantik, asalkan kemas dan tidak pelik mengikut kesesuaian majlis. Paling penting perlu menutup aurat dengan sempurna..i'allah.


Akhir-akhir ini, ana dapati ramai wanita muslimah yang suka menggayakan jubah. Comel dan anggun. Sesuai dengan gaya kesopanan seorang wanita muslim. Sejuk mata memandang. Akan tetapi apabila jubah itu dikecilkan mengikut bentuk badan, serinye seakan-akan hilang. Tiada lagi gaya sopan santun wanita muslimah. Kelihatan lebih garang mungkin...em, tak pandai nak discribe..tapi kurang enak dipandang


Semakin membimbangkan. Ana mandang jubah sebagai pakaian yang sangat mulia. Rasulallah sendiri juga suka memakai Gamis(sejenis jubah). Ini dikira amalan sunnah. Ana pun suke pakai jubah kerana mudah digayakan dan selesa untuk bergerak aktif. Cume, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang cantik berfesyen, dapatkan juga bonus pahala sunnah..

Thursday, September 29, 2011

Intro to RM, Intro to Islam, Intro to Jihad

Rindunye nak balik kampus. Masyaallah terlalu merindui sahabat-sahabat yang ditinggalkan di sana. Sesekali memejam mata, terasa sejuk udara pagi di Village 4 seusai solat subuh berjemaah di suraunya. Teringat pula sejuk air kolam tempat berenang yang sering ana dan sahabat-sahabat kunjungi sebelum intern. Terbayang pula hijau rumput di padang sekitar tasik UTP tempat usrah serta cahaya embun paginya yang menghiasi dedaun . Rindukan tiupan angin tatkala membonceng moto RH bersama tuanya sambil suara kuat terpekik-pekik berborak di atas moto. Rindu merempit moto merah KCP menghantar sahabat meeting di blok B.


Rindukan suasana UTP yang selalunye tegang dan sibuk. Teringat zaman-zaman yang begitu hectic yang meletihkan seluruh urat saraf. Bermeeting setiap hari dan bermusafir seluruh pelosok UTP setiap masa. Zaman dimana handphone sentiasa di tatap. Terkenang Village 5 yang seakan-akan rumah angkat, rumah kedua. Disitulah tempat melepak, tempat bergurau senda, tempat makan, tempat kerja, tempat menyepahkan barang-barang dan tempat segala-segala aktiviti manusia .

Teringat juga zaman-zaman muda, tatkala mula mengenali Rakan Masjid. 1st program yang ana ikuti ialah Intro to Rakan Masjid. Terkejut dan gembira kerana mendapati, suasana yang begitu mendamaikan di dalam Dewan Kuliah 1 ..suasana soleh dengan alunan music islami yang begitu mententeramkan. Bergetar hati, mengalunkan asma ul-husna bersama ratusan hadirin yang lain. Takjub, mengenali keindahan Islam dan perjuangan yang dibawakan oleh Rakan Masjid UTP. Luruh hati menatap satu persatu wajah zuhud barisan pimpinan RM.

Teringat juga zaman diri sendiri, berada dibarisan pimpinan RM. Perasaanye tidak lagi sama sewaktu melihat orang lain berdiri di tempat yang sama, kerana pastinya tanggungjawap yang digalas tidak sama. Kini lebih lega... Salam perjuangan kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang kini sedang bertungkus lumus menggalas tanggungjwap meneruskan perjuangan agama Allah dibumi UTP. Ana bukan produk terbaik yang dikeluarkan oleh RM, kerana ada yang lebih baik lagi..tetapi ana akui yang ana adalah produk yang berjaya mengenali indahnya perjuangan Islam melalui RM. Intro to RM and Intro to Islam and Intro to Jihad.



INTRO TO RAKAN MASJID UTP
DATE : 29.09.2011
TIME : 9.15-11.30 PM
VENUE : UNDERCROFT, CHANCELLOR COMPLEX

RECRUITMENT DRIVEDATE : 30.09.2011 & 02.10.2011
TIME : 9.30-11.30 PM
VENUE : LR 7 & LR 8

Tuesday, September 20, 2011

Syukuri nikmat tuhan yang Esa

Alhamdulillah, progress report berjaya disiapkan beberapa minit lalu. Presentation slide pun dah di send pade supervisor dan menanti komentar juri-juri profesional dan juri awam. Khamis ini ana akan present project progress dalam depertment meeting. Gerun + cuak sungguh!! Tapi dalam kegerunan yang tidak berapa gerun ni sempat juga menghadiri Open House di Level23. Makan...Makan ...Makan...Open House @ Open Department sempena hari raya yang empat ana hadiri dalam tempoh kurang dari 3 minggu Syawal. Alhamdulillah, duk KLCC terutama PETRONAS memang tidak akan kelaparan kecuali puase. Meeting makan, tak meeting pun dapat makan, jamuan dan potluck conferm-confern makan.

