• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Friday, April 30, 2010

salam ukhuwah

Alhamdulillah harini allah memanjangkan lagi umur dan melimpahkan lagi rezekinya yang banyak lagi halal kepada ana dan mereka-meraka yang terlibat pada hari ini. Harini boleh dikatakan hari ana menyempurnakan tanggungjawap ana sebagai hamba allah yang menyampaikan seperti minggu-minggu yang sebelumnya .

Pagi dimulakan dengan tragedi pergi meeting lewat setengah jam, atas sebab-sebab yang ana sendiri tidak boleh terima[ yang pasti bukan sebab lewat bangun tido], jadi kifarah 1000 istighfar atas kesalahan sendiri...syukran kepada bunga mawar yang teman ana pergi meeting.

Agenda diteruskan dengan usrah lajnah yang sepatutnye bersempena majlis perpisahan AJK Lakad yang bakal berpindah ke matrik[seday],malangyne orang yang dirai tidak dapat hadir,tapi agenda mengeratkan ukhuwah sesama ajk tetap diteruskan..walaupun ajk yang hadir sorang je [lillahitaala]

Kemudiannya menyambung tugasan untuk menyempurnakan usaha dakwah kepada adik-adik yang baru masuk ke UTP januari 2010 baru-baru ini...Ringkas sahaja agendanya, makan-makan sambil menceritakan pengalaman ana sepanjang berada di UTP [ana paling lambat habis makan sebab paling banyak bercakap]...ana harap dengan perkongsian pengalaman itu , adik-adik dapat rasa nikmat manisnya iman yang ana rasa sekarang...

Langkah disusun ke satu lagi program sampai ke petang...

Ikan Siakap

"assalamualaikum izzati, awak kat mane??"

"kak isma zati dah ade dalam kereta dengan syafiqah ni" kedengaran suara adik usrah dihujung talian.

"eh, iye ke...okey-okey akak datang ni" ana pun segera mencabut wayar charger Sony Ericson G502 lalu bergegas keluar dari surau V4 dengan sorang lagi adik usrah ,zaimah.. menuju ke kereta myvi silver di hadapan kafe v4...

Nak dipendekkan cerita... tung tang tung tang...sampailah kami ke sebuah kedai makan yang ana panggil 'kedai basikal', sebab dihadapan pintu masuk kedai tu ade 2 buah basikal tua..tapi nama sebenarnya 'restoren kelasik' [kalau xsalah bace dan xsalah eja]...

Usrah dimulakan seperti biasa, dengan tazkirah dan disambung dengan pembentangan isu semasa oleh izati dan syafiqah [tadarus di skip]..tidak lama selepas bermulanya usrah rose pun sampai dengan skuter anggunnye [rose naqibah yang dipairkn dgn ana untuk menghandle usrah ni, tapi die lagi mantop>>(^^) xperlu ade pair pun xpe ]...dah cukup korem [maknenye dah cukup orang] kami pun terus order makanan..

Usrah disambung lagi dengan perbincangan berkaitan isu semasa, bertalu-talu soalan diajukan oleh adik-adik... ana dan rose menjawap sekadar yang yang mampu berbekalkan ilmu yang sedikit ni [eh, tapi rose banyak rasenye..ke rose goreng (^^) just kiding] alhamdulilalh semua soalan dijawap beserta dalil-dalil yang sepatutnye..

Ana suka bila ade soal jawap ni, sebab ini tandenya adik-adik usrah faham ape yang kami sampaikan...Selepas 15minit menunggu makanan sambil bersoal jawap, akhirnya makanan pun tiba [teke sape yang senyum paling lebar bile tengok makanan ?? bukan rose tapi ana, lapar sebab banyak sangat bercakap harini]

Makanan yang paling last dihidangkan ialah Ikan Siakap...kami dikejutkan dengan kehadiran ikan yang saiznye sebesar laptop ana [xde la besa mane pun, cume seingat ana tu ikan paling besa ana pernah baham]...tahniah kepada pihak kedai kerana hasil tangkapan yang memberangsangkan [padahal beli je kat kedai ]

Keberkatan ukhuwah

Masing-masing berkongsi pengalaman dalam keluarga , pahit mahu pun manis...banyak lagi rupanya perkara yang tidak dikongsikan didalam usrah sebelum ini...cuma yang ana terkilan sebab sorang adik usrah kami tidak dapat hadir sebab pulang kerumah...tapi apa-apa pun mungkin ini antara cara mengendalikan usrah dan sekali gus menyelami hati mad'u..

