• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, November 17, 2010

Korban Aidil Adha ....

Assalamualaikum w.b.t

ana mencuri sedikit masa study, untuk ceritakan pengalam ana hari ini
semoga menjadi tauladan kpd semua [maaf ana guna bhasa pasar sikit]
pengalaman pergi kedai nak beli barang wat spegeti ngan rose
ade sorang pak cik tu..duk sembang2 dgn sorang mak cik
kat dalam kedai tu [dua2 pelanggan]

ana pelik dan takjub, tgk pak cik tu
disamping mulutnye yang rancak bercerita
tangannye pun rancak sekali mengutip cili padi dalam bakul kedai tu
di gengganmye cili tu, sepenuh2 tangan dan dimasukkan dalam plastik sambil mulut bercerite..
sekali sekala matanye pandang plastik tu,seakan-akan menganggar kuantiti yang sepatutnye di beli
dah separuh plastik tu penuh..tapi tangan die masih rancah memasukkan cili2 padi tu
dalam anti ana "bia betul pak cik ni!! beli cili byk gitu nk wat ape??...erk xkesah la"
ana pun xpikir panjang, terus abaikan die dan melangkah ke kaunter

lepas ana letakkn bawang seplastik, ana teringat nk ambik
fish cake kat frig..tapi x de plak fish cake..kot2 haouse mate nk wat nasi goreng nanti
bile ana nk g kaunter blik..
ana dgr pak cik yang ambil cili banyak2 tadi tu kate kat cashier
"ni ade x 2 ringgit" sambil suruh kakak cashier tu timbang
kakak yang comel tu pun xbanyak kerenah terus timbang
"6 ringgit" kakak tu bersuare.."hehehe" ana tersengeh dalam hati
lucu tengok gelagat pak cik tu.."mak oi" kate pak cik tu

pak cik tu terkejut "subhanallah" sempat juga die berzikir tu..sambil die sebut tu
die pandang ana...macam thu2 je ana gelakkn die..
ana bukan mengejek tapi ana paham golongan pak cik2 kurang biase ke pasar

pengajaranye : muslimin ni brape ramai yang boleh berbelanja di pasar dengan cemerlang???
ade ke ambil cili padi penuh satu plastik boleh dapat 2 ringgit...em..fikirkan


Friday, November 12, 2010

Taubat seorang penzina

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini ana diajukan satu persoalan berkaitan kenyataan dibawah

"KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK..Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya." dan ana mengiyakan lalu ditanyekan soalan kedua..

"Macam mana pulak kalau wanita itu melahirkan anak hasil zina atau dalam erti kata lain, anak luar nikah?" ana terdiam sebentar,akal mula ligat mencari jawapan ,me'recall' nas-nas al-Quran dan dalil-dalil yang begitu sedikit tersemat didalam hati.

Alhamdulillah, teringat ana akan satu kisah, apabila seorang penzina wanita yang menemui Baginda Rasulallah SAW dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud:

“Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar RA bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla”.

Antara lain, terdapat juga kisah nabi Musa ketika didatangi oleh seorang perempuan ke rumahnya.Katanya: "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenaan mengampuni dosa keji saya." Wanita tersebut akhirnya mengaku telah berzina.

Nabi Musa terkejut, hatinya tersentak mendengar pengakuan wanita itu. Wanita itu kemudian meneruskan ceritanya: "Hasil perzinaan itu saya hamil. Selepas anak itu lahir, saya cekik lehernya hingga mati."Wanita itu terus menangis selepas menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Nabi Musa marah dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu lalu menghalau perempuan itu pergi.

Selepas wanita itu meninggalkan rumah Nabi Musa, Jibril turun menemui baginda. Jibril bertanya kepada Nabi Musa: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat daripada dosanya? "Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. Katanya: "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Jibril menjawab: "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.Dosa orang itu lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah untuk perempuan itu.Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berdasarkan pengetahuan yang sedikit ini, ana bukanlah ahlinya yang patut menjatuhkan hukum atau menentukan dosa dan pahala seseorang. Namun dapat disimpulkan disini bahawa zina tetap merupakan satu bentuk dosa besar yang akan mengundang murka Allah namun, TAUBAT adalah perkara yang sangat dituntun sebagai ubat hati, penyesalan dan kifarah daripada dosa yang dilakukan.