Dah macam-macam jenis makanan yang ana tidak penah jumpa, ana masukkan dalam perut yang tidak berapa besar ni...testing...testing 1,2,3 la katekan...tak percaya tanya Ziha, Hayu dan housemate ana. Siap tapau balik rumah la katekan. Al-maklumlah, rezeki jangan ditolak bala jangan dicari. Rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka, semuanya milik Allah. Kita hanya menumpang dan meminjam. Apa yang penting bukan kerjasama tetapi bersyukur.


Potluck menyambut Ramadhan..baru potluck belum kenduri..



cube teke yang mane ana bawak?


ini baru potluck and open house DD.

Merdeka raye..kek bendera

Monday, September 19, 2011

Hikmah Kembara : Kawan perempuan

Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini dipanjangkan usia. Dalam kesibukan menyiapkan project intern dan kucar kacirnye progress report, sempat ana juga ana mengakses kebeberapa blog yang baru di update. Cemburu dan Ceria [double C] maka dengan penuh semangat ana juga sign in blog dan click ke NEW POST.

Hari ini mood kerja kureeng. Mungkin kerana letih badan tidak kebah lagi. Semalam jam 9.30mlm ana tiba di KL. 6 jam lebih kami, team kembara kawin Perak duk dalam kereta. Bukan kami yang kawin tapi menghadiri walimah senior Kak Izzati. [gambar dari blog Kak Zarinah]

Perjalanan balik bermula pada pukul 3 petang di hiasi Jem dan Roti di sepanjang jalan ke KL. Silap planning, inilah akibatnye. 0o0o0, kami bertiga yang dimaksudkan adalah ana, zarith dan hayu. Sahabat intern lain join team kembara kawen Kedah. WMR kurang sihat, so sampai Perak sahaja yang dapat dicapai. Asif Kak Hani dan Kak Dijah sebab tidak dapat hadir ke walimah kalian. Hantar wakil intern je..

Minggu lepas ana bersama tujuh sahabat intern, travel untuk kembara raya ke Selatan. Dapat cover 3 negeri Johor, Melaka dan N.sembilan. Alhamdulillah perjalanan yang sangat menarik dan banyak pengajaran. Tidak berseri juga tanpa ujian dan halangan dari Allah. Untuk mendidik kami erti kehidupan. 2 buah kapal angkasa [WMR dan ADH] dipacu ke selatan Malaysia seawal 11malam Sabtu menuju ke Yong Peng.

Tiba ke rumah Ziha pada pukul 2 pagi [pagi-pagi dah beraya rumah orang...ish2]. Jam 10 pagi Sabtu bertolak ke Rengit rumah Cik Mah, Ummu Maisarah. Berubat, main cabutan betuah, makan dan bersembang....jam 6petang bertolak ke Melaka rumah Kak Raihan. Dinner lauk ayam masak merah yang sedap dan lazat. Jam 10 bertolak ke rumah Puan Maimunah, Ummu Isma dan bermalam di sana. Ummu Isma ade Kelas dengan pak cik JPJ pagi Sabtu...semoga lekas dapat lesen ye..nanti kite rempit same-same :P...
Ahad kembara diteruskan ke Negeri Sembilan rumah Zarith yang juga berdekatan dengan kediaman lama ana. Lunch lauk ayam masak cili padi orang nogori, memang podeh tapi sodap!! Rehat dan bersembang, jam 3 singgah ke rumah Kak Lang kepada Zarith di Jelebu. Makan soto!! Kemudian balik ke Kuala Lumpur menuju ke Pandan Indan.

Kembara berakhir jam 10 malam.....Orang kate pengembaraan atau musafir selalunya mengajar kita erti pengorbanan, bersyukur, ilmu yang luas, dan tawadhu'...yeke?? Antum rase macam mane?? Ana bukan seorang yang orang kate some sort of "suka bejalan" sebab ana lebih suka beraktiviti dirumah. Tetapi menyedari bahawa bermusafir bersama sahabat-sahabat dapat mengeratkan ukhuwah disamping pelbagai lagi hikmah yang tersirat disebaliknye, mengembara yang bukan berjalan-jalan biasa adalah perkara yang ana selalu nanti-nantikan... Berbekalkan bajet dan masa yang sesuai...i'allah ..ana hutang kembara ketam...
Wallahualam.



Di Rumah Zarith sufia N9...Lomang Paneh

Thursday, September 15, 2011

5 KM/H Difference



Would this change your mind about speeding? For me, it is!! I watch this video, 1st time during Balik Kampung Campaign conducted by HSE department. It did change my mind when I see on my naked eyes the effect, when accident happens. From there, I promised myself to slow down my speed. Previously just after I get my license, I drove WRM to my hometown with speed of 130-140km/h in heavy raining. Kak Raihan was the witness. Mybe for some of you, it is normal. Nothing weird. It just 130km/h. But!! for me, at that time I know it was very dangerous!! but then, thinking nothing will happen I just ignore it. As long as I could reach my hometown as soon as possible, nothing will stop me. Alhamdulillah, I am still alive until today. Allah safe me. Belum cukup amalan dan banyak dosa mungkin..