Alhamdulillah, ini usrah yang paling best ana pernah handle, bertemankan partner yang sememangnye rapat dan kamcing dengan ana [rumate jangan jeles], kami dapat rase kekenyangan kami pade petang itu bukan semata-mata kerana makan yang mahal ,tapi berkat ukhuwah antara insan yang tulus untuk memberi dan ikhlas menerima ilmu..

Namun perkara yang perlu dititik beratkan adalah, naqibah sendiri perlu berlapang dada dan terbuka untuk berkongsi pengalaman sendiri...apa yang baik dijadikan teladan dan yang buruk itu sama-sama kita jadikan sempadan...

Menjadi seorang naqibah, bukan perkara yang mudah, tapi apabila hati diIkhlaskan kerana allah pastinya akan dibantu olehNya untuk mempermudahkan urusan...Tidak dinafikan , kadangkala rase keterpaksaan dan kepenatan membaluti hati, namun mujahadah yang tinggi perlu diteruskan...

Nasihat untuk diri ana sendiri yang serba kekurangan...


ikan siakap yang telah dibaham oleh 5 ekor harimau


pinggan licin : bukti tahap kelaparan yang maksimum

dapur elektrik : ni kat asrama, masak sambal je boring
tapi sambal orang melake sedap tau
lain dari yang lain

maaf ana sempat ambil gambar makanan yang dah habis dimakan je
sebelum makan tak ingat nak ambil
bukti kedua ...lapar

Thursday, April 29, 2010

Mana milik kita?



Mana milik kita?

Tidak ada milik kita

Semua yang ada

Allah yang punya



Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat

Allah sudah sediakannya





Kita Allah punya

Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya



Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada



Mengapa kita sombong

Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya



Patut bersyukur kepada Allah

Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya



Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita

Kalau Allah tidak beri

Kita tidak punya apa-apa



Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita

Jasa kita di sisi-Nya

Yang sebenarnya Allah punya





Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa





Gunakanlah nikmat Allah itu

Untuk khidmat kepada-Nya

Selepas itu lupakan saja

Agar tidak mengungkit-ungkitnya



mana milik kita??
...jawapanya tiada
>> selamat bertungkus lumus dalam menyiapkan project kawan-kawan ....

Wednesday, April 28, 2010

terkena batang hidung sendiri

alhamdulillah baru-baru ini ana diberikan
lagi kesempatan untuk dgr pengisian dari
seorang murabbi yang hebat imported from kerteh
actually ana dtg lewat 1jam sebab terlupa
[al-insan sokmo lupe] seday jugak sebb terlepas ijam pertama
rase rugi yang teramat sgt..
tapi ni adalah hasil 1jam kedua yang ana dpt
ade 7 isu yang ana terkesan bile dgr tapi ana share 2
paling menarik

isu 1 : JEANS

-ana dgr sikit je..ana dtg terus dgr pekataan 'jin' ingat ape la ...
-tapi ana catch up balik dgn orang yang datang awal
-tn hj kate daie xpatut pakai jeans
-jeans dikaitkn dgn mat rempit , penagih dadah dll
-tn hj suruh simpan jeans yang ade sekarang walaupun mahal
-dia kate kalau kita nk berubah allah pasti akan tolong
-kalau tgk situasi sekarang pun, mane ade ustaz @ ulama pakai jeans
-bukan apa, jeans ni x menggambarkan kite ni orng yang ikut usrah
-tapi tidaklah sampai jatuh hukum berdosa kalau nak pakai
-lbh kurang gitu la yang ana dapat..

isu 2 : al-mulk

-tn haji tanye.."azab kubur tu sakit x??"
-yang hadir pun ramai2 jawap " sakit "...
-soalan diulang 2x supaya lebih kuat jawapanye
-kemudian dia tanye lagi " mcm mane nk jauhkan diri dari kesakitan azab kubur??"
-maka kami pun jwp dgn confidentnye "al-mulk !!"
-tn haji tanye " sape yang bace al-mulk semalam"
-semua senyap...sorang je yang angkat tangan
-riak muka tn haji nampak kesal sikit....
-lepas tu die kate lebih kurang mcm ni "tu la allah dah bagi jalan nak selamatkn diri tapi antum xbuat
-semua terkesan [ana pun ,rase terkene batang hidung sendiri , bce al-mulk time liqa al-mulk je, seday2]
-tn hj kate lagi "kita ni pendokong agama allah dan pengerak kerja2 islam, kalu kite pun xbuat apa yang allah suruh.maka apa beza kita dgn mad'u kite yang xikut perintah allah tu