Walaupun kurang menjawap soalan, diharap yang bertanye berpuas hati dan diharap kite sama-sama memanjangkan usaha, dengan bertanye kepada ustaz untuk jawapan yang lebih pasti. Buat mase ini, ini sahaja yang dapat ana berikan...asif wa syukran


Tuesday, November 9, 2010

Selamat menjalani Study week

Assalamulaikum .w.b.t

Dikesempatan masa yang sedikit, sebelum ana meng'post'kan diri pulang kepangkuan keluarga buat seketika, ana menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ade kekasaran yang ana lakukan kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada yang sudi menjadi pembaca setia, yang selalu mendoakan ana dan semua sahabat-sahabat yang disayangi. Semoga exam ini exam yang diredhai Allah dan dilihat sebagai jihad yang mulia disisiNye.

Satu lagi ucapan tahniah kepada housemate Rose, Maisarah dan Nazihah yang menang Baiti Jannati. Memang tidak dinafikan antunna sume memang wanita solehah yang kemas dan berketerampilan. [Sebab tu bilik antunna selalu menjadi tempat lepak ana, setip hari.] Dai'e yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada sahabat-sahabat dan adik2. Sebab tu ana suke ajak adik-adik RM dan adik2 usrah datang rumah kite tidak mengira waktu sebab ana tahu ana tidak akan malu malah suka adik2 ambil contoh akan kekemasan bilik antunna. Kepada rumate, sem depan kite pulak yang akan menang ae. (^_^)v pesaingan yang sehat.

Maka last but not least, to all my beloved seniors and juniors lets put our full effort on this upcoming exam. Usaha, Doa, Tawakal

ini hadiah besday yang tidak akan dilupakan

all the best to all

Wednesday, November 3, 2010

Wahai du'at, waspadalah!



Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau sedang dalam bahaya. Apabila kau diberi mandat sebagai muwajjih, beristighfarlah, kerana saat itu syaitan akan mula membisikkan hasutan bahawa kaulah yang terbaik dalam kalangan sahabatmu, kerana itu kau dipilih. Di saat itu jijiklah dengan niatmu dan lucutlah sudah ikhlasmu, maka berpalinglah dari syaitan dan baikilah hatimu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bila kau diberikan sedikit kelapangan harta, kau kembali mengira-ngira bahagian demi bahagian dari hartamu dan kau mula berbelanja seperti orang-orang biasa yang tidak pernah tahu kisah infaq Abu Bakar dan Umar al Khattab, kisah ar-Rasul mengikut batu di perut ketika menggali Khandak, kisah Mus'ab bin Umair yang menjadi pemotong kayu selepas Islamnya. Maka saat itu bencilah duniamu, kerana ia sudah menempati hatimu. Cabutlah duri wang ringgit itu dari hatimu, dan buanglah sejauh mungkin. Agar kau dan tentera-tentera Allah yang lain tidak akan terpijaknya lagi.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana kau melakukan sedikit pengorbanan dan diberi sedikit amanah, kau merasa tinggi dan menghampiri kisah hidup para sahabat yang kau ketahui. Kau mula merasakan keinginan untuk menceritakan pengorbananmu kepada manusia lain dan kau hujahkan ia sebagai perkongsian padahal hakikatnya adalah kebanggaan. Saat itu menangislah, kerana segala amalmu barangkali sudah menjadi debu berterbangan, padahal tadinya kau adalah seorang pejuang. Bersedihlah, kerana kalah sudah hatimu kepada bisikan sang seteru yang cemburu dengan segala kebaikan dan amalanmu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana setiap malammu diisi dengan solat dan zikir yang sayu. Kau mula merasa puas dan sudah cukup amalanmu. Kau bangun dari kalangan sahabat-sahabatmu yang sedang nyenyak dalam tidur mereka, kau melangkah menadahi air untuk bersuci, tapi hatimu kotor sekali. Kerana ibadahmu, sungguh, hanya seorang diri. Kau mahu diketahui bahawa kaulah orangnya yang tidak pernah meninggalkan solat malammu, tidak pernah terlewat dalam subuhmu dan sentiasa tepat waktu solatmu. Saat itu, istighfarlah dengan sepenuh hatimu, kerana sia-sialah sudah segala usahamu. Kerana redha manusia yang lebih kau buru.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana sungguh, kau dalam bahaya. Bila kau dilanda kesedihan kerana tidak diterima ajakanmu kepada Allah, kau mula memandang jauh mad'u mu. Kau merasa sudah tiada harapan lalu kau pun menjauhkan diri. Kau meninggalkan mereka dan berangkat pergi. Kau mula merasa teruknya kehidupan mereka tapi kau tidak berbuat apa-apa. Kerana hatimu berkata, mereka sudah tidak boleh diubah. Kau lebih suka dijemput-jemput menyampaikan dakwah. Kerana hakikatnya lebih mudah kerana hadirinnya sudah tersedia. Kau lebih suka mencari yang mudah-mudah sahaja, kerana kau tidak ditolak bahkan dipuji dan dijadikan contohi pula. Maka saat itu bersedih lah dengan sepenuh jiwa, kerana hilanglah sudah nikmat dakwah dari duniamu. Jauhlah sudah dirimu dari tarbiyyah ar Rasul. Tidaklah dapat kau merasai penolakan dan kebencian yang dilalui ansarullah terdahulu. Bersedihlah, kerana kau rupanya pengecut yang bermudah-mudah dalam dakwahmu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kita sentiasa dalam ribuan bahaya. Kerana kita sentiasa dikelilingi kaca. Setiap mata memandang tindak-tanduk dan perbuatan kita. Maka, sekalipun kita mengeluh atau berkata yang sia-sia, barangkali kita sudah mencipta fitnah kepada dakwah. Ya, hakikatnya memang berat. Kadangkala kita mahu kehidupan seperti biasa, kita mahu diizinkan untuk berperasaan seperti biasa, kita mahu diberi masa dan tidak dipaksa-paksa… Tapi kalau benar cinta kita kepada syurga, ketahuilah bahawa syurga tidak diisi oleh manusia biasa.