..By the way, Selamat memandu sempena ziarah raya dan kenduri kendara..Pandu cermat jiwa selamat..if YOU are speeding YOU are not just killing yourself but also people in your car ..stop SPEEDING and stop being a KILLER!!

Thursday, August 25, 2011

Paktikal : Raya diKampung

"eh, un'sangke'rabla.."
Tegur En. Yazarinan yang lebih mesra dipanggil En.Nan membuatkan ana tergelak kecil. En Nan Manager Business Planning yang juga merangkap SV 2 menyapa ana yang sedang khusyuk buat ketupat daripada riben-riben untuk hiasan pejabat. Mungkin tidak menyangka ana boleh mengayam ketupat.

"meh la buat sekali En.Nan" ana mengajak, sekadar berbasi-basi.

KLCC sekarang ini sedang meriah dengan segala hiasan untuk hari raya. Ana juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga apa yang termampu. Pelbagai jenis hiasan dipasang di pelbagai sudut, membuatkan mood raya semakin meriah. Bagi perantau-perantau seperti ana, perasaan untuk pulang ke kampung itu semakin membuak-buak. Bak kate orang " Badan je kat office, hati dah ade di rumah". I'allah esok ana akan drive pulang ke Melaka. Bos dah bagi kebenaran keluar awal, mungkin lepas Lunch Hour. Perancangan awalnye, ana akan pulang sabtu pagi kerana bimbangkan jem di tol Sg Besi dan Nilai. Tetapi setelah menelefon ibu...

"along bile nk balik?? baju banyak tak siap lagi..kuih raye belum buat lagi, ibu baru beli barang mentah, tunggu along balik..langsir pun baru nak gunting, tak siap jait lagi ni"

Em..nampaknye banyak assigment menanti..So, kene balik awal. Sahabat-sahabat pun akan pulang pada hari jumaat. Hayu tiket ke Perak pukul 7 petang esok. Mai dan Ziha pulang ke Johor, Zarith ke negeri Sembilan dan Fizah ke Terengganu semuanya telah awal membeli tiket balik kampung. Jadi amat dukalah jika ana tinggal sendirian untuk menunggu hari Sabtu. Kak Raihan yang sepatutnye pulang sekali dengan ana, kerana kami jiran sekampung, telah pulang hari ini. Takziah kepada Kak Raihan atas pemergian mak ciknya semalam akibat accident kereta.

Cik Yati, Manager Business Performance juga merangkap SV yang ana sayangi akan pulang ke Kelantan pagi esok. Selepas sahur katenye tadi selepas memberi ana dan seorang lagi trainee duit raye. Alhamdulillah, dah dapat duit raye(^_^)v . Kak Ilya, Kak Nabila dan Kak Fateh yang beraya di Kuala Lumpur kelihatan tenang mungkin tidak perlu bersesak dada memikirkan perancangan kampung. En. Ameer, bos besar kami dah bagi green light untuk kami pulang awal esok. Beliau juga akan pulang ke kampung di Terengganu. En. Nan kampungnye dekat je..orang Kuala Pilah. Katenya akan balik hari sabtu. Reza, trainee UTP yang same dengan ana akan pulang ke Kuantan esok. Abang Faisal pula, telah dua hari bercuti lebih awal. Raya tahun ini, turn isterinya..Kelik klate, Kota Bharu.

Kak Dilla, HRM Petronas Carigali merangkap naqibah yang best, ana belum interview balik mane..tapi yang pasti Kak Shasha, naqibah yang juga ana sayangi pun kelik klate gok. Kak Shasha, anak jati Negeri Sembilan mengikut suami pulang ke Kelantan esok. Wafa dan Musab (anak kak shasha) juga Ubaidah dan Nuha (anak Kak Dilla) pasti tidak sabar-sabar nak jumpa atuk dan nenek di kampung. Teringat dialog bersama Kak Shasha kemarin.

"sedaynye akak, xdapat balik kampung sendiri.."ana yang lebih-lebih bersedih untuk kak shasha..

"xlah ..kalau, kite xanggap itu keluarga kita memanglah seday, kalau kite anggap itu keluarga kita, mesti tak seday.." jawap engineer Petronas yang telah 5 tahun mendirikan rumah tangga ini. Kagum..kagum..

Ana sedari kecil sampai hari ini akan beraya di Melaka. Ibu dan ayah satu kampung. So, Melaka bukan sahaja tanah tumpah darahku, tetapi juga tanah tempat cari duit rayaku dan tanah tempat main bunga api. Tidak pernah beraya di tempat lain selain Jasin, Melaka . Walaupun dahulu kami menetap di Negeri Sembilan lama. Tetapi setiap kali raya, kami pasti akan pulang ke Melaka. Kalau tiada kereta sewa naik bas, kalau tiada bas naik lori ayah. Tahun 2000 baru kami memiliki kereta sendiri. Saga biru matelik NAB 7747 yang kini telah dimiliki oleh orang lain.