Tuesday, April 27, 2010

Rakyat yang cakna isu semasa

harini ana terdetik pula untuk postkn entry berkaitan isu semasa, bukan nak berpolitik...tapi sebagai daie sepatutnye kite kene amik tahu jugak isu semasa dan cakna dengan keadaan persekitaran...ana bukanlah orang yang minat nak ambil tahu isu-isu politik dan keadaan semasa, sebab ana rase study dan meeting pun tak habis pikir...tapi faktor persekitaran dan keamanan sejagat memaksa ana untuk turut sama ambil tahu isu-ise sebegini...

dalam konteks seorang pendakwah, bagaimana nak menyampaikan kepada orang lain dengan berkesan jika keadaan sekeliling bergolak..bagaimana dakwah nk berjaya kalau kita tidak ambil kira keadaan mad'u yang menghadapi masalah..kite main redah je nak buat, pakai hentam je cakap tanpa menyedari bahawa keadaan sekeliling dah berubah, contohnye isu PRK di Hulu Selangor baru-baru ini...

kemenangan pihak BN dengan mejoriti 1725 undi tidak wajar diraikan dengan kegembiraan semata-mata, malah perlu bagi mereka melihat dan menganalisis corak pentadbiran yang akan datang , adakah coraknya sama seperti strategi mereka memancing undi penduduk Hulu Selangor yang berada di luar bandar... dan analisis perlu lebih teliti sehinggakan pihak pentadbiran tahu bagaimana keadaan dan harapan rakyat dibawa pimpinan mereka


BN lebih berliku selepas Hulu Selangor
Mohd Shubihi

ALOR SETAR, 26 April: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam memberikan mesej yang jelas BN bakal menghadapi jalan-jalan yang lebih berliku pada masa akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) ketika sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, hari ini melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan tipis calon BN, P Kamalanathan.

"BN menang kita tak terkejut, tapi yang kita terkejut BN menang sikit, majoriti undi yang hanya 1,700 lebih tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan kepada pengundi di Hulu Selangor. BN akan berhadapan jalan yang berliku jika keputusan ini diambil kira.

"Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini," katanya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Azizan yang bersimpati di atas kekalahan Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun turut mengucapkan tahniah kepada jentera PR yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding pilihan raya yang lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi, berbanding 23,177 undi yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pilihan raya umum yang lalu.

"Ini merupakan petanda baik kepada PR dalam pilihan raya yang akan datang. Kita harap PR akan mencatatkan kemenangan dalam PRK Sibu, 15 Mei nanti," katanya

Saturday, April 24, 2010

pakaian ketaqwaan

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
(al-a'raaf 7 : 26)

Tuesday, April 20, 2010

suasana solehah = biah solehah



minggu lepas ana berkesempatan memenuhi undangan menjadi fasi sebuah program motivasi pelajar sekolah agama rakyat di pantai rengit....ana bersama seorang sahabat sejawatan maziah [masulah lajnah tarbiyyah dan kepimpinan] dan dua orang insan yang berhati mulia yang suka rela menjadi fasi fiqah [ajk lajnah akademik dan pembangunan insan a.k.a adik usrah maziah] dan asyiqin [ajk lajnah kebajikan dan perpaduan a.k.a adik usrah ana]