Kita boleh memilih untuk hidup seperti biasa dan kembali kepada kehidupan yang lama, kita tidak perlu lagi menyediakan seluruh hujung minggu kita untuk program-program, kita tidak perlu lagi menginfakkan wang kita, kita tidak perlu lagi menahan telinga mendengar kemarahan manusia sekeliling yang tidak mahu menerima dakwah kita… Ya, kita boleh memilih kehidupan begini kalau kita menginginkannya. Tapi hakikatnya terlepas lah sudah redha Allah yang kita dambakan. Kalau mahu, ar rasul dulu boleh sahaja berdoa dan minta Allah jadikan sahabat-sahabat kaya supaya tentera Islam punya banyak harta untuk berperang dan alatan perang juga mencukupi. Kalau mahu Rasulullah boleh minta dijadikan dirinya dan para sahabat kenyang sentiasa ketika tidak cukup makanan dan musim kemarau panjang ketika perang khandak dan tabuk. Kalau mahu ar Rasul boleh saja mohon Allah jadikan beliau terus dapat menawan takhta di sebagai pemerintah di semenanjung Arab agar terus dapat disebarkan Islam dengan meluasnya melalui jajahan kuasa. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Tidak begitu.

Kerana tarbiyyah itu sinonimnya sukar. Ia anugerah, ia juga ujian. Bukanlah namanya dakwah, kalau tidak dibayar dengan tangisan dan darah. Bukanlah namanya tarbiyyah kalau segalanya mudah dan megah.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana pada saat kau menyangka kau sedang membantu agama Allah, kau barangkali sebenarnya hanya sedang menjatuhkannya. Kerana kelemahan jiwa dan ketakutanmu. Betapa buruknya kejadian dan kewujudanmu di jalan ini, kalau hadirmu cuma sekadar menyempitkan jalan dan melambatkan perjalanan para tentera Allah.

Maafkan aku andai kata peringatan ini pahit untuk didengar dan sakit bila dirasa. Aku khuatir sekali kerana kita sudah tidak punya banyak masa. Andaikata seorang pun dari kalangan tentera ini yang gugur diperjalanan, akan terasalah bebanan di seluruh angkatan, dan semakin jauhlah kemenangan. Ayuhlah kita benar-benar membersihkan diri dan hati, kerana inilah senjata kita untuk membentengi umat ini. Sampai suatu masa, bila kita sudah tidak punya apa-apa lagi untuk mempertahankan syahadah ini, biarlah hati yang mendegupkan nadi ini yang menjadi perisai buat umat.

Wahai du'at, waspadalah. Agar kita sempat menyelamatkan umat. InshaAllah.

klik disini sumbernye..