Setiap kali raya, kereta pasti sesak dengan kuih raya dan baju raya. Nenek dah pesan siap-siap untuk bawa balik kuih raya. Malah sebulan sebelum raya, nenek dah kirimkan bekas-bekas kuih raya untuk ibu isi dan bawa balik raya nanti. Kami adik beradik yang duduk belakang nilah mangsa memangku segala barang yang tidak muat untuk disumbatkan kedalam boot kereta. Seronok!! Walaupun sakit-sakit pinggang dek kerana perjalanan 2 jam dari N9 ke Jasin tanpa highway, tetapi gembira menanti tiba di rumah nenek, berjumpa sanak saudara, main-main dan berbuka bersama.

Kini, turn ana pulang ke kampung dengan kuih-kuih raya sebagaimana ibu. Tapi, tidaklah sampai tak muat boot..Sikit-sikit tu ade la kot..di tambah dengan baju dan tudung raya yang ana belikan untuk, kak ngah, abang dan ibu. Tahun pertama ana bershopping raya untuk keluarga. Sayangnya ana tidak sempat, shoping raya untuk ayah. Semoga,pahala sedekah yang dititipkan buat ayah, menggembirakan beliau di sana.





Selamat Hari Raya.

Wednesday, August 24, 2011

What you give, you'll get back

If you wish to have a friend like this,
make sure you deserve for it first...

Saturday, August 20, 2011

R&R Lebuhraya Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi muhammad saw dan para sahabat baginda atas jasa yang tidak mampu dibalas dalam menegakkan Islam .Hari ini ana dan para pembaca sekalian dapat merasai nikmat yang tiada tolok banding besarnya iaitu Iman dan Islam. Tidak dapat digambarkan jika hidup ini, tidak disuluhi cahaya Islam. Gelap dan Hina disisi pencipta.

Hari ini ana dan sahabat beraktiviti bersama di pusat beli belah Mid Velly. Share sikit buku yang ana sempat bace di MPH, tapi tidak dibeli [lagi]. MPH Mid Velly ni sangat best dan kaya dengan buku tambah lagi kebanyakan bukunya boleh dibace diruang yang disediakan, sampai habis pun tidak apa rasenya. Boleh buat macam perpustakaan sendiri. Tempat seperti ini memang tempat yang selalu ana kunjungi kerana ana memang peng'gila' buku. Mungkin ini salah satu sebab ana pernah memenangi anugerah nilam semasa sekolah menengah dahulu :P

Tajuk buku yang ana bace tadi, RnR Lebuhraya Kehidupan. Pengenalannya, pemulis menceritakan tentang langga lari. Apabila memulakan perjalanan, pemandu akan menetapkan destinasi perjalanan. Setelah memulakan perjalanan, pemandu di desak dan di tekan oleh masa dan pelbagai faktor lagi. Oleh yang demikian, pemandu terus memandu dan merempuh apa yang ada dihadapan supaya cepat tiba.

Ini adalah analogi, kehidupan manusia yang hidup hanya untuk diri sendiri. Keluarga, masyarakat dan lain-lain akan dibiarkan. Apabila menoleh kebelakang, terlihat mayat dan darah memenuhi masa silam. Ramai yang dikorbankan dalam mengecapi cita-cita sendiri. Ibu dan ayah tidak dipeduli, isteri dibiar lesu tanpa belaian cinta, anak-anak jauh dan tidak disirami baja kasih sayang dan rakan-rakan hilang dan tidak dihiraukan. Kasihan..Jadi buku ini katanya memberi tips keseimbangan dalam kehidupan. Insyaallah akan saye miliki suatu hari nanti.

"eh, dah nak berbuka ni...tata.. sahabat. Salam Ramadhan..Jom rebut Lailatul Qadar"

Tuesday, August 16, 2011

Promosi Promosi..cari sendiri

Z: “Eh ni sape punye ni??”
H: “Nini punye kot”
Z: “Ape ni? Jam baru ke?”
N: “Bukan la, itu la tasbih digital..”
Z:“oo..beli kat mane?”
N: “Kat Masjid Jamek”
Z: “oo macam mane nk gune ni?? Tekan butang ni ae?”
N: “a’ah nanti nombor akan bertambah, so tak perlu risau kalau kite lupa brape zikir yang dah kite bace. Butang yang kecil sekali tu untuk reset kepada 0”
Z: “oo macam mane nak off?”
N: “Kalau kite tinggalkan, tanpe tekan apa-ape, die akan terOff sendiri, so jimat bateri”
Z: “em..bagus, bagus2”
F: “oo benda inilah yang saye Nampak awak pegang mase drive hari tu ae?”

Situasi yang telah beberapa kali ana lalui. Sebenarnya, ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan alat ibadah ini. Kat Office ana, anak jati KL pun pelik melihat alat ini di atas meja ana. Jadi untuk makluman antum ana promosikan di sini, bolehlah antum carinye sendiri ye. InsyaAllah sama-same kite mengunakan teknologi yang ada, untuk menambahkan kuantiti dan kualiti ibadah kite. Alhamdulillah, ana dipertemukan dengan alat ini daripada seorang mahasiswi UIA. Syukran Ya ALlah. Selamat beramal



Friday, August 12, 2011

Service Kereta dan Service Diri

Salam ramadhan sahabat pembace sekalian. Hari ini ramadhan ke12. Sedar tidak sedar, kita telah masuk ke fasa kedua bulan rahmat dan syafaat ini. Fasa kedua Allah janjikan keampunan.