LAKAD di propose untuk menghantar 4 orang fasi dan diberi full autority mengadakan apa-apa modul yang dirasakan sesuai untuk slot yang dikhaskan untuk kami , maka perancangan modul dibuat jam 6.30ptg sehari sebelum program [last minutes kerja tapi tak jugak siap petang tu] . Oleh kerana malam tu ana kepenatan ditambah pula meeting-meeting yang setia menunggu maka modul tu tertangguh. ana sambung buat modul jam 4.45 pagi dan siaplah modul 1. modul 1 PICnye maziah dan modul 2 muhasabah ni ana yang PIC. Text muhasabah dibuat dalam kereta gen 2 merah milik kak melatee [pelajar tahun akhir]


perjalanan yang lancar dgn kerete yang sangat anggun bergaya hanya separuh jalan, lepas tu kami sesat sikit, alhamdulillah tidaklah begitu jauh sesatnye [adelah dalam 15km sebab salah masuk simpang]. sampai-sampai je kami terus diberi mike untuk menghandle program...alhamdulillah buat kesekian kalinya sebab dengan kepetahan maziah berjaya menjalankan modul pertama.





modul kedua, modul tergempar...sebab modul ini tidak dirancang, tapi atas permintaan guru besar sekolah tersebut untuk mengadakan satu lagi modul sebelum modul muhasabah, maka kami pun buatlah modul ukhuwah [modul yang biasa kami hendle setiap kali jadi fesi]. modul melukis muka kawan-kawan




modul muhasabah, modul ini pembawaanye sedih dan insaf, permulaannya ana bacakan kisah nabi ibrahim, kemudian ana menyentuh berkaitan ibu bape[ana siapkan text muhasabah ni dalam kereta on the way ke sana, ade baiknye jugak kami sesat sikit, kalau tidak, mungkin text muhasabah ni tak sempat siap]...pada awalanya ana sangakakan modul ini kurang berjaya sebab keadaan sekeliling yang terang dan suasana tepi pantai yang nyaman, tapi alhamdulillah berjaya juga membuat mereka menangis [rase kesian tgk adik-adik kecik ni menangis, bukan main sungguh-sungguh memerah air mata(macam ana mase kecik dulu--> kuat nangis)] fasi dan ibu bapa [yang hadir untuk menjemput anak] turut mengalirkan air mata...mungkin sebab sebak tgk anak-anak mereka menangis..


Saturday, April 17, 2010

Kanak-kanak yang tulus dan jujur


Kesempatan ana berada di kelas bimbingan perperiksaan lagi pada kali ini mengundang peristiwa lucu daripada adik2-adik...adik yang berbaju oren di atas tu namanye sabrina, anak kecil kelahiran indonesia ini menyapa ana tatkala masuk ke dalam kelas.

.."akak, akak...... rupe akak macam arnab ni"....sambil jarinya menunjuk ke arah kertas latihan yang diberikan oleh fasi sebentar tadi....ana tak terperanjat atau marah tapi,

Hampir-hampir je ana tergelak besar mendengar statement yang jujur daripada adik sabrina ni, ade ke ana yang manusia ni dikatekan serupa dengan arnab, tapi tak menjadi masalah pun kalau budak-budak yang kate begitu sebab mereka ni tak paham lagi dan cakap jujur dari hati. Tapi kalau orang tua tu , kene take into consideration jugak ape maksud disebalik kata-kata tu.

lepas tu ana pun buat-buat merajuk, ana kate " sampai hati kate akak macam arnab " budak-budak kite kene layan macam budak-budak jugak ..

sabrina pun kate "bukan la kak...arnab ni kan comel, akak comel la....macam arnab ni " bijak-bijak...nak ambil hati ana semula la tu...

ana pun senyum je melayan kerenah manusia-manusia kecil ni...alhamdulillah ketenangan selalu hadir ketika bersama mereka walaupun sebenarnya banyak tugasan yang perlu disiapkan..



Hurin [kiri] yang sedang meniru jawapan sabrina, si Hurin ni nakal sikit, boleh plak die pergi kelas tanpa bawak pen dan pensil, bila ana tanya kenape xbawak die kate lupa ...lepas tu habis barang-barang si sabrina die buat macam barang die sendiri...tapi yang bagusnye mereka ni tak berkira sangat...boleh je nk pinjam-pinjam barang



ana macam arnab ke arnab macam ana??


adam !! jangan main-main, jom buat latihan




jadi cikgu , tanda latihan adik-adik...sorang dapat 3 bintang + dapat A +dapat 100markah
ini sebagai motivasi supaya mereka semangat nak buat latihan dan sebagai hadiah sebab siapkan latihan tu

Thursday, April 15, 2010

kebajikan generasi akan datang

salam ukhuwah

Dua minggu lepas ane berkesempatan menjadi sebahagian tenaga pengajar untuk kelas tuisyen LAKAD (biro akademik Rakan MAsjid)...alhamdulillah hujung-hujung minggu yang terluang pasti ana akan ke sana, kalau nak ikutkan semester sebelum ini memang 100% komitmen ana pada kelas ini [walaupn bukan fasi] namun semesta ini, ana dapat hadir beberapa kali sahaja ekoran terpaksa memberi komitmen kepada urusan-urusan lain yang lebih utama.