Manusia vs Kerata.

Menyingkap kembali, kesimpulan yang dibuat oleh kak shasha ketika usrah kemarin, kelihatanye manusia ini tidak jauh bezanye dengan kereta. Jentera beroda ini perlukan service mengikut piawaian yang ditetapkan. Aircond contohnye jika dibiarkan, hembus nafas sejuknye makin kurang terasa, maka untuk memastikan bahagian itu berfungsi baik, disarankan untuk diservice setiap 5000km dan ditambah gas mengikut keperluan, itu kate apek kedai kereta Pandan Indah.

Bunga tayar pula bukan seperti bunga-bunga ditaman yang kembang dan semakin bertambah, makanya tayar yang telah ‘kelayuan’ bunga harus segera ditukar untuk memastikan cengkamanye ‘sihat’. Kadang-kala kereta juga perlukn re-aligment, overhall [xthu eja] dan macam macam lagi. Ini untuk memastikan kelancaran perjalan dan pemanduan yang selamat.

Menjelang hari perayaan, ana yakin, tokey kedai service kereta adalah antara orang yang paling bahagia. Mana tidaknye manusia berduyun duyun menghantar kereta untuk diservice. Tukang basuh kereta yang selama ini, termenung menunggu pelanggan; pada musim ini, pasti lenguh tangan membasuh pelbagai jenis kereta. Vacum pun sudah terlentang kekenyangan menjamu habuk-habuk dalam kereta yang sepertinya tidak pernah dibasuh sejak raye lepas.

Perhatikan sebaiknye. Adakah manusia tidak perlukan service?? Fizikal manusia, adakah sentiasa dalam keadaan baik?? Seberapa kuat fizikal manusia menahan kecederaan tatkala terjatuh, terhantuk dinding, terlanggar meja dan tersepit dipintu?? Bengkak, lebam dan berdarah bukan? Maka ubat disapukan dan ais dituam bagi mengurangkan keperitan. Bukankah itu service??

Itu baru, fizikal. Rohaninya pula bagaimane? Pernahkah antum merasa malas yang teramat sangat untuk bangun Qiam? Apabila diajak kemajlis ilmu, terasa berat kaki untuk melangkah? Apabila solat, tiada mahu berjemaah, lebih baik bersendirian agar lebih cepat habis? Malas berdoa panjang kerana lenguh menadah tangan..jadi ubatnya apa? Amal soleh bukan? Bila ? Sekarang dong!![kate orang indonesia] Ramadhan, bulan yang diikat dan dibelenggu syaitan.

Jadi, ayuh service diri diBulan mulia ini. Perbanyakkan amalan. Basahkan bibir kita dengan zikir munajat kepada Allah. Service yang bukan sahaja dicharge free, malah mendapat ganjaran dan voucer beli-belah diakhirat. Tidak mahukah? Jika service kereta, duit kita mengalir laju kepoket tokey kedai,namun dengan Allah...kita yang mendapat pahala yang mengalir deras bagai air sungai. Contohnye ana, baru sahaja menukar hardware aircond. Tambah tolak itu ini, tidak semena-mene dicharge 280. Ujian harta benda. Alhamdulillah.


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berbuka Puasa


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia ana untuk menulis lagi di blog ini. Namun, nikmat yang paling besar yang ana terima sehingga hari ini selain Islam dan Perjuangan adalah nikmat berpuasa dan beribadah dalam bulan mulia yang dirindui ini.vBulan yang pernuh barakah dan limpahan rahmat dari Allah swt. Alhamdulillah... Agak-agaknye ape menu berbuka antum hari ini?? Mak masak ke masak sendiri?? Yang masak sendiri itu, masak kat rumah ke masak kat kedai :P ??

I'allah ana dan sahabat-sahabat serumah di Pandan Indah ini, masak sendiri...Tapi kami wakilkan sorang je, masak kat kedai??(^_^)v peace. Sebelum Ramadhan menjelma kami telah sepakat untuk masak nasi sendiri dan beli lauk diluar. Sekali sekala nak juga makan lauk yang berlainan. Kalau di ikutkan, ramai sahaje chef antara kami bertujuh ini, tapi atas sedikit kekangan yang sukar untuk dielakkan maka kami pun ambil langkah bijak sambil berjimat cermat.

Sehari kami cuba peruntukkan RM10 untuk membeli lauk di Bazar Ramdhan. RM10 sehari untuk tujuh orang bersamaan RM1.45 seorang, memang jimat. Tapi setakat semalam, nampaknye RM10 selalu tidak mencukupi. Nasib baik, tukang beli lauk yang bertugas nak topap. Alhamdulillah, giliran ana mungkin minggu depan. Hari ini giliran zarith. Sahabat yang telah ana kenali sejak sebelum masuk UTP ini memang terkenal sebagai budgeted person. Kalau nak barang baik tapi harga berpatutan dan murah, boleh kasik kat lagend kite sorang ini, i'allah selalu mengikut bajet yang ditetapkan. Tapi harini, zarith mungkin tidak dapat menunjukkan bakat terpendamnye, sebab hari ini dua orang sahabat kami balik rumah. So, RM10 untuk 5 orang conferm cukup. [yakin je ana ni- Tapi SV Petronas ana kate kene yakin!! salah betul lain cerita :)]

Apa-pun selamat berbuka semua..Makan tu ingat-ingatlah orang yang tersayang. Ingat Allah banyak-banyak. Sahabat UTP yang makan free kat Masjid An-Nur sile jangan berebut (^_^)v Solat taraweh dan tadarus jangan dilupakan. Rugi!!

Monday, August 1, 2011

Just Go Do IT!



Selamat beribadah (^_^)v

Sunday, July 31, 2011

Pengajaran Ramadhan Kareem

Assalamualaikum w.b.t

Esok umat Islam akan memasuki Madrasah Ramadhan. Teringat peringatan ustazan semasa kuliah zuhur di KLCC Jumaat kemarin. Beliau menyebut satu hadiz sahih..Ana salin, tapi kurang pasti pade buku yang mane. Jadi sedikit yang terlekat dihati berbunyi begini..

"Barang siapa yang memasuki madrasan Ramadahan dan keluar daripadanya seperti seolah-olah tidak pernah memasuki madrasah Ramadhan adalah sia-sia"

Apabila ustazan berkata demikian ana mengimbau kejadian yang berlaku pada diri ana pada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah ramadhan lepas ana berjaya mencapai target ana untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnye sekali by end of Ramadhan. Namun lucunye, ana khatam kira-kira beberapa minit lagi menjelang syawal.

Kejadianya sungguh trajis sampaikan ibu dan adik-adik ana geli hati melihat gelagat ana membace al-Quran bersungguh-sungguh di dapur...ish..ish..ish.. Al-maklumlah, sehari sebelum raya pastinye kita sibuk memasak rendang ketupat dan segala macam sajian. Ana pun tidak mahu lepaskan peluang membantu ibu memasak juadah raya. Namun, ada satu lagi hajat yang perlu dilaksanakan sebelum raya sakan pada esok hari.So, to kill two birds with one stone, ana pun capai Al-Quran tafsir ana dan bawak ke dapur. Bukan tidak mahu meluangkan mase khusus untuk membacenye di bilik solat sehingga khatam atau ana beria-ia sangat nak memasak. Tetapi, rase bersalah apabila ibu dan adik-adik bertungkus lumus masak di dapur, ana sahaja yang beribadah dengan selesa.

Ketika ada masa terluang pasti ana buka. Sambil kacau rendang dan menghidupkan api dapur kayu..yang best lagi bace quran dalam asap. Asyik nak mengejarkan khatam al-Quran, sampai api dapur kayu tidak menyale pun ana tidak perasan..Pangajaran sungguh untuk diri ini. Nasib baik tidak hangit rendang ibu ana. Kalau tidak, makan nasi impit je la kami pagi raye tu. Kira-kira pukul 6 lebih kami selesai masak. Mase itulah ana pulun membace, langsung khatam beberapa minit sebelum berbuka puase.

Mane tidaknya, hanya separuh Juzuk 30 sahaja yang belum ana habiskan. Sayang sungguh jika hendak dibiarkan. Sudahlah membaca al-Quran ini banyak fadhilat, tambah-tambah lagi di bulan mulia yang Allah gandakan pahala bagi setiap amalan..hebat sungguh motivasi di Madrasah ramdhan..Tapi ana salah step nampaknye. Next time make sure khatam at-least sehari sebelum raya. Kalau perlukan waktu kecemasan pun hanya sebelum zuhur, sebab selepas itu jadi macam ana.

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)

Apa-apa sekali pun, Alhamdulillah semoga Allah memanjangkan usia ana untuk bertemu dan menamatkan waktu emas di bulan mulia ini. Azam kali ini perlu dipasang siap-siap. Tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lepas. Itu pun ana bernasib baik dapat khatam, andainya ana di panggil Allah untuk menghadapNye. Alangkah rugidan kesalnyenye ana kerena gagal memberi persembahan yang terbaik buat Allah rabbul Alami..Salam Ramadhan.



Berpuasa bukan hanye tidak makan dan minum.
..Gambar di KL Convex by isma..

Tuesday, July 26, 2011

Bismillah

Assalamualaikum w.b.t

Rase dah agak lama ana tidak mencoret sesuatu di kanvas blog ini. Teringat nak share satu peristiwa yang sangat mendidik ana. Kisah yang dah lama ana tulis, namun baru hari ini berjaya mempublishknnye. Semoga mendapat sesuatu.

Suatu petang yang lesu, sejurus tamat waktu bekerja ana pun terus melangkah keluar KLCC, menaiki train terus ke masjid jamek. Disana, lautan manusia begitu menyesakkan. Jarum jam hampir melewati pukul 6. Waktu ini memang muqadimah peak hour di KL. Manusia berpusus-pusu keluar dari office. The real peak hour, I’m not really sure sebab ana belum sempat kaji. Paling lewat pulang ialah jam 8malm. Itu pun manusia masih membanjiri Masjed jamek.