Kelas tuisyen ni dah agak lama jugak di tubuhkan kalau x silap 2006. malangnya ana gagal mengesan siapa pengasas usaha murni ni. masa ana jadi fasi dlu ana ajar PMR, adik-adik yang datang sikit je, kadang2 fasi lagi ramai...tapi xpe, ajk selalu nasihat agar x putus asa

Sem berikutnya ana naik pangkat jadi bendahari, sem tu sem paling best sekali sebb adik2 sangat ramai, ujung minggu ana conferm xmis datang kelas...1) sebb nak kutip duit yuran 2)nak menenangkan fikiran

1)kutip yuran dan urusan berkenaan duit memang kerja ana, masa tu duit banyak sangat sebab adik2 ramai...satu kelas di cas RM 2 per person...actually bukan duit yang kami nak , yang penting ilmu yang kami beri tu adalah untuk bantu adik2 terutama yang tak mampu, misal kate ade adik2 yang x bayar kami xmintak pun , sebab kami tahu ade adik2 ni yang mak ayah die cleaner n security kat UTP, so kite bantu anak2 kepada makcik pakcik yang dah berkhidmat untuk kite ni

kelas ni lebih pade kebajikan, at the end duit tu dapat semula kat adik2 sebab kami ade buat aktivit dan hari anugerah...bak kata president RM mase tu [abang hakim] usaha kita ni walaupun sikit tapi allah pandang, yang penting niat kita nak bantu generasi akan datang, macam kisah burung pipit dan burang gagak ketika nabi ibrahim dibakar,walaupun pipit kecil tapi die tetap usaha untuk tolong nabi ibrahim supaya nanti apabila di tanya oleh Allah akan apa yang dilakukan ketika kekasihnye itu dibakar maka pipit tidak akan hanya berdiam diri.

2)menenangkan fikiran, sebenarnya kalau antum pergi ke kelas ni terutama kelas adik UPSR antum berpotensi untuk kena maigrain(betul ke eje ni) sebab ... kekecohan dan kekacauan dalam kelas tu kadang-kala mengalahkan ade demonstrasi atau pun rusuhan ... bile time nak bagi gula2 mereka ni excited sangat tapi bile nak jawap soalan , semua menyorok dan buat2 tak nampak je fasi kat depan...

tapi ana suke keadaan gini, memang penat tapi berbaloi melayan telatah mereka, hilang masalah ana pikirkan ke"comel"an mereka...terutama adik2 yang petah bercakap. macam-macam soalan ana dapat sampai pusing kepale nak jawap



semua excited nak menulis dan melukis kat white board


adik ni suruh ana cerita pasal cerita lucu, katenye nk cerita orang gila..ana pun cerita kisah lucu dari buku koleksi kisah-kisah ceria dr ghafarullahuddin page 55...at the end die kate "x lawak pun~~".....aduh kecewa ana, ana rase ana dah cerita kisah yang paling lawak dalam sejarah hidup ana tapi, mungkin method penyampaian x kena..atau pun ana yang tak pandai bercerita atau pun lawak ana tu hanya sesuai untuk orang dewasa tak tahu la...[geleng-gelang kepala]


adik ni merajuk...ana hampir putus ana nk pujuk tapi alhamdulillah Allah lembutkan hati die...rupe2nye die merajuk sebab dia x dapat melukis, maka ana teman die melukis [memang ana suke buat hal2 melukis ni].. cita-citanye nak jadi angkasawan so die lukis roket dan matahari
[hati-hati dik , jadi angkasawan nanti jangan pergi ke matahari, takut nanti xsempat balik malaysia]...



ni bukan adik kelas tuisyen ...gambar perhiasan sahaja
wallahualam


Monday, April 12, 2010

All the best untuk test HSE


salam

alhamdulillah dikesempatan masa yang sangat sedikit ini
allah lapangkan masa untuk ana singgah mengemas blog yang
semakin senyap dan sunyi ini...