Back to the story, di masjid jamek seperti biasa ana ‘touch’kan RapidPass ana ke pintu masuk stesen LRT ke Ampang. Malang menimpa selepas lampu hijau menyala [ini bukan macam trafik light tau, ni security access machine] palang yang sepatutnye berpusing untuk membenarkan sekujur tubuh yang bernama ismalina ini masuk pun tiba-tiba tersekat. Maka gagallah ana meloloskan diri. Apa pun ini tidak boleh dibiarkan, ana terus ke pintu masuk manual yang dikawal oleh polis. Pak Polisi yang menjaga pintu tersebut ana anggarkan lingkungan lewat 30an [macam la ana ade ilmu pengiraan umur manusia].

Dengan langkah yang masih belum berhenti [kerana begitu tidak sabar untuk pulang kerumah]ana terus mengadu masalah kepada anggota polis tersebut, dengan harapan dapat lalu pintu manual dengan mudah. Belum pun habis aduan, pak cik polis ni pun menyampuk menyebabkan hati ana sedikit terbakar.

Katenye dengan lagak bergurau dan senyum meleret
“dah bace bismillah ke belum tadi dik…”.

“Ya allah” ana berkerut dahi menahan parasaan yang bercelaru antara geram, penat dan malas nk layan.

“aish, aku dah la penat ni.. tension dengan orang yang ramai pulak..boleh la die melawak kat sini, ade jugak yang aku bukak silat cekak hang tuah kat sini [bajet tahu je]” monolog ana spontan, tapi dari sudut yang lain..ade sesuatu yang berbisik..

Melihat wajah ana yang dah berkerut-kerut dan mengerikan ini. Maka ..

“Bismillahirrahmanirahim, silekan dik” polis itu pun terus membuka pintu dan mengizinkan ana masuk.

Ana melangkah dengan senyuman yang ditahan. Malu tapi geram. Geram sebab rase dipermainkan. Tetapi rase malu dengan pak polis, diri sendiri dan Allah lebih-lebih lagi.

“Memang, aku tak bace bismillah pun mase nak touch tu. Dah orang ramai berebut-rebut nak masuk, manelah sempat nak bace….” Ana mengomel sendiri.

“Alasan” tiba-tiba bisikan iman menjengah.

“Nak ingati Allah bukan hanya waktu senang dan lapang. Tetapi sentiasa, tidak kira sibuk, sesak atau susah..dalam Al-quran telah tertulis bahawa mengingati allah dalam keadaan, berdiri, dudk atau berbaraing.. Sepatutnye, time sesaklah ingat Allah sebab kata Allah..dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”

Thursday, July 21, 2011

Pengumuman

Salam and Hi,
For PETRONAS scholar,
ESU had been announce during this evening engagement that after this September, the payment for monthly living cost will be paid once in a three month. It mean for October, November, and December, there are no more RM500 per month but they will put RM1500 on October to cover the three consecutive (October, November, December) months.



Nice trial, this will challenge my management skill on how to spend all those money wisely. I'm affraid the money will "fly without wings"...hopefully not..InsyaAllah

Monday, July 18, 2011

Apa yang sedang berlaku??

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia, Salam BERSIH..Syukur kehadrat Allah s.a.w kerana masih mengizinkan diri yang hina ini bernafas dan terus-menerus menagih keampunanNya dan meneruskan perjuangan dakwah yang tiada berpenghujung ini. Alhamdulillah, hujung minggu telah melabuhkan tirainya dan hari ini minggu baru menjelma. Semoga masa-masa yang telah berlalu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Hari ini, dah dekat-dekat lunch hour ana mengakses online newpaper. Bace dan terus membaca, untuk mengetahui pekembangan semasa. Klik demi klik, mata ana tertarik membaca kisah tanah kelahiran sendiri. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan. Sedikit quote daripada artikel tersebut..

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

Dahi ana berkerut..Ditambah pula komen-komen panas yang menyentap hati seorang anak jati. Katanye "anak melaka..dot..dot" seperti gambar disebelah. Nak marah, bukan salah die...ape boleh buat sabar je la ye orang-orang melaka. Dah nasib kite bertuankan kerajaan yang nak untung dunia walaupun akhirat tergadai. Industri pelancongan harus dimajukan walau apa juga cara. Nanti diakhirat pandai-pandai la nak jawap

"Ya allah, ampunkan aku..aku terpaksa bagi pusat hiburan ni kerja overtima..Kalau tidak, miskin la negeri aku.." Nauzibillah.

Tersiat hati ana membacanye. Mengapa sanggup maju atas tiket kehancuran akhlak manusia. Yakinkah, yang masuk pusat hiburan itu orang asing, pelancong dan bukan anak tempatan MELAYU ISLAM!! Bagaimana dapat memastikan tiada gejala salah laku seperti dadah yang kononnye digelar MUSUH NO 1 NEGARA!! Bukankah ini cara halus menternak najis tersebut??!!