sharing yang bermanfaat tu mungkin tidak sempat untuk ana
tulis tapi , sekadar mengucapkan selamat maju jaya kpd rakan2 yang akan menjawap
soalan test HSE malam ini...

prepartion bermula pada hari ahad (semalam ..al-kisahnya)..
[sebenarnye dah mula awal jugak tapi dah lupe]
yang bestnye ana berkesempatan mengikuti satu program rakan masjid
dan dapat pulak revise soalan HSE( health safety and environment) di dalam
pondok tiga segi(tempat penginapan) bersebelahan dengan
air terjun yang indah, pada waktu pagi yang damai...
mulanya khusyuk dan fokus lepas tu..tersengguk2 lalu syahid...
apa2 pun jom g ambik test...

Sunday, April 4, 2010

tudung bulat kolot


Assalamualaikum..sahabatku sekalian, ape khabar? tetibe terase ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua..i read bout this article in one of my yahoogroup and from my fren's blog..betul2 dapat merasakan isi hati penulis dalam artikel ni sebab diri ini pernah merasakan sebegitu suatu ketika dahulu..diri ini pernah dihina dengan pelbagai macam panggilan dek kerana penampilan sebegini..bertudung besar, berbaju kurung, dengan arm sock dan stokin..kadang2, masyarakat memandang pelik dengan penampilanku sebegitu..oleh golongan sebangsa dan seagama pula tu..rasa sedih dan malu pun ad..tapi, aku xnak menyalahkan siapa2 kerana aku ingat lagi pesan naqibahku suatu ketika dahulu..setiap kali melihat kemungkaran di depan mata, jangan mencela mereka..sebaliknya hisablah diri kalian dan katakanlah kepada diri, 'Ya Allah, insan ini tak bersalah, tetapi aku yang bersalah kena dakwahku tak sampai padanya'..ku harap ada ibrah yang dapat diambil oleh semua yang membacanya baik diriku mahupun kalian..insyaAllah..hidayah itu perlu dicari dan ia tak akan datang sendiri melainkan dengan izinNya..wallahualam



“Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

“ kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahnnya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”

“Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we.”

“Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guu pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.



Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat.

Allahu alam…

taken from: http://bilatintaberbicara.blogspot.com

adakah arak najis

Pendapat Pertama: Arak itu Najis

Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari seperti Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyah wal Ifta’, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, dan Syaikh Sholih Al Fauzan.

Dalil pendapat pertama ini adalah firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.” (QS. Al Maidah: 90) Dari ayat ini, majoriti ulama berdalil bahawa Arak di samping haram, juga najis. Mereka memaknakan rijsun dalam ayat tersebut dengan najis.

Pendapat Kedua: Arak Memang Haram, Namun Arak Tidak Najis.

Inilah pendapat yang dipilih oleh Robi’ah, Al Laith, Al Mazini, dan ulama salaf lainnya. Sedangkan ulama terkemudian yang berpendapat seperti ini adalah Asy Syaukani, Ash Shon’ani, Ahmad Syakir, Syaikh Muhammad bin Sholih Al Uthaimin dan Syaikh Al Albani rahimahumullah.

Ada tiga alasan yang dikemukakan oleh pendapat kedua ini.

Alasan pertama: Tidak ada dalil yang menyatakan najisnya Arak.

Hal ini dapat dilihat daripada beberapa tinjauan.

[1] Perlu diketahui bahawa kata rijsun yang disebutkan di dalam surat Al Maidah ayat 90 di atas adalah kata musytarok, iaitu mengandungi banyak makna. Di antara maknanya adalah: kotor, haram, jijik, azab, laknat, kufur, kehinaan, dan najis.

[2] Kami tidak menemui tafsiran daripada para ulama salaf yakni para sahabat yang memaknai rijsun dalam ayat tersebut dengan najis. Bahkan yang ditemui adalah seperti perkataan Ibnu ‘Abbas, beliau mengatakan bahawa makna rijsun adalah as sakhthu (murka). Ibnu Zaid menyatakan rijsun adalah asy syar (keburukan).

[3] Kata rijsun ada dalam ayat lain selain daripada ayat ini. Tidak ada daripada ayat-ayat tersebut yang menggunakan rijsun dengan makna najis. Kita dapat menemui hal ini dalam tiga ayat selain ayat di atas:

Ayat pertama,

كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

“Begitulah Allah menimpakan seksa (ar rijs) kepada orang-orang yang tidak beriman.” (QS. Al An’am: 125). Lihatlah makna ar rijs di dalam ayat ini bukanlah najis, namun bermakna seksaan (azab).

Ayat kedua,

إِنَّهُمْ رِجْسٌ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ

“Sesungguhnya mereka itu adalah kotor (rijsun) dan tempat mereka jahannam.” (QS. At Taubah: 95)

Ayat yang menerangkan mengenai keadaan orang musyrik di sini, kata rijs yang ada bukanlah bermakna najis namun bermakna qobih (sesuatu yang kotor).

Ayat ketiga,

فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ

“Maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang rijs itu.” (QS. Al Hajj: 30)

Kata rijs dalam ayat ini bukanlah menunjukkan bahawa berhala itu najis. Namun makna rijs dalam ayat yang ketiga adalah sebab datangnya azab.

[4] Dalam surat Al Maidah ayat 90 di atas terdapat juga kata lainnya yang dinamakan rijsun iaitu anshob (berhala) dan mengundi nasib dengan anak panah. Padahal kedua hal ini tidaklah najis. Inilah dalil yang memalingkan makna rijsun daripada makna najis yang asal dan dialihkan ke makna najis yang sifatnya abstrak. Ringkasnya kata rijsun dalam ayat tersebut bermakna najis yang abstrak dan bukanlah najis yang zahir. Hal ini juga sebagaimana firman Allah yang menjelaskan mengenai keadaan orang-orang musyrik. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

“Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.” (QS. At Taubah: 28). Padahal terdapat dalil-dalil yang menunjukkan bahawa zat orang Musyrik tidaklah najis, namun yang dianggap najis (kotor) adalah aqidah dan amalan mereka. Fahamilah hal ini.

[5] Yang perlu diperhatikan lagi bahawa diharamkannya Arak tidaklah menunjukkan najisnya. Ingatlah kaedah yang biasa disebutkan oleh para ulama: Sesuatu yang haram belum tentu najis. Namun sesuatu yang najis pastilah haram. Contohnya sutera adalah pakaian yang haram digunakan oleh llaki, namun sutera tidak dikatakan najis.

[6] Dalam surat Al Maidah ayat 90 dikatakan dalam penutup ayat bahawa amalan-amalan tadi termasuk amalan syaitan. Maka ini menunjukkan bahawa amalan tersebut adalah rijsun secara amal yang bermakna kotor, haram atau dosa, dan bukanlah rijsun yang bermakan najis hakiki.

Alasan kedua: Terdapat dalil yang menyatakan bahawa Arak itu suci (tidak najis).

Sebagaimana hal ini dapat kita lihat pada hadis dari Anas bin Malik tentang kisah pengharaman Arak. Pada saat itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyeru dengan berkata:

أَلاَ إِنَّ الْخَمْرَ قَدْ حُرِّمَتْ

“Ketahuilah, Arak telah diharamkan.”[1]

Dalam hadis tersebut disebutkan bahawa ketika itu bekas-bekas arak pun dihancurkan dan penuhlah jalan-jalan kota Madinah dengan Arak. Padahal ketika itu orang-orang pasti ingin melalui jalan tersebut. Jika arak najis, maka pasti Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menyuruh membersihkannya sebagaimana baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintakan untuk membersihkan kencing orang Badwi di masjid. Jika arak najis tentu baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membiarkan orang ramai membuangnya di jalan begitu saja.

Alasan ketiga: hukum asal segala sesuatu adalah suci.

Jika kita mahu menyatakan sesuatu sebagai najis, termasuk pula arak, maka perlu adanya dalil sahih yang memalingkannya daripada hukum asalnya yang suci. Jika tidak ada dalil, maka kita tetap berpegang pada hukum asal bahawa segala sesuatu itu suci.

Pendapat Lebih Kuat

Daripada dua pendapat ini, pendapat kedua dinilai lebih kuat, dengan tetap kami menghormati ulama yang beramal dengan pendapat jumhur (majoriti ulama).

Kesimpulan: Arak memang haram, namun tidaklah najis.[2]

.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Ertikel http://rumaysho.com