Keluhan yang tiada berpenghujung. Dahulu sekolah untuk wanita mengandung, kini pusat hiburan yang ditambah waktu operasi. Nampaknye ade kesinambungan untuk kedua-dua initiatif ini. Hati mengelegak tiba-tiba sayu. Doa dipanjatkan agar Allah memberi Hidayah kepada mereka..Wallualam

Tuesday, July 12, 2011

Eh ape kau pakai ni??


“eh! engkau pakai ape ni..hehehehehe”

Ana pun menoleh dengan telinga yang bersumbat earphone tapi masih dapat menangkap suara orang yang seakan-akan terperanjat dan geli hati. Mata ana tertangkap kelibat seorang gadis yang bertandang ke meja sebelah. Mungkin menziarah kawannye.

“weh, engkau ni..” sergah si gadis diiringi gelak kecil.

Tidak lama pun ana berfikir, sekilas pandang ana tahu yang si kawan itu terperanjat melihat fesyen tudung yang digayakan oleh kawanye. Lucu, kerana si kawan mungkin kurang update dengan fasyen wanita. Mungkin tidak mahu tahu sebab fasyen ini tidak berkaitan dengan jantinanya [si kawan ni lelaki]. Ana pun pada awalnye hampir-hampir terperanjat dan nak tergelak. Mujurlah ade devider antara meja kami, bolehlah ana menyorok. Lucu..soalan yang diberikan oleh si kawan..

Bagaimana harus ana gambarkan tudung yang pelik itu. Yang pasti tudung itu, hujungnye seakan-akan hujung sejadah yang berambu-rambu dan dihujung setiap rambu-ramba itu ade manik yang berwarna-warni. Fabriknye kurang ceria dan ala-ala fabric yang sesuai untuk dibuat selimut. Macam itulah sedikit gambaran yang ana dapat gambarkan. Penat sungguh berfikir untuk menggambarkannye pade antum. Ana bukan memperlekeh tetapi menggambarkan disamping menyelitkan sedikit kritikan peribadi.

Aneh..Semakin canggih dunia, semakin canggih juga fasyen. Tidak salah untuk mengikuti pekembangan fasyen, tetapi syariat harus dijaga. Tudung harus dilabuhkan agar menutup dada dan lengan. Bahagian belakang juga perlu dijaga. Jangan labuh dihadapan tetapi di belakang setakat menutupi bahu dan leher kerana dari belakang, bentuk badan wanita boleh lihat dengan jelas. Kan biase kalau orang ukur baju, mereka akan letak baju dari arah belakang untuk mengukur saiz. So dari belakang lagi bahaya jika tidak ditutup.

Ada juga satu kisah dulu-dulu ketika, berada dalam monorail nak ke HKL menziarah aruah ayah ana. Ana terdengar perbualan remaja seusia ana..

“aku tengok tudung bulat tu dah macam ikan pari dah..hahaha” begitulah sedikit yang dapat ana tangkap

Yang pasti mereka bukan berkata tetang ana, kerana ana mengenakan tudung coklat segi 4 bidang 60. Sahabat-sahabat yang kenal ana mungkin tahu tudung tu ana slalu juga ana gayakan. Sedih juga mendengar kata-kata tersebut kerana ana sendiri lebih selesa mengenakan tudung bulat. Apapun itu kritikan manusia. Yang penting syariat Allah terjaga. Ikan pari cute juga, unik plak tu, resenye pun sedap kalau dimasak asam pedas, tambah pula sambal belacan…masyaallah sedap tidak terkata.(^_^)v be positive. Jati diri seorang muslimat harus dijaga.

Seindah hiasan adalah wanita solehah. Ana sendiri sangat suka wanita yang bertudung bulat. Nampak sopan, ayu dan terpelihara. Mungkin rase itu juga yang membuatkan ana begitu selesa dengan tudung bulat. Lagipun tudung bulat mudah nak buat, murah je..kos 1.5meter kain berharga RM10 dan kos jahit tepi dalam RM6. Total up RM16. Jika nak yang lebih menarik dan bersulam, beli kat kedai RM23 jika pandai tawar-menawar la. Then, boleh pakai sampai tua..tips nak tudung tahan lame..jangan basuh gune mesin basuh, nanti warnenye bercampur dengan warne lain.

Wallahualam..

Monday, July 11, 2011

Balik lewat Vs balik awal

Harini saya pulang kerumah lewat. Sahabat-sahabat semua berbuka diluar, so menu saya malam ini mungkin mi segera sebab dah tiada sesiapa dirumah, mood nak masak menurun dengan mendadak. Jumaat kemarin balik seawal pukul 4, sebab kura-kura menyatakan LRT akan tamat perkhidmatan pukul 6, akibat takutkan BERSIH.


Harini kene qada' balik.Kenape kene qada'?? Sebab nanti makan duit tidak diberkati..kenapa duit tidak berkat.... search sendiri ye..nak pulang dah ni..Assalamualaikum..